idea dagangan MRCB
MRCB menantikan breakout di paras higher low.1. Harga MRCB sudah mencapai harga rendah 0.58 dan nampaknya sokongan pembeli juga kuat di paras tersebut.
2. Harganya juga kembali kuat dan kini di paras 0.685, munculnya higher low dan juga nampaknya ada peluang untuk harga breakout dari corak descending triangle di paras 0.675 - 0.70.
Sokongan harga - S1(0.675), S2(0.58)
Rintangan harga - R1(0.81), R2(0.88), R3(1.1\5), R4(1.30).
Jika harga breakout dan berada di atas sokongan 0.675, target harga seterusnya ialah 0.81.
MRCB ada potensi untuk naikDaripada penelitian teknikal, MRCB mempunyai potensi yang amat baik untuk naik. Beberapa paras harga perlu dilepasi untuk mengekalkan daya untuk naik iaitu pada paras 0.630, 0.670 dan 0.695. Keadaan menaik disokong apabila berlaku double bottom atau rejection beberapa hari lepas dan market force dari carta mingguan menunjukkan daya tren menurun semakin rendah. Paras 0.600 adalah paras sokongan yang kuat, sekiranya harga melepasi paras ini, ia akan meningkatkan lagi daya ke bawah. Secara konklusinya, harga MRCB semakin mengukuh dengan sokongan pelbagai faktor.
MRCB, kelajuan dihadkanPergerakan MRCB kini seolah 'capped' pada julat 655/660. CMF menunjukkan sesi mengambil untung telah berlaku semalam dan harga masih menunjukkan minat belian baru mulai wujud hari ini akibat daripada sentimen positif pasaran semasa. Tetapi, saya cadangkan untuk elak seketika MRCB melainkan ia mampu stabil di atas 660. Sasaran seterusnya adalah 680 dan 700.
MRCB Dalam Usaha Untuk Menukar ArahMRCB kelihatan seperti sedang membuat cubaan untuk menukar arah dari menurun kepada menaik. Boleh perati rapat jika MRCB berjaya naik lebih tinggi dari aras 0.62. Ada peluang disitu tetapi mungkin peluang singkat. Asalkan boleh profit mengapa tidak digunakan peluang itu kan?
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
MRCB bakal menguji 630MRCB sekarang berada dalam julat sokongan yang agak kuat iaitu antara 575 hingga ke 600. Ketika ini, MRCB mempunyai minat belian yang semakin meningkat walaupun CMF masih lagi dalam kawasan negatif. Setakat ini, harga masih lagi berada dalam julat yang boleh dikira berisiko rendah dengan nisbah untung kerugian 1:1.4 ataupun merisikokan RM 1 untuk mendapat untung RM 1.40. Rintangan terdekat adalah 630. Jika 630 mampu pecah, MRCB berpotensi untuk menguji rintangan 700 sekaligus meningkatkan nisbah untung kerugian kita ke 1:4.2 atau merisikokan RM 1 untuk mendapat RM 4.20.
Sokongan 575 mesti dikawal rapi, jika tidak MRCB bakal jatuh ke 500. Jual rugi adalah pada 570.
MRCB 20 dec 2018 | bgn tekejut masa tido...Salam semua..
.
1. Daripada pemerhatian saya MRCB nie hanya mengalami tekejut masa tido terbangun sekajp sebelum tido balik..
2. Kena tgk dia punyatekanan jualan kalau makin kurang agak menarik utk diperhatikan
3. Mungkin disebabkan news yg terbaru tu dia bangkit sekejap.
4. Kalau nak entry kena jaga stoplost level.
5. hati2
.
Selamat berdagang saya ucapkan.
.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM).
MRCB menunjukkan carta bentuk Head & Shoulder. Awas!Salam semua.
Berikut adalah ulasan teknikal buat MRCB yang terkini.
1. Pergerakan harga MRCB telah membentuk suatu carta bentuk dipanggil Head & Shoulder. Carta bentuk ini memberitahu para pedagang yang pergerakan harga itu akan mengalami kelemahan dan akan bertukar alirannya ke arah menurun.
2. Perhatikan aliran menurun nampaknya telah diatasi dan dipecahkan namun harga MRCB tidak menunjukkan momentum yang kuat.
