idea dagangan TECHNAX
Huaan : Episod 3Sino Hua-An International Berhad terlibat dalam pembuatan dan penjualan batuan metalurgi dan produk sampingan berkaitan.
1. Huaan masih mengekal fasa kenaikkan apabila harga masih kekal di atas Sokongan (2) RM0.240.
2. Paras rintangan masih kekal pada Rintangan (2) RM0.325.
3. Jika harga kekal di atas Sokongan (2), pendekatan 'buy on dip' boleh digunakan.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
SINO HUAAN: Mungkin akan pecah MA200 ke bawahMerujuk pada Volume Oscillator, dengan jelas diberitahu bahawa harga 255 sen iaitu harga sekarang, mempunyai pengurangan sokongan berbanding 18 Mac 2019. Oleh itu, saya menjangkakan bahawa SINO HUAAN akan memecahkan MA200 iaitu tutup di bawah MA200 pada bila-bila masa daripada sekarang.
Sokongan penting pada 255 sebelum ke 240 dan 230 sen.
HUAAN - dalam zon sokongan - belian terbaik disiniHUAAN dalam zon sokongan setelah kenaikan yang mendadak, baru-baru ini. target seterusnya R1 dan R2, dengan paras sokongan Zon Sokongan (SL jika harga keluar ke bawah zon sokongan) dan S1.
jika harga keluar dari zon sokongan, paras sokongan seternya adalah S1, dilihat sebagai satu lagi peluang untuk membuat belian / re-entry
HUAAN: Candle hammer tu1) Kaunter ini memebentuk candle reversal, hammer pada hari ini dan diingatkan hari ini juga adalah T4.
2) Indikator MACD masih diatas paras 0 dan masih mencapah keatas.
3) Tetapi dilihat pada indikator Stoch RSI, kaunter ini seperti akan kebawah dulu atau melakukan sideways.
4) Dilihat pada MA20 juga sudah terlalu jauh dengan candle.
5) Seharusnya candle akan cuba mendekati MA20 dan sebelum melakukan rebound dan meneruskan kenaikan seterusnya.
6) Kaunter ini masih ok kerana terdapat kemasukan volume besar yang lepas dan tiada tanda penjualan yang besar.
7) Boleh tunggu untuk beberapa hari lagi, jika harga terendah 0.245 itu mebentuk support yang keras, maka boleh membuat pembelian awal.
8) Bagi risk averse traders boleh tunggu harga pecah rintangan pada 0.300 dan membuat kenaikan seterusnya.
Huaan kini berada di paras sokongan FibonacciHuaan kini berada di paras Fibonacci 0.236 (harga 0.260). Candle menunjukkan pullback sihat iaitu kecil. Volume juga mengecil dan juga tidak terlalu besar selepas volume spike tempoh hari menunjukkan ramai pembeli masih menyimpan dan tidak melakukan penjualan.
Fibonacci retracement adalah sama seperti support and resistance biasa. Iaitu apabila harga berjaya memecahkan aras-aras Fibonacci ini, paras tersebut akan bertindak sebagai paras sokongan untuk menentukan samaada harga mampu meneruskan kenaikan.
Huaan : KemaskiniSino Hua-An International Berhad terlibat dalam pembuatan dan penjualan batuan metalurgi dan produk sampingan berkaitan.
1. Setelah mencatat harga terendah utk 2018, Huaan berjaya utk melakukan lantunan di atas garisan trend dan memecahkan Rintangan (1) RM0.240.
2. Paras sokongan semasa adalah Sokongan (2) RM0.240 dan rintangan seterusnya adalah Rintangan (2) RM0.325.
3. Kenaikkan Huaan disokong dgn volume yg tinggi apabila OBV menunjukkan pengaliran masuk volume yg signifikan.
4. Indikator RSI menunjukkan Huaan juga mula menghampiri paras terlebih belian dan fasa pembetulan akan mula menyusuli.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
HUAAN: Tutup di mana hari ini? (14 Mac) 4 petang / 14 Mac 19
Jika HUAAN tidak mampu tutup di atas 255, para pedagang perlu melihatnya sebagai berisiko, kerana HUAAN gagal memecahkan MA 200 dengan sempurna. Kaunter-kaunter yang gagal memecahkan rintangan MA 200 akan mengalami retracement yang agak besar. Tetapi, jika HUAAN mampu tutup di 260/265, para pedagang perlu melihatnya sebagai 'positif' kerana MA 200 dapat dipecahkan dengan volume yang banyak, melebihi dua kali ganda purata volume 20 hari. Jika tutup di 270 (dan ke atas) pula, HUAAN dianggap sebagai 'tersangat positif'.
