idea dagangan MI
MI mengikut indi osem dan oscSila buat penilaian anda bagi kaunter ini mengikut features2 dalam indi osc dan osem dari segi:
1. volume
2. support & resistant gann
3. signal EP, hold dan TP
4. validity sop osem
5. line hijau & line kelabu
6. zon uptrend
7. zon lemang
8. auto channel
9. gap
10. smartmoney
11. elliot wave
MI : perlu LH terakhir untuk reversalMI : Perlu Pecahkan LH terakhir untuk kukuhkan reversal
Model Bisnes :
Mi Technovation Berhad, sebelum ini dikenali sebagai Mi Equipment Holdings Bhd, ialah sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia, yang terlibat dalam reka bentuk, pembangunan dan pembuatan mesin pengisi skala cip peringkat wafer (WLCSP) dengan keupayaan pemeriksaan dan ujian. Syarikat itu juga menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, sokongan teknikal untuk mesin ini dan penjualan alat ganti dan komponen yang berkaitan. Produknya termasuk mesin pengisih die WLCSP, mesin ujian akhir gergaji pasca WLCSP, mesin pengisih wafer ke wafer dan mesin pemeriksaan inframerah.
Sektor: Automasi, Teknologi, Peralatan Teknologi, Semikonduktor, ATE
Pandangan Teknikal/Fundamental :
1. Harga telah mudah buat HH HL baru
2. Percubaan memecahkan LH terakhir utk new trend bullish
3. Boleh mencari entry area RBS/ketika breakout resistance
4. Quater Report Semasa : QoQ +ve / YoYn +ve
MI : BO Garisan MenurunMI : BO Garisan Menurun
Mi Technovation Berhad, sebelum ini dikenali sebagai Mi Equipment Holdings Bhd, ialah sebuah syarikat yang berpangkalan di Malaysia, yang terlibat dalam reka bentuk, pembangunan dan pembuatan mesin pengisi skala cip peringkat wafer (WLCSP) dengan keupayaan pemeriksaan dan ujian. Syarikat itu juga menyediakan perkhidmatan penyelenggaraan, sokongan teknikal untuk mesin ini dan penjualan alat ganti dan komponen yang berkaitan. Produknya termasuk mesin pengisih die WLCSP, mesin ujian akhir gergaji pasca WLCSP, mesin pengisih wafer ke wafer dan mesin pemeriksaan inframerah.
Sektor: Automasi, Teknologi, Peralatan Teknologi, Semikonduktor, ATE
Kod: 5286
Pandangan Teknikal/Fundamental :
1. Breakout fasa Accumulation dan menuju fasa mark up
2. Kemasukan Volum besar yang ketara
3. Ada run away gap (bullish momentum)
4. Quater Report Semasa : QoQ +ve / YoYn +ve
mi- menarik juga untuk di kaji NOTE: ini bukan BUY CALL . ini memerlukan kajian bersama DAN tolong kaji ikut pemahaman masing-masing dan
tidak bertanggungjawap sebarang kerugian.
Penafian : Kajian diatas bertujuan untuk KITA bersama sama mengkaji dan bukanlah bertujuan untuk membeli
atau menjual instrumen ini .
Berdagang Diatas Risiko Sendiri
#strong&loyal
#ma100ma50ZZL&goldencross
#4eDucationOnly
#KISS
1.setelah downtrend yang agak lama , penutup di last trading day
membuat bo dtl beserta significant volum dan candlestic
2.konter ini juga masih belum berjaya di tutup di atas EMA100 dan EMA200.
3.jika berjaya bo & kekal di atas 1.550 , aftifkan SL di 1.425
4. MACD & petunjuk oscillator yang lain juga seolah mahu membuat golden
cross.
Untuk semua perkara di atas eloklah kita kaji bersama sebelum membuat
apa jua keputusan ,kerana kitalah yang bertanggungjawap diatas segala
keputusan.
MI - Upcoming Second Dividen (Exdate 11 Ogos 2022) - 09 Ogos 202Sektor : Teknologi
1. TREND MINGGUAN – Fasa Menurun
TREND Semasa (Hari) – Fasa Menurun
2. Market Structure
Mingguan - Berada di paras kerendahan (L)
Daily - Berada di paras kerendahan (L)
3. Kaunter ini dilihat masih berada di fasa menurun. Ia sekarang dilihat sudah berada dibawah garisan EMA200 dalam mingguan & harian). Kaunter ini perlu memecahkan paras rintangan (1.58) untuk pengesahan kepada perubahan trend.
