idea dagangan SENDAI
EVERSENDAI: Keadaan Malaysia tidak menentuSetelah intraday bearish divergence wujud pagi tadi yang memaksa harga SENDAI naik ke 520 sen tanpa volume yang lebih banyak, Bursa Malaysia dikejutkan dengan jualan sektor kewangan besar-besaran yang memaksa beberapa bank jatuh ke paras sokongan 'hidup-mati'. Oleh sebab keadaan ini, saya telah mengambil untung EVERSENDAI pada 510 sen. Mengikut penunjuk teknikal, sekiranya EVERSENDAI gagal tutup di atas 505 hari ini, ia boleh dianggap sebagai 'highly bearish' dengan peluang kemasukkan seterusnya berlaku selepas kejatuhan ke 465/470 sen.
EVERSENDAI: Lantunan teknikal, rintangan 520, 550EVERSENDAI menunjukkan lantunan teknikal. Bacaan Know Sure Thing (KST) menunjukkan bacaan bullish divergence pada 1 hari. Bullish divergence terbentuk apabila KST tidak membuat momentum lebih rendah daripada sebelumnya. Ini disahkan oleh volume oscillator apabila ia seakaan 'stagnant' pada 21 Mac pukul 11 pagi. Jika volume oscillator menunjukkan bacaan positif (menghala ke atas), SENDAI dijangka akan memecah rintangan 520 dengan mudah untuk capai ke harga 550.
Panjang dengan posisi ambil untung pada 550 sen.
Sokongan penting pada 505 dan 490. Jual rugi pada 480 sen.
5205 SENDAI : Penjualan Berterusan? Baru-baru ini salah seorang pemegang saham besar SENDAI telah menjual pegangan sahamnya.
Saya yakin saham SENDAI akan terus jatuh pada minggu hadapan. Support kuat SENDAI pada 0.550 telah dipecahkan. Saya yakin harga akan jatuh sekurang-kurangnya ke paras 0.525 dan seterusnya ke 0.500.
Jika harga tidak dapat bertahan pada paras 0.500, berkemungkinan harga akan mencari 52W L.
Peluang bagi mereka yang mempunyai akaun IDSS untuk SHORT.
Semoga banyak keuntungan dapat dilakukan.
EVERSENDAI: satu cabaran minda dan emosi
jom kita cuba analisa saham EVERSENDAI ini. saham ini telah termasuk dalam senarai saham saham yang tersangkut dalam screener saya hari ini. sekali imbas, saham ini boleh dikatakan sebagai sedang bergerak secara mendatar kerana ia berada di dalam awan. dan yang paling mecabar minda ialah, awan masa hadapan adalah bearish, iaitu awan merah. ini bermakna, mengikut petunjuk ichimoku, saham ini masih bearish. tetapi kerana parameter yang saya setkan tidak berpaut pada ichimoku, dan awan ichimoku ini adalah petunjuk tambahan untuk lanjutan kajian, maka saya mungkin dalam saham saham tertentu akan tidak beri perhatian penuh terhadap petunjuk awan ini. jadi apakah yang saya lihat pada carta harga eversendai ini. apa yang saya lihat pada carta harga saham ini ialah, saya melihat pada petunjuk 20ma. jelas sekali harga saham ini telah ditutup di atas garisan 20ma, tetapi harga hari ini masih dilihat tersangkut dan berpaut pada garisan 20ma. sesuatu yang tidak boleh di ketepikan ialah petunjuk garisan CHIKOU yang di lihat sedang cuba mendaki atas paras harga semasa 26hari yang lalu., jika harga saham ini di tutup di atas paras awan (melepasi paras 63sen) maka ada kemungkinan yang garisan CHIKOU akan memberi petunjuk positif.
melihat pada petunjuk MACD, jelas ia telah pun bersilang positif, yang mana bermaksud ia sedang dalam pertukaran trend dari kejatuhan dan sedang ingin berubah kepada kenaikan.
SENDAI - minat belian meningkat.. masuk watchlistSendai dengan belian besar pada 1 Mac dan kini dalam tempoh T4 (untuk trader kontra) monitor volume setiap hari untuk 2-3 hari seterusnya. jika harga maintain dalam candle T0 dengan volume harian yang lebih rendah dari vol T0. ada kemungkinan ia nak naik & breakout downtrendline. short term trade sahaja dulu.
Sendai Sedang Mencari Higher HighSendai telahpun memecahakan garisan downtrend dan telah selesai membuat higher low seterusnya mencari higher high yang baru. Terdapat 3 aras rintangan yang perlu ditempuhi. Sama-sama kita follow rapat ya.
Penafian : Ini hanyalah cadangan berdasarkan candle pattern dan chart pattern. Kami tidak bertanggungjawab diatas keputusan jual beli anda.
SENDAI - trend reversal?As salam dan salam sejahtera traders semua
selamat datang yang baru follow tulisan tulisan di dalam trading view. sila follow saya untuk dapatkan update yang terbaru dari perkongsian saya
SENDAI trend reversal confirm?
Belum lagi, saba ya sahabat sahabat kerana jika kita menggunakan dow theory, ketika ini hanyalah price rebound sahaja bukannya confirmation of a trend
kenapa? setelah haraga jatuh sehingga ke paras oversold yang mana kita lihat ketika ini kita menganggap seller EXHAUSTED akan adanya technical rebound di sebabkan perkara tersebut.
Tetapi,
yang menariknya di sini, technical rebound ini berjaya memecahkan downtrend line A. bermakna seller overall telahpun melemah.
maka kemungkinan untuk trend reversal adalah tinggi ketika ini.
jadi bagaimana cara untuk menentukan confirmation trend reversal ini?
beri peluang ia melakukan Higher low dan Higher Low sepatutnya berada pada paras yang lebih tinggi dari trend line A, lebih cantik lagi ia beraku i atas paras support 0.665. maka ketika boleh lah anda praktikkan apapun teknik untu mencari entry..
All the best!!
Halim Hamdan