Sejujurnya saya langsung tak minat dengan screener jenis ni. Saya tak suka tak bermakna ianya langsung tak berguna ! Bagi yang sudah guna dan sudah jumpa setting sesuai, boleh teruskan.
Selain dari menggunakan cara yang tadi, kita juga boleh menguna pakai kombinasi garis moving average sebagai alat bantu untuk membuat pemilihan carta. Dengan berpandangan yang sekiranya harga masih di atas semua garis moving average, harga sedang trending menaik dan sebaliknya jika harga berada di bawah semua garis moving average, harga sedang trending menurun.
Corak kali ini hanyalah pandangan mata saya sahaja. Nama diberi hanya untuk memudahkan pemahaman dalam membuat pelan dagangan. Konsep dagangan masih sama, break downtrendline, break swing high atau pullback. Kalau jumpa dimana-mana carta, mungkin sudah boleh agak apakah yang bakal terjadi seterusnya. Itupun bukan PASTI NAIK !
Kalau siri breakout lepas, kita hanya melihat pada carta harian, konsep yang sama juga terpakai pada carta-carta bagi tempoh masa berbeza. Sebagai contoh, saya gunakan carta 5 minit IWCITY untuk melihat adakah konsep yang kita pelajari dulu wujud di situ. Semoga terhibur.