3. Sebaliknya, harga MRCB teruskan penurunan dan memecahkan aliran menaik pada 30 Nov yang lepas.
4. Berdasarkan Kunci Paras Fibonacci, 0.675 merupakan paras sokongan yang penting dan juga berada di paras 61.8% berdasarkan Kunci Paras Fibonacci. Jika harga kekal di bawah 0.675, target seterusnya akan menurun ke 0.62. Jika harga balik ke atas 0.675, target seterusnya boleh sampai 0.715.
MRCB, tidak menarik Seperti yang dijangka, MRCB meneruskan permainannya dalam jangkaan terancang saya. Walaupun MRCB menerima pampasan bernilai 1.x billion, ianya belum cukup untuk mengembalikan kepercayaan pelabur kepada MRCB dengan memecahkan harga 88 sen dalam masa terdekat. Buat masa ini, monitor dahulu MRCB rapat-rapat.
Rujuk idea saya sebelum ini terhadap MRCB.
MRCB sedang distribution, 'bocor' is expected. MRCB nampak menarik tapi sebenarnya 'dangerous game'.
MRCB buat high baru setelah accumulate berminggu-minggu tetapi dengan momentum yang kurang, disahkan oleh RSI dan CMF. Kini ia sedang bermain dengan higher support pula, sekitar 755. Saya jangkakan jika pecah support ini, MRCB bakal terjunam lebih teruk berbanding yang kita lihat sebelum ini, bermakna ia bakal memecah anggaran sokongan 720 dan 680. Tetapi jika rintangan 810 sebelum ini cuba dipecahkan buat kali ketiga dan ia pecah dengan volume lebih tinggi, maka MRCB bakal membuat 'bullish reversal' dengan memecah rintangan 870 pula. Pada ketika itu, harga MRCB satu ringgit bukan satu fantasi lagi.
But as for now, MRCB is dangerous.
Setakat ini, pergerakan MRCB masih di dalam jangkaan saya. Nothing wild.
MRCB: Secara Teknikal mungkin akan mulakan keNAIKan petunjuk awal beli dapat di lihat apabila MACD telah bersilang secara positif di mana garisan MACD (biru) mula mendaki dan bergerak di atas garisan signal (merah), ini di ambil sebagai petunjuk awal akan pertukaran arah pergerakan harga. dan ketika ini, di lihat harga di dagangkan di atas garisan MA, kedua- dua garisan MA berada di bawah harga semasa, dan jika harga boleh kekal berada di atas garisan MA, berkemungkinan sehari dua ini kan memberikan petunjuk beli mengikut MA Cross.
buat ketika ini saya jangkakan yang halangan berada di 81sen, dan jika paras halangan ini di pecah, sasaran dan halangan seterusnya ialah di 88 sen. Paras sokongan semasa adalah di 69.5sen
MRCB - SILA RUJUK KEPADA "FIBONACCI KEY RESISTANCE LEVELS" Salam kepada semua.
Penantian berita pengambil-alihan EDL (Eastern Dispersal Link oleh kerajaan daripada MRCB telah membuahkan hasil apabila pengumuman itu dibuat semasa pembintangan Budget 2019 dan justeru itu harga MRCB melonjak.
Link - www.theedgemarkets.com
Ikutilah post yang saya buat semenjak Oct 29.
Link -
Saya nyatakan (berdasarkan ilmu teknikal analisa) bahawa fasa pengumpulan dikesan berlaku di antara 0.68 – 0.72. Jelas ini adalah usaha untuk membawa aksi di Budget 2019 nanti.
Pada Nov 2 - Harga MRCB melonjak tinggi, dan tutup pada 0.76. 25K lot bertukar tangan semasa sesi "pre-closing" berlaku pada 4.50 petang.
Justeru itu, dengan serta-merta saya membuat ulasan sekali pada Nov 2 dan saya juga nyatakan dengan jelas paras rintangan menggunakan Fibonacci (Key Resistance Levels through Fibonacci). Jelas saya sebutkan bahawa jika harga kekal atas 0.75, target seterusnya akan menuju pada 0.80.
Link -
Pada hari ini juga Nov 5, di sesi pagi niaga, MRCB mencatat harga tertinggi pada 0.805.
Harga rintangan seterusnya ialah 0.84 jika harga dapat kekal atas 0.80 pada hari ini.
Sila ikutilah ruangan ini untuk ulasan ulasan yang dapat kita manfaat dalam Bursa Malaysia. Sila berikan saya "like" anda jika anda suka membaca ulasan yang tertera di ruangan ini sebagai dorongan buat saya.
