SIRI PINE SCRIPT - crossover dan barcolor untuk indicatorPermintaan dari rakan kita untuk mewarnakan candle jika syarat pada stochrsi tercapai serta membuat simple alert berdasarkan syarat tadi. Semoga terhibur.Pendidikan13:49oleh BURSATRENDBANDCHARTTelah dikemas kini 6
PBBANK... isyarat beli ketigaPBBANK... isyarat beli ketiga PBBANK... 3rd buy signal #ARTTpickoleh calvincychinDIterbitkan 0
PBBANK: masih jatuhPBBANK: masih JATUH melihat pada carta harga harian . dilihat saham ini masih jatuh dan masih belum ada bukti kukuh yang menyokong kenaikan harga saham ini pada ketika ini. dan kerana saham ini adalah saham indeks. kejatuhan saham ini akan memberi kesan negatif kepada saham saham yang lain tersenarai.oleh zulnureenDIterbitkan 1
PBBANK Masih belumlepas halanganPBBANK: perlu sokongan kuat saham ini adalah saham yang perlu di pantau kerana saham ini adalah antara saham saham yang kuat mempengaruhi arah aliran KLCI. pada ketika ini, walaupun elah menaiki atas MA, ia dilihat sebagai masih lagi mendatar dan momentum pula dilihat melemah, namun pada ketika ini, secara teknikal , ia masih positif. oleh zulnureenDIterbitkan 0
PBBANK: perlu sokongan kuatPBBANK: perlu sokongan kuat saham ini adalah saham yang perlu di pantau kerana saham ini adalah antara saham saham yang kuat mempengaruhi arah aliran KLCI. pada ketika ini, walaupun elah menaiki atas MA, ia dilihat sebagai masih lagi mendatar dan momentum pula dilihat melemah, namun pada ketika ini, secara teknikal , ia masih positif.oleh zulnureenDIterbitkan 0
PBBANK masih jatuhPublic Bank : masih jatuh melihat pada carta PBBANK, ia masih lagi di bawah semua petunjuk penting. dan jika dilihat pada paras halangan MA, ia adalah di paras 19.50, halangan kuata adalah di paras 23rm momentum jualan juga dilihat semakin kuat dan belum ada petunjuk dan tanda yang ia akan berhenti pada ketika ini.oleh zulnureenDIterbitkan 0
Public BankPBBANK Saham perbankan ini dilihat telah mengalami beberapa kitaran kejatuhan. dan kalau dilihat pada posisi terkini, berkemungkinan ia telah pun mengalami kejatuhan hingga ke dasar, dan berkemungkinan dalam masa terdekat ia akan naik semula. namun begitu, harga saham ini masih lagi dibawah moving average dan momentum bearish nya masih lagi kuat. hanya jika ia naik semula diatas paras moving average sahaja ia akan berkemungkinan berubah arah untuk naik semula. oleh zulnureenDIterbitkan 0
PBBANK: ulasan Ichimoku PBBANK: ulasan Ichimoku melihat pada carta harian saham ini, terlihat saham ini sedang menghadapi halangan ichimoku di paras 23.65 namun begitu pada saat ini, petunjuk petunjuk lain pada ichimoku terlihat positif oleh zulnureenDIterbitkan 0
PUBLIC BANK: Target RM 22.48 Merujuk kepada carta teknikal, Public Bank berpotensi untuk menemui RM 22.48, sekiranya Public Bank tidak mampu rebound pada harga RM 23.40 beberapa minggu daripada sekarang. Public Bank yang telah lama lena dari tidur, tiba-tiba terbangun untuk muntah darah. hehe ==' oleh ahzaadhwaDIterbitkan 1
