SAPNRG kajian volume dan harga1. Ada pattern bullish divergence. Price turun, volume naik
2. Publish chart di sini utk monitor hasil divergerce
Disclaimer: Idea ini hanyalah sebagai rekod untuk memantau hasil kajian Mahersaham dan bukan bertujuan sebagai buy call. Saham adalah satu instrumen pelaburan yang berisko tinggi. Rujuk mereka yang berlesen dan bertauliah sekiranya ingin mendapatkan nasihat pelaburan.
idea dagangan SAPNRG
Siri stochastic oversold : SAPNRGIni adalah carta harian SAPNRG. Saya masih suka melihat indikator stochastic dan lihatlah pada carta ini, stochastic masih menunjukkan zon "terlebih jual" dan memang pun kebanyakan kaunter yang terlibat dalam sektor minyak dan gas ini berada pada zon yang sama. Garisan K% dan D% seakan-akan mahu bersilang tetapi belum ada kepastian sama ada persilangan ini akan berlaku.
Paras sokongan pada 0.275 untuk ketika ini masih dapat bertahan.
Paras rintangan yang dicadangkan : 0.320
SAPNRG: Mula menarik minat PelaburMelihat pada carta harian SAPNRG, ia mula menarik minat pelabur, biarpun harga minyak dunia mengalami kejatuhan sehingga turun ke bawah USD50, terlihat ada aktiviti sokongan belian semasa ini kepada saham SAPNRG.
Secara teknikal nya, dilihat harga pada carta harian telah pun mendaki atas kedua dua MA Cross dan MA cross pada jumaat lepas telah memberi petunjuk beli.
MACD juga telah pun berada dalam posisi yang positif semenjak 1hb NOVketika harga SAPNRG ditutup pada paras 33.5sen
kesimpulan nya, saya berpendapat ada kemungkinan, SAPNRG akan memula kan pergerakan kenaikan nya di semasa ini. paras sasaran semasa yang juga paras halangan adalah pada paras 49sen manakala paras sokongan kritikal adalah di paras 31sen. Pembacaan Analisa Teknikal tidak senantiasa tepat, tetapi selalunya bertindak ikut pembacaan. ini semua hanya kemungkinan.
Analisi TradeVSA bagi Saham Sapura Energy Berhad
Analisi TradeVSA bagi Saham Sapura Energy Berhad SAPNRG -2.30%
tradingview.com
1. Pada 2018-09-25, SAPNRG -2.30% telah berniaga RM 0.44 dan perubahan % dari bar terakhirnya, iaitu 2.32 %, (+0.01, RM 0.43). Dan harga 3-Bulan rendah juga. Keadaan pasaran dikira sebagai sangat bearish bagi kaunter saham SAPNRG. Kelemahan SAPNRG adalah dalam latar 30 bar terakhir sebelumnya. Terdapat 4 (SOW - Sign of Weakness) tanda kelemahan.
2. Sila BERWASPADA apabila ternampak tanda-tanda kekuatan utama seperti Line Change (L C)/ Perubahan Barisan dan CNS (Confirmed No Supply)/Konfirmasi Tiada Bekalan & tanda kelemahan utama seperti Upthrust/ Tujah Atas (UT) dan SO (Selloff/ Menjual).
3. SAPNRG -2.30% berada dalam Kawasan panas Merah /(Red HeatZone). Ini bermaksud trend masih boleh menurun atau mungkin harga saham akan lebih mengundur.
Individu perlu menunggu bar pengesahan bagi SO (Sell-Off/Menjual) bagi meneruskan trend ke bawah atau Line
Change/Perubahan Garisan (L C) bagi pengunduran trend (trend reversal).
Penafian: Kandungan maklumat bagi saham yang tersebut adalah under rujukan persendirian dan untuk pendidikan saham sewajar. Maklumat tersebut tidak bermaksud untuk panggilan menjual atau membeli. Sila merujuk kepada penyelidikan yang waras dan teliti sebelum ingin membeli atau menjual apa-apa saham tersebut.
