Saham di bawah nilai (26)Saham di bawah nilai (26) MAGNI
Harga semasa = RM 1.300
IV = RM 2.143
NTA = RM 1.37
Mencari harga saham yang berada di bawah nilai sebenar sesuatu syarikat adalah kaedah yang di guna pakai oleh Warren Buffet.
Kaedah ini di kenali sebagai 'VALUE INVESTING'.
Oleh kerana penularan Covid-19, kebanyakkan saham kini berada di bawah nilai sebenar.
Intrinsic Value, IV = Nilai sebenar syarikat
IV = EPS X 8.1 / 100
NTA = Nilai syarikat berdasarkan ( asset - liabilities )
============================================================================
idea dagangan MAGNI
Magni : Paras sokongan semasa (E01)Magni-Tech Industries Berhad adalah syarikat induk pelaburan. Syarikat terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengurusan. Segmennya termasuk pembuatan dan jualan bahan pembungkusan, dan pembuatan dan penjualan pakaian.
1. Magni telah melakukan penurunan seiring dgn pasaran tempatan.
2. Paras sokongan semasa adalah RM1.18.
3. Stochrsi menunjukkan Magni sudah berada di fasa terlebih jualan dan berpotensi utk kekal di situ.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
27 Feb 2020: Magni masih dalam konsolidasiPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
Magni
1. Harga semasa berada dalam zon konsolidasi (RM2.34 – RM2.67) sejak Sep 2019.
2. EMAs jangka pendek mula menuju ke selatan, perlu memerhati sama ada sokongan zon konsolidasi dan EMA jangka Panjang (Kuning) dapat menyokong harga.
3. Zon sokongan terdekat pada RM1.98 – 2.08.
4. Garis trend (Biru titik) juga perlu diperhatikan sama ada dapat menyokong harga.
5. RSI di zon oversold, penarikan balik sementara mungkin berlaku.
Magni berpotensi untuk naik. Defensive StockMagni kelihatan telah membuat compressing hampir sebulan.
Berpotensi tinggi untuk membuat kenaikan selagi bertahan atas dari 2.55.
Entry Point pertama ialah apabila breakout 2.60 (ada kemungkinan untuk berlegar dalam lingkungan 2.60 - 2.67 dahulu antaranya untuk retest trendline).
Entry Point kedua pula ialah apabila breakout 2.67 (besar kemungkinan terus membuat impulsive move).
Kaunter-kaunter packaging adalah antara kaunter-kaunter yang in play sekarang. Selain itu sektor consumer products adalah antara defensive stock/sector (biasa jadi tumpuan apabila berlaku recession).
Syarikat ni sangat pemurah dalam bagi dividen. Memang betul-betul defensive stock.
11 Jun 2019: Mampukan Magni menebusi rintangan?PENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
7087: Magni
1. Harga spike hari ini dengan volum yang tinggi.
2. Harga berada di rintangan harga pada RM4.95.
3. Kesemua EMAs menunjukan tanda ke atas.
4. Volum Profil amat tinggi volum di zon RM4.50 ke RM4.75, pergerakan hari ini mampu menebusi rintangan itu.
5. RSI Overbought.