idea dagangan PANSAR
PANSAR membentuk pennant
PANSAR membentuk corak pennant pada carta, jika breakout ke atas dari corak ini dijangka akan pergi jauh ke atas.
HMA jangka pendek 9 dan 21 bersilang menunjukkan ada momentum.
Stoch RSI menyeberang paras 20 menunjukkan fasa overbought akan berakhir dan meomentum semakin meningkat.
PANSAR 16/10/19 ADAKAH AKAN KEMBALI BERAKSI ??1) Harga kaunter PANSAR telah berjaya melepasi garisan trend jangka pendek dan
menunjukkan minat belian kembali..
2) Harga kaunter ini menghampiri aras 52 minggu tertiggi ..
3) Aras sokongan terdekat boleh dijadikan kawasan
menghentikan kerugian..
Penafian : Kajian diatas bukanlah bertujuan untuk membeli @ menjual saham,
Hanyalah bertujuan untuk pembelajaran sahaja,
Berdagang diatas risiko sendiri..
PANSAR, masih berjaya tutup pada sokonganPANSAR kini masih lagi berjaya bertahan dan tutup pada aras sokongan 0.565, masih lagi cuba untuk mengekalkan fasa uptrend.
-volume dagangan mula bertambah sejak september lalu, dan lilin sedikit membentuk hammper
-harga telah rebound pada sokongan kedua 0.55 dan berjaya tutup pada sokongan semasa pada 0.565
-ini menandakan harga cuba ditahan untuk terus jatuh
-jika mampu bertahan pada sokongan, TP, rintangan seterusnya pada 0.615
-harga masih lagi trending pada key MA, EMA50 dan SMA200 untuk kekal uptrend dan tunggu confirmation pembentukan lilin seterusnya - untuk kepastian harga rebound
Mungkinkah chartist akan buat begini - Pansar24/9/18(senayan@isnin)
Pansar sekali lagi membuat doji namun dengan ekor atas yang panjang sedikit
Bermakna seller menguasai lagi perdagangan.
Sedikit kemungkinan bayangan jika pattern ini terbentuk.
Reward yang akan dicapai lebih maksimum
Daily chart.
Dia sekarang berada di aras sokongan bertapak di atas MA 200.
Jika dia mencipta kenaikan dengan membentuk candle bullish boleh perhatikan kalau-kalau
ada ruang untuk entri.
Fifo dahulu kerana carta menunjukkan seakan sideway.
Salam analisa malam.
PANSAR melepasi paras tertinggi dalam sebulan- Kaunter PANSAR telah membuat kenaikan disaat-saat akhir dagangan dan berjaya tutup diatas 2 rintangan pada harga 0.870. Rintangan pertama ialah upper channel dan rintangan kedua ialah garisan hijau.
- Jika kaunter ini berjaya stay diatas garisan hijau, berkemungkinan ia akan pergi ke rintangan seterusnya iaitu pada harga 0.895.
- Volume hari ini telah breakout 3 bulan volume lepas.
PENAFIAN : Maklumat kajian yang dikongsikan bukanlah suatu rekomendasi untuk membeli atau menjual saham. Ianya diberikan semata-mata untuk tujuan pembelajaran dan kajian. Pihak ChannelTrend tidak akan bertanggungjawab atas sebarang keputusan yang anda buat. Selamat berdagang!