idea dagangan PCCS
PCCS : Paras tertinggi terbaruPCCS Group Berhad adalah sebuah syarikat pegangan pelaburan yang terlibat dalam penyediaan perkhidmatan pengurusan. Segmen Syarikat adalah Pakaian, Pelabelan dan Lain-lain.
1. PCCS telah melakukan breakout dan mencapai paras tertinggi sejak 2016.
2. Paras rintangan semasa adalah RM0.520.
3. Paras sokongan semasa adalah RM0.410.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
Trading idea untuk swing traderSekadar pandangan peribadi.
Tak semua orang boleh trade hari-hari. Ada yang kerja 8 hingga 5. So bila masa nak monitor kaunter-kauter yang sedang aktif di bursa?
Memang tak ada masa nak tengok...percaya lah.
Caranya.... ramai orang cadangkan adalah dengan swing trade. Maknanya anda beli masa orang tak kecoh-kecoh pun pasal saham tu, then tiba-tiba je naik dan anda jual bila orang dah start kecoh-kecoh pasal saham tu. Menarik tak?
Anda boleh tengok contoh saham PCCS ni....memang agak lama dia side way...dan tak ada pun forum-forum atau channel-channel telegram yang sibuk cerita pasal saham ini. Bile saham ini membuat kenaikan, baru semua orang sibuk bercerita pasal saham ini.
So anda hanya perlu habiskan mungkin 2-3jam pada hujung minggu untuk mencari saham-saham yang agak lama side way. Then just monitor pergerakkan saham tersebut rapat-rapat.
6068 PCCS : Menghampiri 52 Weeks High Dengan Daily Uptrend?PCCS semakin menghampiri 52W High 0.430. Apakah cukup momentum untuk memecahkan 52W high? Saya agak berkeyakinan bahawa 52WH PCCS akan dipecahkan kelak. Mengapa? salah satunya kerana PCCS berada di dalam mood uptrend yang agak kuat. Hanya 5% lagi jarak daripada 52W high (0.430) daripada Last Price (0.410) sewaktu tulisan ini ditulis.
Analisis Xeostock
Xeostock TA :
Strong Bull
Upper Golden Cross
RSI 81%
Momentum 42.90%
Xeostock FA : 81.25% (merangkumi banyak faktor, antaranya adalah di bawah)
Peningkatan EPS dalam 2 quarter terakhir
Peningkatan Profit dalam 2 quarter terakhir
Quarter Report seterusnya berkemungkinan akan keluar disekitar penghujung bulan 3. Kelihatannya berkemungkinan akan menunjukkan keuntungan.
Sesuai untuk mid to long term
Ratio: 2.4 (Ringan)
Kiraan Support dan Resistance.
Jika harga kekal di atas 0.405
Resistance 1 : 0.425 (+-0.005)
Resistance 2 : 0.480 (+-0.005)
Jika harga kekal di bawah 0.420
Support 1 : 0.400 (+-0.005)
Support 2 : 0.340 (+-0.005)
Di bahagian support, sila monitor sama ada akan rebound atau pecah ke bawah. Jika lantai support tersebut pecah, terutama Support 2, sy cadangkan CL segera.
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock.
PCCS: Kenaikan mendadakSejak QR diumumkan, kaunter ini gap-up begitu jauh... meninggal satu ruang kosong yang dikhuatiri akan ditutupi semula.
Namun, volume begitu tinggi menunjukkan minat belian yg tinggi.
Entri pada ketika ini agak risky disebabkan paras rintangan yg terdekat.
Pelbagai andaian boleh dibuat... adakah akan melengkapkan rounding bottom dan terus breakout, atau ia berhenti rehat untuk membentuk shoulder satu lagi.
Trading plan saya (short-term):
EP = 0.260
CL = 0.250
TP1 = 0.275
Signal = MACD bullish, Stoch memasuki zon overbought, namun belum extreme overbought.
PCCS (6068), D1 - BELI bagi High-Risk Taker kaunter PENNYAnda peminat kaunter penny? atau super penny?
PCCS adalah kaunter penny pada harga bawah dari 30 sen per unit
PCCS juga mempunya FA yang tidak cukup bagus untuk para investor kerana profit yang tidak konsisten saban tahun
walaupun, revenue semakin baik
tetapi, pada kali ini kita akan melihat dari aspek TA sahaja untuk kaunter PCCS (tutup mata untuk FA)
sesuai untuk risk-taker, high gain high reward
sila CL jika bocor garisan sokongan (bergantung pada kadar loss yang anda rela, jangan disimpan untuk jangka panjang!)
PCCS telah membuat sokongan TL yang menaik, dan boleh dijadikan sokongan
sokongan melintang juga berada pada setiap 10 sen iaitu 0.23, 0.22, 0.21 dan 0.20
buat trade plan ada, uruskan RRR anda
ingat, jika gagal, sila berani untuk CL
tidak sesuai untuk INVEST jangka masa panjang
Perubahan ketara volumeDari chart nampak jelas ada perubahan volume yang sangat ketara..menunjukkan ada minat untuk jual beli pada chart PCCS..sudah ada higher low..selagi higher low sekarang tidak bocor, hanya perlu tunggu peluang entry cantik..tunggu breakout lebih sesuai atau kalau breakout tak jadi, tunggu test semula higher low..