4. Sekiranya wujud pembelian, ia perlu tutup di atas lilin merah sebelumnya untuk kembali kepada trend menaik. Peluang ketika lilin membuat ketinggian terendah di tempoh masa yang lebih rendah.
5. Paras Sokongan (1.45), Paras Rintangan (1.57)
6. Paras harga pengesahan (Validation) : 1.52
7. Daily 52%, Weekly RSI 34%
8. Exdate : 11 Ogos 2022, Dividen 0.01. Payment : 26 Ogos 2022
Penafian = Saya sedang belajar, bukan pakar saham. Perkongsian ini BUKAN saranan membeli & menjual @ nasihat pelaburan, tapi sekadar perkongsian teknikal dalam pembelajaran terhadap kaunter di Bursa Malaysia, sebarang beli jual atas risiko masing². Dagangan atas kertas adalah DIUTAMAKAN.😉
MI - BOTDLSektor:
- Technology
Idea analisis:
Dari sudut teknikal
-MI jelas menunjukan major tren menurun dan dilihat breakout garisan menurun (BODTL)
- MI dilihat menuju ke arah rintangan 1.58 dan menarik sekiranya berjaya sustain atas 1.58
- RSI7 memasuki aras RSI60 juga menandakan momentum kuat.
#TAYOR #BAYOR
---------------------------------
PENAFIAN:
Sebarang idea² analisis yang dikongsikan bertujuan hanya untuk memudahkan kajian dan pembelajaran semata, bukanlah saranan untuk beli dan jual.
📌 Melabur adalah atas risiko sendiri.
MI _ Berhampiran Kawasan Sokongan
1.52 merupakan kawasan sokongan yang terhampir dan kemuncak kepada penurunan harga
Kelihatan harga terbaru tidak mampu untuk menurun di bawah kawasan tersebut dan ada kemasukan volum yang agak tinggi baru-baru ini
Jika harga mendatar dan kemudian menaik, berpoternsi untuk melepasi paras MA50
MI agak menarik sedang mendaki di Gelombang Besar 5 Sektor : Teknologi / Semikonduktor
Analisa Teknikal Gelombang Elliot :
kini sedang mendaki ke atas di Gelombang Besar Lima serta akan membuat corak Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
bagi sasaran Gelombang 5 akan kerap berakhir di tahap Fibo 100% - 127.2%
Pendidikan - Garis Panduan Gelombang Besar 5
• Jenis gelombang motif khas yang muncul sebagai pembahagian gelombang 5 dalam
impuls atau pembahagian gelombang C dalam zigzag
• Dalam Rajah , pepenjuru akhir adalah pembahagian gelombang 5 dalam dorongan.
• Pepenjuru akhir biasanya dicirikan oleh tumpang tindih gelombang 1 dan 4 kecil
dan juga oleh bentuk baji. Walau bagaimanapun, pertindihan antara gelombang 1
dan 4 kecil bukanlah suatu keadaan dan mungkin berlaku atau mungkin tidak berlaku
• Pembahagian pepenjuru akhir ialah 3-3-3-3-3
Nota Teknikal Analisis : -
* Corak kerap berlaku : Pepenjuru Akhir ( Ending Diagonal )
*Terdapat Rintangan yang kuat di Tahap Fibo 38.2% ,61.8% & 100%
*Peraturan Pengantian @Rules of Alternation Gelombang kecil (ii) & (iv)
*Tahap Fibo Ext - 100%-127.2% ( Jangkaan Masa - 10 -12 minggu - )
*Isyarat kemasukan Volume besar & Pengesahan Volume
*Penafian : Semua Idea Pelan dagangan ( Trading Plan Idea) ini adalah bertujuan pembelajaran & kajian Penulis semata-mata,
*Bagi tujuan pembelian & jual saham sila rujuk kepada pihak wakil " Remiser atau Perunding pakar Saham " .
*Segala pembelian atau penjualan atau juga kerugian atas transaksi saham , adalah tanggungjawab sendiri .
Peringatan Mesra : Kawal emosi , Jaga kapital & displin dagangan
Mulakan dengan Bismillah & Selawat sebelum dagangan .
Sekian Terima kasih .
Dean Mentari
MI : Double Golden CrossMACD telah bersilang ke atas (GC1) dan EMA 7 & EMA 21 telah membentuk persilangan emas (GC2). Harga berpotensi untuk terus mendaki.
Penafian: Perkongsian ini hanyalah rekod kajian dan pembelajaran saya sendiri dan bukanlah saranan beli atau saranan jual. Sebarang risiko untung/rugi adalah tanggungjawab sendiri.