Mengikut Fibo yang saya unjurkan, rintangan seterusnya untuk HUAAN, jika mampu memecahkan MA 200 hari ini adalah 275. Jika mampu berdagang dengan stabil di atas 275, HUAAN mampu capai ke 295. Rintangan seterusnya adalah 325 & 340.
Panjang jika HUAAN mampu menutup di atas 255 hari ini.
2739 HUAAN : Cubaan Untuk Memecahkan Downtrend Line?Perubahan bakal berlaku jika mampu keluar daripada downtrend kerana sudah memasuki fasa confirmation untuk memecahkan downtrend.
daripada segi FA adalah sederhana jika dibandingkan dengan syarikat-syarikat lain. Terdapat kenaikan revenue tahunan.
Berdasarkan analisis Company Growth selama 5 tahun. Harga patut bagi share Huaan adalah 0.260. Di bawah 0.260 ianya berada dibawah 'undervalue'.
Ratio: 4.3 (Sederhana)
Kiraan Support dan Resistance.
Jika harga kekal di atas 0.215
Resistance 1 : 0.220 (+-0.005)
Resistance 2 : 0.270 (+-0.005)
Sy yakin jika ada volume sekurang2nya 10 juta dengan buyrate maintain di atas 80%, besar kemungkinan akan pergi lebih daripada 0.235 pada esok hari jika open price esok adalah di atas 0.225.
Jika harga kekal di bawah 0.230
Support 1 : 0.220 (+-0.005)
Support 2 : 0.170 (+-0.005)
Di bahagian support, sila monitor sama ada akan rebound atau pecah ke bawah. Jika lantai support tersebut pecah, terutama Support 2, sy cadangkan CL segera.
Disclaimer: Ini hanyalah pandangan peribadi penulis. Sebarang jual beli adalah di atas tanggungjawab sendiri. Ini bukan 'buycall'. Saya turut mencadangkan tuan-tuan melakukan analisis sendiri untuk membeli sesuatu stock.
HUAAN: sedang berehat atas awan
Bagaimana lagi nak mengambarkan kedudukan harga HUAAN, saya melihat dari pergerakan harga HUAAN sebagai sedang duduk berehat di atas awan setelah kepenatan dalam cubaan pendakian nya ke atas awan. secara teknikal dari carta harga harian, harga HUAAN tidak memberikan reaksi mengejutkan seperti spike tetapi secara perlahan mendaki dan merehatkan diri di atas awan, mungkin sedang mengambil nafas sebelum memulakan kenaikan yang lebih tinggi. garisan 20ma di lihat selesa dalam pendakian nya, dan harga terlihat terapung di atas garisan 20ma, ini adalah petunjuk yang positif.
melihat pada petunjuk MACD, jelas ia telah pun bersilang secara positif, menunjukan yang trend harga sekarang ini sedang dalam trend yang menaik, tetapi untuk pengesahan, harga harus membuat kenaikan yang lebih tinggi supaya ada terlihat pencapahan yang jelas antara garisan pras MACD dan garisan signal MACD. pencapahan ini akan menunjukan satu signal yang kukuh.
HUAAN: Signal Pertama Pertukaran TREND.
Hari ini FBMKLCI jatuh lagi, walaupun begitu masih ada lagi ] saham saham yang di lihat baru ingin membuat kenaikan atau pertukaran trend dari kejatuhan kepada kenaikan. dan antara banyak banyak yang termasuk dalam senarai screener hari ini ialah, saham HUAAN. ini adalah kajian analisa teknikal dan saya suka untuk memfokuskan sahaja kepada pembacaan teknikal berbading cerita cerita yang lain. kalau ingin mencari cerita cerita lain, boleh sahaja tunggu berita berita yang berkaitan dengan saham ini nanti, apa yang senantiasa di perhatikan, (bukan semua) tetapi apabila ada sahaja saham saham yang terperangkap di dalam screener, kebiasaan nya akan keluar cerita berkaitan saham saham tersebut dalam berita berita berkaitan kewangan semingu dua selepas ia memulakan pergerakan. ini bermakna, di dalam kajian analisa teknikal, apa sahaja gerakan awal yang memecahkan momentum akan ditangkap, kebiasaan nya momentum ini di pecahkan oleh pelabur pelabur kompleks atau mereka yang telah mendapat berita awal tentang sesuatu perkembangan terhadap saham saham yang tertentu, baik lah, kita sambung semula melihat kepada saham HUAAN.
