PeterTing

MRCB menunjukkan carta bentuk Head & Shoulder. Awas!

MYX:MRCB   MALAYSIAN RESOURCES CORPORATION BERHAD
Salam semua.

Berikut adalah ulasan teknikal buat MRCB yang terkini.

1. Pergerakan harga MRCB telah membentuk suatu carta bentuk dipanggil Head & Shoulder. Carta bentuk ini memberitahu para pedagang yang pergerakan harga itu akan mengalami kelemahan dan akan bertukar alirannya ke arah menurun.
2. Perhatikan aliran menurun nampaknya telah diatasi dan dipecahkan namun harga MRCB tidak menunjukkan momentum yang kuat.
3. Sebaliknya, harga MRCB teruskan penurunan dan memecahkan aliran menaik pada 30 Nov yang lepas.
4. Berdasarkan Kunci Paras Fibonacci, 0.675 merupakan paras sokongan yang penting dan juga berada di paras 61.8% berdasarkan Kunci Paras Fibonacci. Jika harga kekal di bawah 0.675, target seterusnya akan menurun ke 0.62. Jika harga balik ke atas 0.675, target seterusnya boleh sampai 0.715.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.