SAPNRG - Sangat Aktif dan Peluang Telah MunculSAPNRG merupakan kaunter yang sangat aktif fi KLCI. Hari ini gap up seterusnya berjaya keluar ke atas pennant tetapi harga di tolak ke bawah dan membentuk doji. Pada akhir dagangan SAPNRG telah pun membuat reversal. Jadi, esok ada peluang untuk mendaki dengan lebih tinggi. Sama-sama perati rapat dah boleh siapkan trading plan ya.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
SAPNRG - Technical Rebound saat Downtrend1. Masih belum ada signal buy untuk SWING sebulan dua. Saham syarikat ini masih di Fasa Markdown (Downtrend)
2. Syarikat yang mendapat banyak projek tetapi mempunyai hutang yang banyak. Pernah mengalami kerugian RM2 Billion
3. Saya sarankan kpd pemegang saham SAPNRG supaya berhati hati jika ada niat nak SWING saham syarikat ini. See profit, take profit
SAPNRG - Fasa ReversalSAPNRG jika dilihat pada chart Heikin Ashi telah membuat solid reversal candle dimana candle terakhir terbentuk di atas garisan MA9. Secara teorinya ia akan meneruskan pendakian. Chart pattern juga seperti akan membentuk fry pan bottom pattern. Cuma, kena hati-hati bila trade SAPNRG ni sebab operator kuat game. Sama-sama kita follow rapat ya.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
SAP 14 September 2018 | Bullish waveSalam semua,
.
1. Sapura dah memberntuk Bullish wave.
2. addakah akan meneruskan kenaikan lagi selepas ini dan bertukar menjadi uptrend?
3. Kita sama2 perhatikan.
4. Bullish candle heikin ashi dah cantik.
5. Volum pun agak cantik.
6. MACD pun dah cross...
.
Selamat berdagang saya ucapkan.
.
DrZul IZzi Nordin (DDSUSM).
SAPNRG (5218), M30 - short-term BELI sahaja kerana akan jatuhSemalam kita telah membincangkan kaunter SAPNRG, dan, pada hari ini telah mencatatkan kenaikan sebanyak +25%
Adakah kaunter ini akan meneruskan kenaikan? atau, akan kembali mencari dasar lama atau dasar baru?
Kajian SAPRNG sehari sebelum kenaikan +25%:
Bagaimana analisis yang selanjutnya?
Boleh diperhatikan sokongan dan rintangan menggunakan garisan fibo
S1=0.435
S2=0.395
manakala aras rintangan pula
R1=0.465
R2=0.500
Situasi sekarang, harga telah tutup diatas paras S1, mungkin akan berlegar-legar dikawasan ini atau,
mendaki sehingga R1 atau R2, sebelum mencari dasar semula
ingatlah, terdapat berita juga dari the Edge bahawa orang Austrian nak takeover 50% salah satu subsidi company Sapura Energy.
menyebabkan volume hari ini mencapai 500M+
Adakah "sell on news, buy on rumors" ?
kalau anda didalam bot Sapura, adalah lebih selamat meletakkan stop limit
untuk yang baru untuk masuk, sila ambil profit jika ada atau berhati2 untuk terus hold
Sapura Energy mencuba untuk keluar dari trend kejatuhanArah garis trend kejatuhan dari 14 Mei 2018 hampir untuk dipecahkan. Jika berjaya brake kejatuhan pertengahan ini maka ada peluang kaunter ini menjadi lebih volatile. Arah kekuatan kaunter bergantung kepada perubahan trend kejatuhan dan jika harga dapat mencecah 0.47 seterusnya melebihi separuh candle kejatuhan pada 14 ogos lepas.
Sapura Energy mencuba untuk keluar dari trend kejatuhanArah garis trend kejatuhan dari 14 Mei 2018 hampir untuk dipecahkan. Jika berjaya brake kejatuhan pertengahan ini maka ada peluang kaunter ini menjadi lebih volatile. Arah kekuatan kaunter bergantung kepada perubahan trend kejatuhan dan jika harga dapat mencecah 0.47 seterusnya melebihi separuh candle kejatuhan pada 14 ogos lepas.
SAPRNG marubozu!Setelah mengumumkan right issues, saham SAPURA ENERGY telah mengalami kejatuhan yang mendadak pada 24/8/2018. Kemudian saham ini telah membuat bottom pada harga 0.335 dan dari situ ia membuat kenaikan sehinggalah hari ini saham ini telah tutup pada harga 0.445 iaitu sebanyak 12 sen kenaikan dengan momentum dan volume dagangan yang tinggi. Overall kaunter ini masih lagi downtrend, siapa yang entry bottom mesti bercita-cita untuk hold dari bottom, namun persoalannya adakah 0.335 itu benar-benar bottom? Jawapannya kita tunggu...
SAPNRG (5218), D1 - Adakah tangkap pisau? atau, tangkap bom?Sapura Energy Berhad, adalah sebuah kaunter syarikat O&G
harga listing IPO ini pada sekitar rm2, dan pernah hampir mencecah rm5 (rm4.96 jika tidak salah), tetapi, mengalami kemerosotan yang teruk sehingga pada hari ini,, dan, kiri hanya berharga sekitar rm0.30-rm0.40 sahaja
Adakah kaunter ini ada potensi atau tidak?
