Techfast 7 april 2019 | ada signal Salam semua,
.
1. Berdasarkan signal2 yang saya dah setup sebelum ini, techfast menunjukkan beberapa signal perubahan trend (shortterm)
2. Momentum bearish dah mula berkurang.
3. Ada muncul reversal signal utk perubahan naik ke atas , tapi dalam jangkaan short term
4. Signal2 tu masih dalam fasa ujian dan backtest jadi tak boleh nak ckp lagi dah perfect ke tak..
.
Selamat berdagang saya ucapkan.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM).
idea dagangan FAST
TECFAST: Pecah rintangan terdekat memang cantik1) Kaunter tidak shariah ini menarik kerana kemasukan volume yang signifikan pada pertengan Februari lepas, menandakan market maker masih berada didalam kaunter ini.
2) Paras sokongan terdekat pada 0.310 dan rintangan seterusnya 0.360 dengan risk reward ratio lebih kurang 2:1.
3) Kaunter ini telah mengalami kenaikan berterusan selama 3 hari berturut-turut dan logik pada hari ini, kaunter ini melemah kerana proses profit taking yang berlaku.
4) Bagi indikator MACD, garisan berada pada paras atas 0 dan telah bersilang antara garisan MACD dan signal.
5) Indikator Stoch RSI juga mencapah keatas menunjukkan momentum positif dan masih ada ruang kenaikan lagi.
6) Jika dilihat pada MA10 dan MA20 juga bakal bersilang dan trend jangka pendek bakal berlaku tidak lama algi.
7) Kaunter ini lebih menarik jika dapat berada diatas 0.360 dan indikator PArabolic SAR bersilang ke bawah.
Fokus pada garisan melintangSambung lagi siri breakout..memang nak bagi habis, tapi tak habis2 pulak.
Garisan melintang mungkin nampak mudah, tetapi ianya sangat berkuasa untuk menentukan samada harga hendak naik atau turun.
Seperti alat bantu yang lain, garisan melintang bukanlah penentu naik atau turunnya sesuatu harga, tetapi ianya mampu memberikan kita gambaran awal sambil bersiap-sedia membuat pelan dagangan.
TECHFAST menunjukkan kekuatan momentumnyaKaunter TECHFAST telah menunjukkan kekuatan momentumnya hari ini dengan membuat candle marubozu. Kaunter ini juga telah melakukan breakout pada awan dan kini garisan awan boleh dijadikan sebagai Resistance Become Support, target seterusnya ialah pada garisan biru. Namun diingatkan supaya anda membeli ketika pullback itu lebih selamat berbanding harga sekarang yang terlalu high risk.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
Elakkan Breakout Yang Tiada KualitiContoh breakout carta seperti di bawah:
1. Uzma
2. Dagang Nexchange
3. Excel Force
4. MY E.G.
5. Kumpulan Perangsang
6. Deleum
7. V.S Industry
8. Techfast
Ciri-ciri carta seperti berikut:
1. Breakout
2. Small Cap
3. Latar Belakang yang lemah
Hantarkan stok kegemaran anda untuk semak berdasarkan carta TradeVSA dengan komen di bawah.
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah untuk rujukan. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
Saham TECFAST [NS] menanti golden crossIdea saya berkenaan TECFAST sebelum ni ialah saham ini perlu melepasi rintangan terkuat iaitu pada harga 0.455 dan ternyata ia telah berjaya memecahkan benteng yang terkuat itu dan akhirnya sampai ke rintangan SMA200 dengan jayanya. Saham ini akan berpotensi naik sekiranya disana berlakunya golden cross iaitu EMA50 melintasi SMA200. Jadikan 0.500 sebagai support terbaru dan support yang terkuat ialah pada harga 0.455.
PENAFIAN : Maklumat kajian yg dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yg anda buat. Selamat berdagang!