MYEG - Muncul signal kekuatan dalam harga1. Harga pecah ke atas downtrend line dan harga rintangan di sekitar 0.975.
2. Higher high dan Higher low kini telah muncul menunjukan pergerakan harga positif.
3. Paras sokongan penting = 0.975. Jika pecah ke bawah paras ini, harga dijangka akan menuju ke 0.935 atau 0.805.
4. Harga rintangan kini = 1.12 - 1.14
idea dagangan MYEG
MYEG- ke mana? MYEG telah memulakan tahun baru dengan harapan baru. Walaubagaimanapun, MYEG masih lagi belum stabil akibat daripada volume sesi pagi hari ini yang boleh dianggap masih kurang. Sokongan adalah 960 sen berdasarkan volume profile yang ada, dengan rintangan terdekat adalah 1.030. Jika sokongan dilanggar, bear bias telah wujud. Bullish bias pula berlaku sekiranya MyEG mampu melintasi 1.030.
Sama-sama saksikan hala tuju MyEG.
MYEG masih belum melepasi trendlineMYEG sebelum ini telah membuat lantunan teknikal di support dan membuat kenaikkan, namun masih belum lagi melepasi trendline. Maka, posisi MYEG masih lagi belum dipastikan akan membuat uptrend yang baru. Setakat ini see profit dan take profit.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
MYEG tetap lemah MYEG cuba menguji rintangan pergerakan purata 20 hari iaitu pada harga 990, tetapi gagal untuk memecahkannya lalu tutup lebih rendah daripada buka, tetapi lebih tinggi daripada semalam. Setakat ini MYEG boleh dianggap sebagai lemah melainkan rintangan MA 20 boleh dipecahkan dalam masa terdekat. CMF menunjukkan berlakunya aktiviti ambil untung hari ini.
Sokongan terdekat adalah 960, dan sekiranya pecah ke bawah, mampu mengesahkan teori pra-matang saya. Walaubagaimanapun, sebarang lintasan menyebarangi 990 adalah tanda kekuatan dan patut diambil sebagai signal kerbau. Diingatkan bahawa, MA20 mesti dipecahkan berserta volume yang tinggi untuk mengesahkan breakout yang kuat. Elakkan terperangkap dalam 'false signal'.
MYEG 27 Dec 2018 | Menarik gak nieSalam semua,
.
1. Myeg ni pun consider bagi diskoun sgt2 dah jugak nie
2. Kalau ikutkan dia dah masuk wave 5
3. Pada hemat saya sepatutnya dia akan mula panjat ke atas
4. Momentum selling pun dah berkurang
5. RSI pun menunjukkan buying sedang masuk
6. Sama2 perhatikan
.
Selamat berdagang saya ucapkan
.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM).
Support MYEGMYEG hanya tinggal 3 support lagi untuk bertahan pertama 0.790 kedua 0.730 dan support terakhir 0.655.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
MYEG, sideway Saya mengunjurkan MYEG untuk kekal sideway sehingga sepanjang tahun ini yang berbaki berberapa minggu. Julat sideway saya letakkan antara 86 sen sehingga ke 96 sen. Terbatal apabila mana-mana angka pecah. Sekiranya sokongan 86 sen pecah, MYEG akan terus bergerak menguji sokongan 79 sen untuk mengesahkan kekuatan beruang seterusnya. Sekiranya rintangan 96 sen pecah pula, MyEG akan menguji 1.03 untuk mengesahkan kekuatan bull untuk bergerak ke 1.10.
Walau apapun, menarik untuk diperhatikan MyEG.
MYEG: Hujan dibawah awanMelihat pada carta harian, saham MyEG masih berada didalam keadaan arah aliran menurun. Ini disokong oleh harga yang didagangkan dibawah awan ichimoku & pecah paras psikologi RM 1.00. Jika harga tidak dapat memecah keatas RM 1.00, agak sukar untuk MyEG melakukan pendakian keatas.
Paras sokongan seterusnya: RM 0.79, RM 0.655
Penafian: Hanya untuk analisa teknikal sahaja.
MYEG bullish haramiMYEG syarikat dengan kewangan yang kukuh dihujani pelbagai berita buruk. Mungkin kah ianya hanya untuk menciptakan fear factor? Warren Buffet berpesan "Be greedy when people in fear, and be afraid when people are greedy" melambangkan prinsip beliau membeli bila harga sesebuah syarikat yang kukuh jatuh kerana pelabur dalam keadaan takut dan melepaskan pegangan saham mereka..
Dari segi teknikal, MYEG telah membentuk candlestick pattern bullish harami dimana pattern ini adalah sebuah Pattern reversal. Mungkin kah MYEG telah bersedia untuk reverse?
Jangkaan harga jika ada follow up esok adalah pada R1 dan R2. Jika pergerakan harga berjaya menembusi R2, maka MYEG boleh dikatakan berjaya membuat reversal.
Target R1 dan R2
Stoploss S1
arah tuju myegsemalam dia telah melakukan terjunan bebas tanpa sebab(berdasarkan berita)
jadi hari ini dia telah gap up dan naik kembali.
pada hemat saya , bagi long term trader, boleh collect sebarang harga dibawah rm1.
short term pula, letak kan support pada 78sen.
struktur harga masih dalam bearish mode kerana bergerak dibawah moving average,awan dan trendline.
MESTI BACA: MyEG semakin kritikal...MyEG, sokongan seterusnya adalah 1.000 dan sekiranya ia pecah, MyEG mampu bergerak ke 86 sen. Kekuatan jangka pendek boleh dikesan sekiranya MyEG mampu memecahkan rintangan 1.14 dalam masa terdekat. CMF di carta daily menunjukkan distribution yang berterusan. Tetapi, di carta 4-jam, CMF memberi tanda bahawa akan wujudnya technical rebound jangka pendek. Saya menganggap bahawa rebound kali ini tidak mampu untuk memecah rintangan 1.14, tetapi dengan mengambil kira sokongan terdekat sekarang adalah 1.000, ia mungkin akan menarik minat pengambil risiko.
Saya masih lagi menetapkan MyEG dengan pegangan singkat (JUAL) buat masa sekarang.
MyEG, tetap dengan pegangan SINGKAT (JUAL)MyEG, walaupun telah pecah dan berjaya berdagang di atas 1.20, kekuatan harga semakin melemah. Lagi sekali, berjaya dibongkarkan oleh CMF. RSI kini 43, pula tidak dapat mengesahkan breakout harga 1.20 dengan masih berada di bawah 'previous high' iaitu 45. Kalau merujuk kepada trend harga, masih belum lagi uptrend. Boleh dikatakan MyEG masih sideway dengan bear bias intact.
MYEG selagi atas 1.160 layanMYEG closed pada jumaat lepas dengan volume yang tinggi, kenaikan 2 hari ini merupakan kenaikan yang kuat atau disebut sebagai stock base dalam ilmu TAVA. Boleh layan selagi atas low hari ini 1.160.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!
MYEG Short? MyEG hari ni cuba membuat pendakian ke 1.200 tetapi tetap kendur di 1.110 sehingga ke akhir dagangan. 1.110 sebenarnya masih dalam trend bear yang dibuatnya dengan agak kuat. Buat masa ini, saya masih pesimistik terhadap pergerakan harga MyEG melainkan MyEG dapat berdagang di atas 1.200.