zulnureen

HUAAN: sedang berehat atas awan

MYX:TECHNAX   TECHNA-X BERHAD

Bagaimana lagi nak mengambarkan kedudukan harga HUAAN, saya melihat dari pergerakan harga HUAAN sebagai sedang duduk berehat di atas awan setelah kepenatan dalam cubaan pendakian nya ke atas awan. secara teknikal dari carta harga harian, harga HUAAN tidak memberikan reaksi mengejutkan seperti spike tetapi secara perlahan mendaki dan merehatkan diri di atas awan, mungkin sedang mengambil nafas sebelum memulakan kenaikan yang lebih tinggi. garisan 20ma di lihat selesa dalam pendakian nya, dan harga terlihat terapung di atas garisan 20ma, ini adalah petunjuk yang positif.
melihat pada petunjuk MACD, jelas ia telah pun bersilang secara positif, menunjukan yang trend harga sekarang ini sedang dalam trend yang menaik, tetapi untuk pengesahan, harga harus membuat kenaikan yang lebih tinggi supaya ada terlihat pencapahan yang jelas antara garisan pras MACD dan garisan signal MACD. pencapahan ini akan menunjukan satu signal yang kukuh.
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.