Analisis Fundamental
secara jujur, FA kaunter ini tidak memberangsangkan, saya sendiri tidak yakin untuk invest pada syarikat ini
Profit dan Revenue yang semakin menurun dari tahun ke tahun,, dari tahun 2015-2016 sehingga sekarang
Malahan, hutang semakin bertambah, dan, kini, hutang syarikat ini amat tinggi, sehingga Debt-Equity (DE) ratio < 2 (dan, harga semasa adalah 0.355)
bayangkan betapa besarnya hutang syarikat ini dibandingkan dengan nilai semasa syarikat ini (2.1B MYR) sahaja
Analisis Teknikal
tetapi, setiap syarikat perlu ada turun dan naik,, harga sentiasa bergerak dalam zig-zag
setiap penurunan, perlu ada kenaikan sedikit
setiap kenaikan, perlu ada penurunan sedikit
(kecuali kaunter sidiket, naik dan turun tanpa membuat garisan sokongan dan rintangan)
kaunter ini boleh dibeli pada sekitar harga sokongan 0.335
terdapat volume yang besar juga memasuki kaunter ini pada hari ini (12/9)
jika anda adalah short-term trade, kaunter ini berpotensi untuk dibeli dan exit sebelum/pada kawasan rintangan 0.395
(atau, bergantung kepada keadaan volume semasa)
tetapi ingat! kaunter ini masih berpotensi untuk turun
kerana, masih perlu melakukan fasa accumulation atau pengumpulan, sebelum bergerak naik
SAPNRG 25 Julai 2018 | bullish candle tapi tak begitu strongSalam semua,
.
1. Hari ini SAP buat kenaikan yang cantik, tapi berdasarkan Heikin Ashi pembentukan bullish candle hari ini tidaklah begitu kuat berbanding sebelum2 ini.
2. Tapi ianya adalah signal yang bagus dan boleh diperhatikan sebagai permulaan kepada bullish wave yg baru akan terbentuk.
3. Kemasukan volum juga agak signifikan.
4. Namun kena berhati2 sebab ada VOP resistant pada harga 655sen
5. MACD menunjukkan crossing dan menuju ke zero line, momentum menaik.
6. Renko masih menunjukkan harga menurun dan ini membuatkan saya tidak begitu yakin dengan kenaikan SAP pada hari ini.
7. Tapi bila tgk Line Break chart, harga dan tunjuk kenaikan, tetapi Kagi masih lagi menunjukkan garisan YIN.
8. Kesimpulan saya, SAP perlu volum lagi tinggi dan kenaikan lebih tinggi utk membentuk bullish wave yg baru, boleh perhatikan rapat.
.
Selamat berdagang saya ucapkan
.
DrZul Izzi Nordin (DDSUSM).
Adakah SAPNRG akan breakout downtrendLewat hari ini, ada news dikeluarkan dimana Sapura berjaya mendapat suatu kontrak projek.
Orang kata "Buy on rumors, Sell on news". Jadi, apa strategi kita esok hari.
0.60 adalah paras support yang kuat buat masa ini. Namun, 0.61 adalah paras rintangan yang amat kuat menurut Gann Chart.
Saya menjangkakan harga akan gap-up disebabkan sentimen good news ini. Namun jika rancangan gagal, cut-loss saja.
Jika ia mampu memecahkan rintangan 0.61 lantas breakout downtrend, ia boleh pergi lebih jauh lagi.
Seperti biasa, kaunter ini sering kali bergantung pada persembahan DJIA + BRENT + CRUDE.. so kita tengok esok pagi ya.
Sapura Energy - menantikan signal bullPerhatikan sebarang signal bullish yang muncul di dalam bulatan berwarna ungu. Boleh dijadikan sebagai potensi entri.
Atau setidak-tidaknya, tunggu sehingga harga membuat semula ujian pada garis tren berwarna ungu. Jika terdapat pantulan atau penolakan harga di garis tersebut, ianya juga boleh dijadikan sebagai potensi entri terbaru.
Jika garisan ungu tidak mampu menahan harga dari jatuh ke bawah, boleh abaikan dahulu carta sapura energy dan tunggu sehingga ada signal terbaru.
SAPURA ENERGY - REENTRY BUYMuhamad Firdaus bin Majid
Yang telah berlaku
- Munculnya Candlestick Momentum (CSM) dan dikuti dengan setup Reentry Buy.
Yang mungkin berlaku
- SAPURA ENERGY akan meneruskan kenaikan ke paras 0.85 sen.
- STOP LOSS pada paras 0.64
29/4/2018
SAPNRG
Entry 0.66-0.675
Stop 0.64
Target 0.85