idea dagangan NAIM
KAJIAN 6: Empat Cara Penentuan Support dan ResistanceKAJIAN 6: Empat Cara Penentuan Support dan Resistance
- Support dan Resistance merupakan dua elemen yang penting dalam membuat keputusan untuk Cutloss (CL) dan Take Profit (TP) sesuatu saham.
- Support diibaratkan seperti lantai yang kukuh manakala Resistance pula diibaratkan seperti bumbung yang teguh. Harga tidak akan mampu melepasi Support dan Resistance ini kecuali dengan momentum yang kuat.
- Jika harga didapati memecahkan resistance (bumbung), ia bermakna harga telah berjaya breakout dan harga akan menjadikan resistance tadi sebagai support (lantai). Jika harga memecahkan support (lantai) pula, ia bermakna harga telah breakdown dan harga akan menjadikan support tadi sebagai resistance (bumbung).
- Terdapat beberapa cara penentuan Support dan Resistance:
1️⃣ Classical Support & Resistance.
- Jelas kelihatan ketika harga bergerak sideways.
- Paling banyak digunakan dan diajarkan.
2️⃣ Dinamic Support & Resistance (Moving Average).
- Tidak perlu dilukis. Hanya perlu masukkan indikator ke dalam chart sahaja.
- Moving Average ini boleh dibahagikan kepada 4 jenis:
👉 EMA 5, EMA 7 = Dinamic Support & Resistance untuk super short term.
👉 MA 20 = Dinamic Support & Resistance untuk short term.
👉 MA 50 = Dinamic Support & Resistance untuk mid term.
👉 MA 200 = Dinamic Support & Resistance untuk long term.
3️⃣ Trend line Support & Resistance.
- Jelas kelihatan apabila sesuatu saham berada dalam keadaan uptrend atau downtrend.
- Apabila uptrend, saham akan menjadikan trend line sebagai support.
- Apabila downtrend, saham akan menjadikan trend line sebagai resistance. Apabila harga berjaya memecahkan trend line ini, ia dinamakan BDTL (Break DownTrend Line).
4️⃣ Gann Square of Nine.
- Dicipta oleh William Delbert Gann (W.D Gann) berasaskan campuran geometri, astrologi dan teknik matematik kuno.
- Cara pengiraan boleh didapati di youtube. Selain itu boleh juga gunakan kalkulator gann yang disediakan oleh Mahersaham. Anda juga boleh gunakan iSaham gann table yang telah diadaptasi kegunaannya khusus untuk Bursa dengan mengambil kira lebih 100k data support dan resistance saham di Bursa.
Nota kaki:
* Breakout = Harga memecahkan resistance.
* Breakdown = Harga memecahkan support.
* Sideways = Keadaan dimana harga bergerak mendatar.
* Uptrend = Keadaan dimana harga bergerak menaik.
* Downtrend = Keadaan dimana harga bergerak menurun.
* BDTL = Break DownTrend Line. Harga memecahkan garis penurunan.
------------------------------
DISCLAIMER:
Terma atau istilah 'KAJIAN' yang digunapakai ini merangkumi tentang info, pendidikan dan pembelajaran sahaja. Jadi, ia bukanlah saranan untuk jual dan beli (buycall dan sellcall) sesuatu saham.
NAIM: Boleh pergi lagi ni1) Stochastic telah bersilang dan mencapah keatas di paras oversold, menunjukkan peluang upside yang agak tinggi.
2) Sentimen minyak baru-baru ini menyebabkan kaunter ini menerima tempias juga.
3) RSI berada di paras 50 menunjukkan momentum build up wujud dan proses pengumpulan berlaku.
4) Kaunter turut didagangkan diatas MA20, MA50, MA100 dan MA200 trend dalam fasa uptrend.
5) Cadangan dagangan beli ketika harga melemah buy at support sebelum kaunter meneruskan kenaikan lagi.
KAJIAN 2: Empat Jenis Segitiga dalam SahamTerdapat banyak jenis segitiga dalam saham. Antaranya:
1) Rising & Falling Wedge Pattern.
2) Ascending & Descending Triangle Pattern.
3) Bullish & Bearish Pennant Pattern.
4) Bullish & Bearish Symmetrical Triangle Pattern.
