[Update] Perhatikan pergerakan hargaTunggu harga diskaun. Boleh perhatikan pergerakan harga soy bean oil ini. Harga nampak ingin menuju keparas fibo retracement 38.2%. Rujuk carta harian di sebelah kanan. Kemungkinan akan ada pull back pada paras 38.2% atau 50%. Lihat dan tunggu kemana harga nak pergi dan entri berdasarkan perancangan yang dibuat. oleh hoopstunt0
[Nota] Sekadar untuk rujukanNota untuk minggu hadapan. Analisis carta 1 jam 1.Paras rintangan terkuat masih lagi pada 28.23 dan sokongan terkuat pada 26.21. 2.Pada minggu lalu, harga telah membuat pantulan pada sekitar fibo 38.2% sebelum membuat pantulan menuju ke arah fibo 78.6%. Idea dagangan pada minggu hadapan 1. Harga nampak mematuhi paras sokongan dan rintangan fibo. 2. Entri berdasarkan pergerakkan harga, sama ada mengunakkan teknik break-out atau pull back pada paras rintangan atau sokongan fibo. Penafian: Kandungan maklumat bagi kajian ini adalah untuk rujukan. Maklumat yang tertulis tidak bermaksud untuk menggalakkan pembelian (long) atau penjualan (short) . Sila buat kajian yang waras dan teliti sebelum ingin melakukan sebarang transaksi. oleh hoopstunt0
[Nota] Heikin ashi ZLNota perbandingan carta 4 jam dan 1 jam untuk rujukan. Carta kali ini berkisar penggunaan heikin-ashi sebagai indikator dalam penentuan untuk pembelian. Perhatikan pada kedua-dua carta disebelah kanan dan kiri. Disebelah kiri adalah carta berdasarkan plot pada 4 jam. Dan disebelah kanan adalah carta plot pada 1 jam. Mari kita tumpukan pada dua tarikh ini, 24/5 pada jam 3ptg dan 6/6 pada pukul 8 malam dimana terdapat signal pembelian (long) pada carta 4h bagi kedua-dua tarikh ini. Pada tarikh 24/5/19, carta 4 jam sudah menunjukkan signal pembelian berdasarkan heikin ashi. Manakala pada carta 1 jam, belum lagi menunjukkan tanda-tanda pembelian berlaku. Sekiranya pembelian dibuat pada tarikh 24/5 yang lalu disekitar harga 26.90,harga tertinggi yang pernah dicapai setelah hold position selama 5 hari adalah pada 28.23 dimana mendapat kenaikan sebanyak 133 tick. 1 tick dikira bersamaan 6usd, maka 133 x 6 = 798usd. Manakala keuntungan yang diperolehi sekiranya pembelian dilakukan pada tarikh 6/6 adalah sebanyak 63 tick bersamaan 378usd. Kiraan diatas adalah berdasarkan 1 lot position. Kesimpulan, teknik heikin-ashi boleh dipertimbangkan dalam membuat keputusan pembelian atau penjualan. Dengan syarat perlu membuat perbandingan dengan time frame yang berbeza. Berdasarkan kajian yang singkat ini, sekiranya pada time frame 4jam sudah menunjukkan signal buy/sell, dan disokong pada time 1 jam (selepas 1 jam kemudian), besar kemungkinan akan ada kenaikan/penurunan akan berlaku. Penafian: Kandungan maklumat bagi kajian ini adalah untuk rujukan. Maklumat yang tertulis tidak bermaksud untuk menggalakkan pembelian (long) atau penjualan (short) . Sila buat kajian yang waras dan teliti sebelum ingin melakukan sebarang transaksi. Pendidikanoleh hoopstunt0
Nota rujukkan pada minggu hadapan [ZL]Nota rujukan ZL untuk minggu hadapan. Carta harian (Rujuk gambar sebelah kiri) 1. Harga berlegar-legar menuju paras fibo 23.60% 2. Harga telah melepasi paras sokongan 27.70. 3. Sekiranya berlaku penjualan yang berterusan, berkemungkinan harga akan meneruskan pernurunan pada paras sokongan di 27.33 4. Indikator stochastic sedang menghampiri kawasan overbought. Carta mingguan (Rujuk gambar sebelah kanan) 1. Harga minggu ini berjaya melepasi paras fibo 23.6% 2. Harga juga telah berjaya melepasi paras sokongan 27.16, dan pernah cuba untuk melepasi paras rintangan 27.92 tetapi tidak berjaya. 