BELI - INARI (0166) - Beli, Simpan & PeramKaunter yang paling diminati para Investor, adalah Inari yang terletak di Penang
Apabila sebut sahaja Inari, company yang terlibat seperti Apple, Samsung, Osram
Kaunter ini mengalami retracement akibat keputusan QR yang tidak begitu merangsangkan
Walaubaimanapun, ia berada pada tahap yang sesuai untuk dibeli, terutamanya oleh para Investor
1) Sokongan dan Rintangan
Sokongan yang terdekat adalah: S1-2.24, S2-2.20, S3-2.07, S4-2.00
RIntangan yang terdekat adalah: R1-2.40, R2-2.56 (All Time High)
Harga sekarangan berada pada rintangan sokongan yang menarik, berkemungkinan akan turun ke 2.20 sebelum naik semula. Bergantung pada "Price Action" pada sekitar harga tersebut
2) Fibonacci
Kelihatan harga bermain pada level-level fibo yang terdekat, dan, level Sokongan & Rintangan juga berada berdekatan level fibonacci
38.2% - 2.20 (S2)
50.0% - 2.07 (S3)
3) Analisis Fundamental
Tidak dapat dinafikan fundamental Inari berada pada keadaaan yang baik, dan dianggap sebagai leader atau ketua dalam sektor teknologi dan semikonduktor
QR yang baru keluar pada bulan ogos mengalami sedikit kemerosotan akibat FOREX, iaitu MYR menguat berbanding USD sebelum pilihanraya Malaysia. QR seterusnya akan dijangka meningkat berikutan MYR yang melemah selepas pilihanraya sehingga sekarang.
Terdapat berita gembira dan sedih untuk peminat Inari-Apple:
1) Gembira - Warren Buffet menambah pemilikan saham Apple, kerana mengatakan Apple masih "Undervalue"
2) Sedih - Prestasi penjualan peranti iphone berkurangan setiap tahun, tetapi, hasil keuntungan jualan iphone meningkat seiringan dengan harga iphone yang semakin meningkat. Adakah iphone terbaru dapat merangsang semula bilangan pembelian.
idea dagangan INARI
INARI - jangka panjang masih kekal "bullish"Masih bullish walaupun harga ketika ini berada di bawah HARGA TERTINGGI.
Berdasarkan corak segitiga, menunjukkan ada kemungkinan INARI akan cuba untuk menuju ke kawasan HARGA TERTINGGI sekiranya ARAS RINTANGAN berjaya ditembus.
Walaubagaimanapun, ARAS SOKONGAN juga perlu diambil perhatian dan sekiranya bocor, dij angka harga akan terus jatuh macam air terjun.
INARI : Downtrend ChannelNampak jelas channel yang wujud.
Strategi pelaburan panjang sebelum ini ditarik balik, dan tunggu sehingga downtrend line sebelah atas dipecahkan dengan volume.
Apabila candle sudah menghampiri downtrend line sebelah bawah, boleh cuba untuk trade seketika.
Carta INARI mengingatkan saya kepada carta BTC/USD. Bila dipuncak, akan ada downtrend channel. Sehingga kini downtrend line BTC/USD belum dapat dipecahkan.
INARI : Masa Untuk Melabur?INARI merupakan antara darling stock kepada fund manager. Kalau buat kajian pada saham2 yang dibeli oleh unit trust di Malaysia, INARI merupakan antara stok yang menjadi pilihan.
INARI merupakan supplier kepada AVGO / Broadcom. Baru2 ni AVGO nak beli Qualcomm, tapi tak berjaya.
Tiba2 INTEL pula dikatakan hendak membeli Broadcom. Khabar angin ini telah menjatuhkan harga INARI dan memotong garis trendband ungu pada carta.
Ketika ini, INARI masih lagi berlegar2 disekitar EMA200.
Perhatikan dahulu, adakah INARI boleh bertahan pada harga sekarang? Sekiranya tidak, lihat pula pada support seterusnya iaitu 2.65.
Bawah dari ini, tidak syor untuk beli, mungkin sudah fasa downtrend.. Apa2 pun, monitor news INTL dengan AVGO jika berminat dengan INARI..
INARI juga ada bonus issue (warrant dan share 1:2) EX-Date 11 April. Ini boleh jadi faktor pemangkin untuk INARI.
INARI - kawasan yang dijangka menjadi tumpuan.Maaf..cerita INARI pada minit 4 ke atas..awal2 hanya review chart2 yang buat harga tertinggi untuk hari ini..
INARI masih trending up secara keseluruhan..tetapi sudah tidak membuat high baru bermula awal tahun 2018..ada beberapa area yang sesuai untuk mencari entry buy on dips (rujuk video di atas)..