Terima kasih semua.
Sekian
MRCB - Nampak MenarikMRCB nampak menarik dan sedang melakukan reversal. Jumaat lepas candle marubozu. Jika berjaya pecahkan 0.795 dan stay diatas 0.795 memang terbaik dan boleh hold beberapa hari. Sama-sama kita perati rapat dan sediakan trading plan.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
MRCB (#2) – Harga naik lagi, +8%Salam kepada semua.
Berikut adalah ulasan terkini selepas ulasan MRCB yang dibuat pada 29th Oct. (Link - )
1. Merujuk kepada ulasan yang lepas, pengumpulan dikesan berlaku di sekitar 0.68 – 0.72
2. Ini memberi nisbah risiko : ganjaran yang agak bagus dan lumayan.
3. Hari ini saja, pada sesi pagi harga MRCB mencapai harga tertinggi, 0.755, mencatat keuntungan sebanyak 8% daripada harga yang diulaskan sebelum ini.
4. “Fibonacci Key Levels” telah diukur dalam carta, sila rujuk di atas. Jika harga dapat kekal atas 0.75, maka target selepas ini adalah 0.80.
5. Sokongan masih berada di paras 0.675 dan 0.70.
Perkongsian ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran dan informasi sahaja. Saya tidak mengesyorkan untuk sesiapa supaya membeli/menjual sebarang "counter" yang disebutkan di ruang ini. Sebarang keputusan untuk jual/beli haruslah diselidik dahulu ataupun meminta pendapat rakan professional dalam bidang pelaburan dan dagangan. Ini kerana ada risiko yang besar dalam dagangan and niaga saham dan saya tidak nasihatkan kawan-kawan supaya melabur lebih dari yang mampu. Sekian.
MRCB: Berpotensi untuk naikMRCB di lihat ketika ini bergerak secara mendatar, tetapi RSI menunjukkan momentum sedang meningkat, masih lemah, tetapi ada peningkatan. Stochastic pula berkemungkinan telah malalui kitaran pusingan di paras terendah dan berkemungkinan akan naik. Bollinger Band nampak seperti mendatar, tetapi jika di amati, sebenarnya ada terlihat sedikit kenaikan pada garisan tengah BB, ini adalah satu petunjuk yang positif, namun begitu harga semasa MRCB masih lah berada di bawah garisan tengah itu, boleh lah di masukkan MRCB ini ke dalam senarai saham yang berkemungkinan berpotensi naik, andai kata harga MRCB merangkak naik ke atas garisan tengah BB, ini adalah satu petunjuk positif beli. Hari ini bajet akan di bentangkan petang nanti, jika ada berita positif berkait sektor pembinaan, sudah tentu akan memberi kesan posotif terhadap MRCB. apapun, kita tunggu dan lihat akan petunjuk yang kukuh sebelum membuat tindakan.
MRCB 30/10/18 MASIH BERTAHAN DI ATAS ARAS SOKONGAN ...
1) Kaunter MRCB masih bertahan di atas aras sokongan yang agak kuat
dan telah berada di penghujung segi tiga..
2) Kemanakah arah kaunter ini akan pergi ??
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
MRCB – Adakah dalam fasa pengumpulan?Salam kepada semua
Berikut adalah Analisa teknikal saya buat MRCB
1. Corak carta sudah membentuk satu corak “Cup & Handle”
2. Dua paras sokongan yang penting dikesan pada paras 0.675 and 0.70.
3. Pengumpulan dikesan berlaku di antara 0.68 – 0.72
4. Saya akan mengambil peluang ini untuk beli atas sokongan.
5. Candlestick kuning sudah muncul (menandakan perubahan trend ke lemah). Oleh itu, saya akan berdisiplin dan akan cut loss bila harga pecah bawah
0.675.
Perkongsian ini hanyalah untuk tujuan pembelajaran dan informasi sahaja. Saya tidak mengesyorkan untuk sesiapa supaya membeli/menjual sebarang "counter" yang disebutkan di ruang ini. Sebarang keputusan untuk jual/beli haruslah diselidik dahulu ataupun meminta pendapat rakan professional dalam bidang pelaburan dan dagangan. Ini kerana ada risiko yang besar dalam dagangan and niaga saham dan saya tidak nasihatkan kawan-kawan supaya melabur lebih dari yang mampu. Sekian.