idea dagangan INARI
Inari Kejam? Jom belajar Sell SignalSemalam Inari mengejutkan ramai traders. Tapi adakah Inari begitu kejam? Tak ada angin tak ada ribut, tiba-tiba kena buang?
Sebenarnya Inari telah beri isyarat pertama Bearish Reversal apabila dia membuat corak Head & Shoulders.
Yang kemudiannya ia jatuh menembusi garisan trend, tetapi berjaya melantun kembali di salah satu paras sokongan. Lantunan ini dipanggil Dead Cat Bounce.
Ia melantun untuk menguji paras sokongan sebelum ini sebagai rintangan iaitu di 1.93. Adalah menjadi lumrah, sebelum harga benar-benar jatuh, ia cenderung untuk menguji paras sokongan sebagai rintangan terlebih dahulu. Bahasa Inggerisnya Support Become Resistance (SBR).
Apabila ia telah sampai di 1.93. Inari membentuk bearish candle pattern iaitu Bearish Engulfing. Ini merupakan Sell Signal yang kedua. Sebenarnya sini lah Second Chance untuk traders mahupun pelabur untuk exit position. Namun biasanya emosi hope itu mengaburi pandangan mata dan hati.
Bearish mahupun Bullish candle pattern kebanyakkannya memerlukan pengesahan (untuk mengesahkan kesan bearish atau bullishnya, ia tetap boleh voided atau isyarat itu boleh dibatalkan).
Pengesahan untuk Bearish Engulfing apabila harga tutup bawah dari badan candle Bearish Engulfing. Sini adalah Sell Signal yang ketiga.
Lengkap serba serbi semua Sell Signal baru Inari membuang.
Dan hari ini berlaku lantunan (technical rebound), kerana ia telah cecah MA200 di carta mingguan.
Jadi adakah Inari Kejam? Tidak, Inari tidak kejam. Dia dah cukup baik hati beri 3 Sell Signal sebelum dibuang.
Kebanyakkan pembuangan disertakan dengan Sell Signal sebelumnya.
INARI 10/10/19 MENANTI DIARAS RINTANGAN MENJADI SOKONGAN1) Kaunter INARI masih dalam keadaan pengambilan keuntungan
2) Harga Kaunter ini juga menghampiri aras rintangan lama..
3) Mampukah harga kaunter ini membuat lantunan semula pada aras tersebut..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
0166 INARI : Hampir Breakout Resistance Terdahulu?Ratio : 0.5 Kaunter ringan. Volume kecil mampu menggerakkan harga INARI.
Jika kekal di atas 1.910, berdasarkan analisis, Resistance seterusnya seperti berikut:-
R2 : 2.000
R1 : 1.950
Jika kekal di bawah 1.960, berdasarkan analisis, Support seterusnya seperti berikut :-
S1 : 1.920
S2 : 1.870
Cadangan CL pada 1.870/1.860
INARI: Perlu retrace sebelum meneruskan kenaikan1) Pada 29 Ogos lepas, kaunter ini memberi signal pembelian jangka pendek dimana kenaikan harga disokong oleh kenaikan volume yang baik, setelah itu, kaunter ini terus melakukan kenaikan sehingga ke 20 September lepas.
2) Kaunter ini masih tidak melakukan retracement yang ketara sejak kenaikan tersebut.
3) Perlu diberi perhatian kerana indikator stochastic telah berada pada paras 94 iaitu di paras overbought.
4) Indikator RSI pula berada pada paras 71 dimana momentum pembelian masih wujud.
5) Kaunter ini masih baik untuk pembelian tetapi perlu berhati-hati sebelum berlakunya retracement.
6) Mengikut Gann chart, support terdekat terletak pada harga 1.760 dan support seterusnya pada paras 1.690 dengan resistance pada 1.830.
0166 INARI : Hampir Puncak?Kelihatan INARI mungkin akan melakukan correction dalam masa terdekat.
Ratio : Sangat Ringan
Possibility untuk pecah R2 dalam 1 hari jika volume mampu melepasi 20 Juta dengan buy rate melepasi 47%
If maintain above 1.760 next resistances:-
R2 : 1.810
R1 : 1.790
If maintain below 1.780 next supports :-
S1 : 1.740
S2 : 1.720