Boleh cuba buat dan bagi saya, penambahan ini sangat baik.
Sudah ada kemasukan volume yang agak padu. Dan kini hanya tunggu harga mula bergerak melepasi aras rintangan terdekat. Itupun kalau harga memang niat nak teruskan kenaikan. Selamat bercuti.
Mungkin perlu tunggu lilin berbentuk kaki panjang (hammer) atau yang berkaitan sebagai signal rejection sebelum boleh membuat entri terbaru.
..selagi harga bergerak di dalam julat yang sama..jika harga mula membuat lagi harga tertinggi, sudut pandangan kita perlu berubah dan tidak terikat dengan aras rintangan.
Kemaskini terkini untuk carta duopharma - konsep entri berdekatan aras sokongan dan entri ketika melepasi rintangan - tindakan selepas pelan dagangan dibuat
Sehingga kini masih tidak ada sebarang pergerakan naik atau turun, masih lagi berjalan ketepian. Boleh tunggu atau pasang alert kemunculan satu lilin yang tinggi sebagai penunjuk arah akan datang.
Jangkaan bergerak berjajaran sehinggalah ada kemasukan volum dan pergerakan harga keluar dari kawasan jajaran. Saya membayangkan duopharma akan membuat corak yang sama seperti ranhil.
Setelah hampir sebulan menunggu, maka hari ini nampak semula meriahnya market. Meriah market saya ukur mengikut betapa meriahnya carta yang muncul di penyaring Tradingview. Tapi agak merimaskan, kebanyakan yang naik lebih kepada lompatan minit akhir terutama sekali carta-carta mid & big cap. Semoga bulan depan, market semakin ceria.
Bentuk carta terkini selepas laporan kewangan suku pertama F19. Masih dalam keadaan stabil dan belum ada tanda perubahan trend.
Sambungan terkini carta DUOPHARMA BIOTECH : - belum kesampaian menuju target 1.46 - masih dalam trend menaik, kiraan dari titik terendah awal tahun ini sampai sekarang - tiada sebarang entri terbaru kecuali muncul lilin-lilin yang bullish
Sambungan terkini - harga sedang molek menuju harga tertinggi tahun lepas yang pernah dia buat - hanya perlu tunggu dan lihat - jika lepas, berkemungkinan menyambung semula trend kenaikan yang sama. - perhatikan juga tekanan jualan jika sudah mula berada di aras tertinggi nanti. ..bersambung
Harga kini masuk semula ke dalam zon "pullback/retracement" dan hanya menantikan kemunculan signal entri terbaru. Boleh rujuk pada video di atas
Sambungan terkini carta duopharma harian. - bayangan lukisan garis channel - bayangan aras swing akan datang - tempoh masa Saya cuba buat kemaskini cerita carta ini sampailah trend dia habis.
Sejak dari swing low tempohari, duopharma bergerak naik dengan pertambahan volume yang agak baik. Dan kini menuju kawasan berhantu yang pernah jadi rintangan lama. Objektif swing mungkin sudah tercapai dan untuk langkah seterusnya kita boleh lihat dan perhatikan bagaimana reaksi harga selepas ini. Ulangkaji : pullback yang baik perlukan kemasukan volum bagi...
Corak kotak yang digambbarkan tempohari nampaknya sudah tidak valid. Sedikit tambahan penerangan terbaru untuk carta Duopharma.
Carta Duopharma Biotech (dulu CCMDBIO) sedang berehat sebentar selpas kenaikan mendadak seujurs laporan kewangan terakhir bagi tahun 2018 dikeluarkan. Memandangkan jarak tinggi dan rendah kotak yang muncul tidak lah begitu jauh, maka lebih sesuai menunggu harga tembus ke atas kotak untuk sebarang potensi beli. Jika corak kotak atau bendera tidak menjadi, boleh...