PBBANK: Antara faktor kejatuhan pasaran Bursa Malaysia PBBANK adalah antara saham yang mewakili FBMKLCI. dan kejatuhan yang sedikit pun dari PBBANK akan memberi kesan kepada indeks FBMKLCI dan apatah lagi jika saham ini jatuh dengan banyak. saham saham yang termasuk dalam senarai FBMKLCI adalah leader dalam sektor yang menjadi petunjuk arah sktor. dan FBMKLCI ini bertindak sebagai general dalam pasukan perang, dan andaikata general ini tewas makan, para soldadu yang lain juga akan ikut tewas. melihat pergerakan secara total dengan menggunakan petunjuk analisa teknikal, maka kita tidak akan ambil pusing sebab musabab ia bergerak, dalam erti kata lain, kita sebenarnya tidak akan melihat kepada news dan sebab sebab fundamental. kita sesungguhnya ingin melihat apakah aktviti sebenar para pelabur, apakah ia sedang membeli atau apakah ia sedang menjual. dan tentu sekali kita ingin melihat kekuatan aktiviti tersebut untuk membuat keputusan samaada kita akan ikut atau tidak. kerana sebagai pemain retail saham, kita cuma seorang follower, kita tak pernah mempunyai kuasa untuk menentukan arah tuju pasaran. oleh itu melihat pada carta teknikal, sebenarnya, PBBANK cuba membuat comeback dan membuat pendakian, tapi pendakian itu gagal menukar trend dari kejatuhan kepada kenaikan, tetapi kejatuhan hari ini yang banyak secara lansung telah menyebabkan ramai lagi pemain besar dan kecilan mengikut trend dan ikut menjual, menyebabkan kejatuhan yang lebih besar ibarat jatuh di timpa tangga. di saat ini ramai pemain mengharapkan kenaikan semula, tetapi, sebagai pemain teknikal yang mengikut petunjuk, seharusnya kita menunggu petunjuk bertukar menjadi nelian sebalum kita membuat keputusan dan membeli. PBBANK secara teknikal berada di bawah garisan 20ma dan kejatuhan yang banyak hari ini menyebabkan saham ini berada jauh di bawah awan. ini menunjukkan bahawa saham ini sedang trending down kerana duduk di bawah awan. malah jika di lihat pada spetunjuk MACD, belum ada lagi petunjuk beli sejak harga jatuh di bawah garisan 20ma. kejatuhan yang berterusan ini menjadikan KLCI juga turut sama jatuh.oleh zulnureenDIterbitkan 0
PBBANK: keyakinan yang hilang PBBANK adalah salah satu dari 30 saham yang ada dalam senarai FBMKLCI, dan ia adalah saham yang kedua terbesar selepas maybank, dan kejatuhan PBBANK, walaupun sedikit , ia akan memberi kesan yang besar terhadap pergerakan FBMKLCI. dan , melihat pada carta harian PBBANK di waktu ini, terlihat yang keyakinan pelabur pelabur yang memegang dana yang besar mulai dengan perlahan lahan mengurangkan pegangan mereka di dalam saham ini, saya sedang memikirkan, jika dana dana besar ini mulai menjual saham saham yang bernilai tinggi ini, siapakah pula yang sanggup membeli di paras yang tinggi ini, yang mana, kemungkinan akan menanggng keruigian yang amat tinggi jika benarlah saham PPBANK ini akan jatuh. dan jika tiada lah yang sanggup membeli saham yng bernilai tinggi ini. kejatuhan ke paras yang lebih rendah, sesungguhnya akan merugikan banyak pihak. fikir fikir kan lah.oleh zulnureenDIterbitkan 0
Public Bank: Bakal menempuh halangan kuat, sokongan amat di perl Melihat pada carta public bank pada akhir jumaat yang lepas (1march), yang mana di tutup pada RM25.02 dengan kejatuhan sebanyak 2 sen. betul betul mendekati paras sokongan 20ma pada paras 24.96, walaupun awan masa hadapan di lihat berwarna hijau, tetapi ketebalan awan itu di ihat semakin menipis, ini agak merisaukan. yang lebih merisaukan ialah, garisan Chikou yang kini bakal menghadapi tembok harga semasa, ia bakal berlanggar dengan