Terdapat dua perbezaan antara pennant pattern dan symmetrical triangle pattern.
1) Pembentukan flagpole (tiang bendera). Flagpole bagi pennant terdiri daripada candlestick panjang-panjang dimana harga spike (bergerak laju) sebelum terbentuknya pennant. Apabila terbentuknya pennant, harga pause (bergerak perlahan) sebelum meneruskan pergerakan. Berbeza dengan symmetrical triangle dimana flagpole adalah gabungan daripada banyak candlestisk.
2) T empoh masa. Pennant hanya terbentuk dalam waktu yang singkat (kurang sebulan) manakala symmetrical triangle pula terbentuk dalam waktu yang panjang (berbulan-bulan).
Nota/Petunjuk:
* Breakdown = Harga memecahkan support dan jatuh kebawah.
* Breakout = Harga memecahkan resistance dan naik keatas.
NAIM [S] 24 Dis 20 : Masih sideway1. NAIM masih sideway.
2. Perlu berhati-hati sebab support 0.765 NAIM telah pecah.
3 Apakah nasib NAIM pada mingggu depan?
4. Sila masukkan ke dalam watchlist anda.
Sama-sama kita perhatikan.
Diclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk percambahan minda sahaja.
SEKIRANYA IA MEMBANTU ANDA, SILA LIKE DAN SHARE.
"MORE YOU GIFT, MORE YOU GET... INN SHA ALLAH"
NAIM[S] 14 Dis 20 : Masih kaunter uptrend1. NAIM masih kaunter uptrend.
2. NAIM berada di atas garisan EMA 50 dan 200 serta berada di atas kumo hijau dengan selesa.
3. Tidak perlu risau sekiranya anda investor dan bagi trader, jaga SL masing-masing.
4. Sila masukkan ke dalam watchlist anda.
Sama-sama kita perhatikan.
Diclaimer : Perbincangan di sini hanya untuk percambahan minda sahaja.
SEKIRANYA IA MEMBANTU ANDA, SILA LIKE DAN SHARE.
"MORE YOU GIFT, MORE YOU GET... INN SHA ALLAH"
NAIM Holdings main kotakSetelah price adjustment utk dividen tempoh hari, NAIM masih lg bermain dalam kotak, sudah ada beberapa cubaan untuk melepasi kotak di aras 0.805, tapi masih belum berjaya. Kalau harga berjaya melepasi dan kekal di atas 0.805, NAIM berkemungkinan mencuba menutup gap down price adjustment. Baki dividen dari pengumuman sebelum ini masih lagi belum di announce. Sama-sama kita nantikannya. Apa-apa pun TAYOR.
NAIM, cubaan berlaku persilangan EMA50 dan EMA200?6 November lepas EMA50 dan EMA200 hampir bersilang keatas, namun keesokan harinya, gap-down terus.
FA syarikat ok, Q3 pun ada untung berniaga.
Hari ini harga berada diatas EMA50 dan EMA200 menadnagkan jarak dua EMA ini tidak jauh.
Ditambah pula dengan momentum tengah menaik dan dijangka akan berlaku kenaikan pada harga dalam masa terdekat.
Penting untuk harga menutup Gap-Down yang telah dibuat, jadi TP terdekat dan support adalah seperti yang digariskan.
Kajian ini hanyalah untuk pembelajaran sahaja, bukannya buy call.
Saya doakan kita semua berjaya dan untung dalam bersaham.
TAYOR
naim 2okthai guys
akhirnya Naim buat Egm untuk bgtau hal pasal penjualan tanah kepada Kerajaan Sarawak bernilai RM340 Juta
Daripada RM340 Juta ini Naim akan memperuntukkan RM90 juta sebagai ganjaran untuk pemegang saham yang merupakan tunai 18 sen sesaham
Dan ini adalah Sebab Utama mengapa Naim baik
1) Pada 78.5 sen dengan NTA sebanyak RM2.60 Naim dijual pada Diskaun 70% kepada NTA.
ii) Naim juga merupakan Pemegang Tertinggi kedua-dua Dayang & Perdana
Jika Naim menjual Dayang dia akan dapat cash lagi..wowow
TOP GLOVE pun bagi dividen 8.5 sen je.