3. Sekiranya momentum pembelian yang kuat berlaku pada minggu hadapan, besar kemungkinan harga akan meneruskan kenaikan ke paras fibo 38.2% / 50.0%. 4. Indikator stochastic sedang memasuki paras 20-80. Idea berdagang 1. Pembelian (long) -Perhatikan harga pada hari isnin nanti, sekiranya harga sedang cuba menyentuh paras sokogan fibo 23.6% dan ditambah dengan signal revesal candlestick, besar kemungkinan harga akan meneruskan kenaikan ke paras fibo seterusnya. Beli pada harga atas 27.38 TP1 28.10 TP2 28.69 2. Penjualan (short) -Sekiranya harga berjaya memecah paras sokongan fibo 23.60 pada hari isnin ini, harga akan cuba untuk membuatkan penurunan lagi Short pada harga bawah dari 27.38 TP1 26.74 TP2 26.21 Penafian: Kandungan maklumat bagi kajian ini adalah untuk rujukan. Maklumat yang tertulis tidak bermaksud untuk menggalakkan pembelian (long) atau penjualan (short) . Sila buat kajian yang waras dan teliti sebelum ingin melakukan sebarang transaksi.oleh hoopstunt0
Update soyabean oilBile kaunter minyak turun, kaunter algiculture yang lain seperti soya oil bean pun terkena impaknya. Kaunter ini telah membuat penurunan setelah mebuat pantulan pada paras fibo 23.6% pada minggu lalu (13/5-17/5) dan membuat kenaikan sekurang-kurang nya 120 anak mata. Setelah itu, berlaku penurunan yang agak mendadak sehingga memecah paras fibo 38.2%. Penutup harga pada semalam berjaya melepasi paras fibo 50% dan berada di paras garisan MA (5 dan 10 low). Untuk carta harian, sekiranya harga berjaya bertahan diatas paras fibo 50%, harga akan membuat kenaikan ke target serterunya iaitu pada 27.19 / 27.46. Sebaliknya, berdasarkan carta pada 1 jam, harga akan membuat penurunan sehingga harga 26.95 / 26.90 / 26.84. Penafian: Kandungan maklumat bagi kajian ini adalah untuk rujukan. Maklumat yang tertulis tidak bermaksud untuk menggalakkan pembelian (long) atau penjualan (short) . Sila buat kajian yang waras dan teliti sebelum ingin melakukan sebarang transaksi.oleh hoopstunt111
Komoditi | Minyak Soya MentahJangkaan minyak soya akan mengalami kenaikan, target 28.50-29.00 Strategi Beli dalam kotak bertanda dan target ikut sayap paten harmonik Selamat berdagang.Panjangoleh AkmalAizuddinAl-Banjari0
Perhatikan pergerakan hargaKemana hala tuju soybean oil ini? Secara keseluruhan soybean oil masih lagi dalam keadaan downtrend. Pada minggu lepas harga tidak berjaya melepasi paras upper band dimana harga dapat mencecah sebentar middle band dan berlaku tekan penjualan yang agar besar pada minggu lalu. Adakah pattern candle stick ini digelar dark cloud cover yang akan menguatkan lagi ramalan penurunan harga pada minggu hadapan. Dimana pada hari sebelumnya terdapat satu candle bullish yang agak besar dan didatangi dengan candle bearish yang lebih besar dari sebelumnya. Carta harian sudah pecah paras sokongan MA (50) dan juga paras fibo 38.20%. Dan disokong oleh carta sejam dimana harga tutup dibawah paras fibo 61.8%. Sekiranya berlaku penurunan harga akan pergi ke fibo 50% sebelum membuat pull back pada carta sejam. Singkatoleh hoopstunt0
ZL berada di paras sokonganberkemungkinan pantul ke atas. paras sokongan di 28.75Singkatoleh hafizias0
Komoditi: SBO jangakaan harmonik ada 2, +Beli jika harga tidak melepasi sokongan 29.50, dan harga bakal menuju 30.50 +Jual jika harga melepasi 29.50 dan harga bakal mencari 29.20/28.80 Bias Masih Beruang oleh AkmalAizuddinAl-Banjari1