harga semasa yang membuat ketinggian hingga paras 25.18, untuk mengelakkan perlanggaran, saham Public Bank harus lah melonjak naik melebihi paras tersebut. namun yang menghampakan iaah, apabila melihat MACD sudah pun bersilang negatif, ini membawa maksud bahawa PBBANK berkemungkinan sedang dalam peringkat awal menukar trend nya daripada cubaan menaik tetapi gagal dan berkemungkinan jatuh, jika ini terjadi, maka berkemungkinan ia akan memberi kesan kepada indeks FBMKLCI kerana modal pasaran nya yang tinggi. walaupun dengan kejatuhan yang sedikit, kesan nya terhadap FBMKLCI adalah amat besar, apatah lagi kalau kejatuhan nya (mungkin) besar, lebh besarlah kesan nya terhadap kejatuhan FBMKLCI. oleh zulnureenDIterbitkan 0
PBBANK: dilihat kritikal kepada kedudukan indeks Melihat pada paras saham PBBANK, ia di lihat berada pada keadaan amat kritikal kepada indeks FBMKLCI, ini adalah kerana, paras sokongan nya yang sangat hampir, mengikut 20ma, paras sokongan PBBANK ialah di paras 24.95 dan pergerakan harga nya yang mendatar adalah sangat membimbangkan, kejatuhan saham PBBANK sudah pastinya akan memberi kesan kepada indeks kerana modal pasaran nya yang besar.oleh zulnureenDIterbitkan 0
FBMKLCI bergantung harap pada PUBLIC BANK untuk naik FBMKLCI kalau di lihat pada petunjuk MACD, ia telah pun bersilang negatif dan adalah antara petunjuk JUAL yang pertama, maksudnya ada kemungkinan bahawa FBMKLCI akan mengalami dan menyambung pergerakan menurunnya, namun begitu, pengharapan masih terletak kepada sahamsaham besar yang menjadi sauh kepada FBMKLCI dan antara yang terbesar dari 30 saham yang berada di dalam senarai FBMKLCI ialah saham PUBLIC BANK. kalau dilihat pada petunujuk ICHIMOKU mash terlihat bahawa saham PUBLIC BANK adalah masih positif, harus juga diketahui bahawa paras sokongan saham PUBLIC BANK ialah di paras RM 24.55, semoga saham PUBLIC BANK dapat kekal di atas paras sokongan nya.oleh zulnureenDIterbitkan 1
Public Bank: Jual / Short / Put Public bank sedang mengalami episod penjualan perlahan-lahan tanpa ditunjukkan pada harga. Ini dibuktikan melalui Chaikin Money Flow, apabila kita boleh melihat trend menurun dan disahkan oleh MA20 apabila harga bergerak di bawahnya. Sokongan penting adalah RM 24.000 dan jika kalau ia pecah, kita bakal melihat Public Bank untuk ke RM 22.40 kembali. Singkatoleh ahzaadhwaDIterbitkan 0
Public Bank, berkemungkinan jatuh bawah RM20Melihat pada carta harga Public Bank, saya telah mendapati ada tanda tanda Bearish Divergence di antara harga dan garisan MACD, ini mencadangkan bahawa harga berkemungkinan dalam masa terdekat akan jatuh, Buat masa ini harga RM 23.60 adalah paras sokongon yang mana sama dengan paras garisan 200ma dan paras sokongan seterusnya ialah dia paras RM22.40, iaitu paras sokongan kuat historical sebelum ini. andai kata harga melepasi paras RM 22.40, Public Bank berkemungkinan membuat bentuk double top yang mana paras harga sasaran berikut nya adalah RM 19.50oleh zulnureenDIterbitkan 1
Trend menurun Public Bank Berhad (1295)Public Bank dijangka akan meneruskan penurunan sehingga ke paras RM 20.90. Jika harga tidak berjaya membuat lantunan pada RM 20.90, Public Bank dijangka akan terus menurun sehingga RM 19.80 dan seterusnya pada RM 17.50. Singkatoleh Akuvox88DIterbitkan 1