Melihat kepada carta harian HUAAN, sehingga semalam masih belum ada apa apa petunjuk atau signal beli, signal beli hanya keluar hari ini, tetapi HUAAN ditutup jatuh separuh sen ke paras 22 sen daripada paras 22.5 sen semalam. walaupun mengalami kejatuhan pada hari ini, tetap, pada harga 22sen, saham ini telah berjaya memberi MACD satu cross yang positif. Cross yang positif pada sesuatu saham di lihat sebagai petanda awal perubahan trend, dalam kes HUAAN ini, petunjuk awal beli keluar bukan lah di saat saham ini sedang naik, bahkan pada ketika saham ini sedang mengalami sedikit penurunan setelah mengalami kenaikan pada hari semalam..
ok, kita lihat pada harga dan 20ma, harga saham ini pada waktu semalam telah pun di tutup pada paras yang lebih tinggi daripada 20ma, tetapi kerana body candlestick itu masih lagi tersangkut pada garisan 20ma, ia hanya di kira sebagai potential breakout dan bukan lah satu breakout yang benar. dan pad hari ini, biarpun candlestick adalah merah, tetapi candlestick yang merah ini tidaklah menyentuh garisan 20ma, dan pada hari inilah baru ia di kira sebagai harga saham ini betul betul breakout. betul betiul breakout kerana harga telah pun melepasi garisan 20 ma, dan garisan 20ma yang naik ini tidak pula menyentuh garisan 20ma (ingat akan penerangan ini yang berkaitan tentang breakout)
setelah itu kita melihat pula kepada petunjuk ICHIMOKU.pertama sekali yang perlu di lihat ialah, dimanakah kedudukan harga berbanding awan, jelas sekali melihat pada carta harian harga dan ichimoku, harga berada di atas awan, dan pada hari ini, boleh di kira sebagai hari pertama harga berada di atas awan, dan mengikut analisa teknikal berkaitan ICHIMOKU, pada hari ini harga di kira telah terlepas di atas awan dan di kira sebagai bullish atau sedang dalam aktiviti permulaan memulakan pergerakan nya naik. dan sebagai bonus, melihat pada garisan Chikou (lagging), ia di lihat sebagai telah melepasi paras harga semasa 26 hari lalu, dan jika di teliti, walaupun harga jatuh hari ini, garisan CHIKOU kemungkinan pasti tidak akan menyentuh atau kembali jatuh di bawah paras harga semasa 26 hari lalu, ini kerana kedudukan harga itu sememangnya adalah di bawah lengkukkan garisan CHIKOU. dan ini adalah satu petanda yang amat positif, dan ini memungkinkan lagi akan, kemungkinan kemungkinan kenaikan harga saham HUAAN ini, (hanya satu kemungkinan sahaja ok. jangan pula anda metakkan harapan over 100% dalam saham ini. ini sangat berbahaya. anda perlu tahu tentang risk management dan bagaimana membahagika kewangan anda untuk setiap keputusan pelaburan anda.
ok, akhir sekali, jom kita lihat pula pada petunjuk MACD. sekali imbas memang tak berapa jelas, apakah kedudukan garisan level MACD dan garisan petunjuk MACD, andai kata anda tidak dapat melihat garis itu dengan jelas, itu tidak mengapa, anda boleh sahaja melihat pada nilai DIVERGENCE MACD, nilai divergenve yang positif bermaksud kemungkinan pertukaran trend kejatuhan kepada trend yang sedang hendak naik, seperti apa yang sedang berlaku sekarang. dan jika momentum ia kuat, maka harga tidak akan bergerak secara mendatar tetapi akan ternampak kekuatan yang jelas dalam pertukaran trend tersebut.
dan sebagai kesimpulannya, melihat pada kenaikan harga melepasi garisan 20ma, dan harga keluar dari awan, serta chikou yang berada di atas paras harga semasa 26hari lalu, beserta nilai silangan MACD yang positif, adalah satu kemungkinan besar, saham ini bakal menukar arah dari kejatuhan kepada pergerakan naik, dan kemungkinan harga sasaran secara teknikal ICHIMOKU akan berada dalam paras 30 sen dn jika paras ini di capai dan di cerobohi, kemungkinan aka naik lebih tinggi ke paras sasaran seterusnya di paras 46. ini cumalah satu bacaan teknikal untuk tujuan pembelajaran sahaja.
terima kasih
Huaan : KemaskiniSino Hua-An International Berhad terlibat dalam pembuatan dan penjualan batuan metalurgi dan produk sampingan berkaitan.
1. Setelah mencatat harga terendah utk 2018, Huaan berjaya utk melakukan lantunan dan mencipta 'higher high' dan 'higher low' yg baru.
2. Paras sokongan RM0.205 telah berjaya dipecahkan tetapi Huaan berjaya utk melakukan lantunan di atas garisan trend.
3. Huaan dilihat mampu utk memecahkan rintangan RM0.240 apabila lantunan di atas garisan trend disokong dgn volume yg tinggi.
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.