Sekali lagi kita cuba tunggu di kawasan-kawasan tumpuan. Ada signal, baru tengok semula
Kalau berminat untuk gabungkan indikator yang berlainan.
Susah nak terangkan secara menulis. Saya harap, boleh tengok dulu sampai habis.
Jadikan senarai amatan (watchlist). Kena rajin buat.
Kita terbalikkan carta untuk cuba memahami kenapa dan bagaimana minat belian atau jualan berlaku.
Mungkin berguna pada yang memerlukan. Kalau di tablet, gunakan di browser saja. Terima kasih Tradingview !
* CARTA TERBALIK * Setelah berehat selama sebulan, maka bocor juga aras sokongan. Bila bocor dan nampak pattern, kita dah boleh buat ukuran target.
Maaf, dalam video tersalah sebut. Bukan plot tarikh, tapi hari. Kita gunakan variable dayofweek untuk dapatkan nama hari.
Nampak sedang menguji semula "aras sokongan" (carta terbalik). Kebarangkalian harga akan mula bersiar-siar ke kanan sebelum memilih arah pergerakan yang baru.
Sama seperti kita layan lantunan di penghujung bulan MAC yang lepas, begitulah cara layanan nanti. Tak faham yang betul , kita terbalikkan...tak faham yang terbalik, kita betulkan.. Kalau dua2 pun tak faham, simpan duit ke tabung haji pun ok lah.
Hari ini kita cuba melatih mata untuk melihat pergerakan harga yang sedang berlonggok. Harga yang berlonggok atau biasanya dipanggil range atau channel memberi gambaran yang pembeli dan penjual masih suka sama suka. Tidak ada yang lebih mendominasi. Hanya jika kawasan longgokan ditembusi, samada ke atas atau bawah, barulah kita boleh nampak peralihan kuasa...
Dalam bulan Mac lepas, kebanyakan carta membuat perangai yang sama, iaitu menguji aras sokongan. Beberapa contoh carta yang buat perkara sama dan mungkin di masa akan datang kita boleh berikan lebih tumpuan pada aras-aras seperti ini.
Nampaknya harta memilih untuk memecahkan lantai kotak. Agak merimaskan bila abang besar sarung tangan top glove juga membuat kejatuhan hari ini. Sama seperti press metal tempohari, kita boleh ikut pergerakan lilin untuk mencari sebarang ruang-ruang berdagang.
Top Glove terus menunjukkan isyarat kelemahan berdasarkan chart harian and sejam
Sebelum tu , mohon maaf atas kesilapan menyebut TRIANGLE pada awal video..Sepatutnya RECTANGLE. Bila sesuatu carta mula tembus aras rintangan lama, kita boleh buat beberapa cara untuk mencari potensi target ke atas. Dalam video ini, saya cuba menerangkan serba ringkas menggunakan tools FIBONACCI RETRACEMENT yang ada di tradingview. Yang kita nak lihat adalah...
Pada yang mengguna pakai alat penapis (screener) di tradingview, ada satu kolum tambahan yang kita boleh letak untuk melihat corak lilin (candlestick pattern). Ruangan kolum juga ada icon bagi menggambarkan corak yang sedang berlaku. Sangat membantu kita untuk membuat pemilihan carta dan melakukan analisis lanjut.