ZELAN : Harapan Buat Yang Sabar...Sejak minat menarik pedagang sejak 8 Nov 2022 pada harga terendah 0.045 hingga hampir sebulan-kini (7 Dis 2022) pada harga 0.070 kenaikan kaunter ini dalam keadaan stabil dan perlahan tapi konsisten dalam regresi kenaikan.
Untuk pedagang swing atau mid term yang sabar dengan kenaikan sebegini memang sesuai tapi perlu dilihat purata Risk Ratio bagi setiap pembelian dan penjualan.
Konsepnya selagi candle di atas garis EMA10 dan EMA50, selagi itu boleh hold dan sell apabila capai target masing2, candle jatuh luar regresi.
Itulah harapannya agar terpilih untuk orang yang SABAR. :)
Ini pandangan sahaja. Hehe...
Penafian : Untuk tujuan pendidikan sahaja.
idea dagangan ZELAN
ZelanKaunter MYX:ZELAN mempunyai Gap di antara 0.05-0.055, 0.09-0.095, 0.115-0.12, 0.325-0.33.
Stochastic berada di kawasan OverSold, Telah berlaku goldencross yang lemah(dibawah stochastic 50) dan jika MYX:ZELAN kekal sideway, kemungkinan besar akan teruskan kenaikan tutup gap di atas.
Ini adalah kajian semata-mata dan bukan BuyCall.
Zelam: Boleh turun lagi hingga macam tahun 2020Zelan Berhad, sebuah syarikat induk pelaburan, bergerak dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, pengembangan harta tanah, pembuatan dan perdagangan, dan perniagaan pengeluaran dan pelaburan tenaga bebas di Malaysia, Singapura, Belanda, India, Arab Saudi, dan Indonesia.
Syarikat ini terlibat dalam reka bentuk dan pembinaan lapangan terbang, loji janakuasa, lebuh raya, jambatan, skema perumahan dan kompleks industri, struktur keluli, saluran transmisi voltan tinggi dan sub-stesen, persimpangan, dan bangunan komersial dan industri.
a juga terlibat dalam reka bentuk, kejuruteraan, dan kontrak sistem dek lantai komposit; kontrak dan pembekalan bahan binaan; pengurusan dan penyelenggaraan bangunan; pengendalian kemudahan tempat letak kenderaan bermotor; pengurusan harta tanah kediaman; dan kontrak membina sistem sampul surat.
Di samping itu, syarikat ini membuat sistem atap logam dan pelapisan dinding, dan juga mengurus dan mengendalikan pusat kecergasan.
Selanjutnya, ia beroperasi sebagai penimbunan, kejuruteraan awam, dan kontraktor turnkey bangunan.
Syarikat ini dahulunya dikenali sebagai Tronoh Consolidated Malaysia Berhad dan menukar namanya menjadi Zelan Berhad pada bulan Disember 2006.
Syarikat ini beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia.
5 Sep 2021: Zelan mungkin ada tanda kenaikanPENAFIAN: Perkongsian ini adalah semata-mata pandangan individu.
Zelan
1. Harga naik dengan mendadak sehingga mencapai harga tertinggi 52 mingguan (RM0.23), sebelum menurun dengan kandle long tail doji.
2. Harga semasa disokong oleh kesemua EMAs dan mencabari zon fibo 50% (RM0.13)
3. MACD masih di zon bullish dan mula bermomentum.
Zelan: Boleh Mula Untuk DiperhatikanSektor: Perkhidmatan Industri
Industri: Kejuruteraan & Pembinaan
1. Analisa Trend
I. Boleh lihat MYX:ZELAN sedang melakukan "retracement" setelah mengalami kenaikan pada 4 Jun 2021.
II. Paras harga "resistance" dalam lingkungan harga 0.130-0.135 dan paras harga "support" ialah dalam lingkungan 0.120-0.125.
III. Boleh diperhatikan sekiranya MYX:ZELAN telah berada di atas paras harga 0.140
2. Penunjuk indikator
I. Moving Average - MYX:ZELAN telah berada diatas garisan EMA9(merah),MA20(biru) dan MA50(hitam). Ini menunjukkan ia sedang berada dalam fasa kenaikan. Dapat dilihat lagi ketiga-tiga garisan ini sedang berada dibawah paras harga tersebut.
II. RSI - MYX:ZELAN menunjukkan ia sedang berada pada momentum yang baik apabila ia berada di atas paras 50.
III. MACD - garisan MACD sudah bersilang ke atas garisan Signal. Disokong dengan melihat kenaikan melalui histogram MACD menunjukkan kewujudan momentum
yang baik.
Analisa yang dilakukan ini hanyalah idea daripada pandangan saya bagi tujuan pembelajaran.
ZELAN : Pullback dan rebound?Zelan Berhad, sebuah syarikat induk pelaburan, bergerak dalam bidang kejuruteraan dan pembinaan, pengembangan harta tanah, pembuatan dan perdagangan, dan perniagaan pengeluaran dan pelaburan tenaga bebas di Malaysia, Singapura, Belanda, India, Arab Saudi, dan Indonesia. Syarikat ini terlibat dalam reka bentuk dan pembinaan lapangan terbang, loji janakuasa, lebuh raya, jambatan, skema perumahan dan kompleks industri, struktur keluli, saluran transmisi voltan tinggi dan sub-stesen, persimpangan, dan bangunan komersial dan industri. Ia juga terlibat dalam reka bentuk, kejuruteraan, dan kontrak sistem dek lantai komposit; kontrak dan pembekalan bahan binaan; pengurusan dan penyelenggaraan bangunan; pengendalian kemudahan tempat letak kenderaan bermotor; pengurusan harta tanah kediaman; dan kontrak membina sistem sampul surat. Di samping itu, syarikat ini membuat sistem atap logam dan pelapisan dinding, dan juga mengurus dan mengendalikan pusat kecergasan. Selanjutnya, ia beroperasi sebagai penimbunan, kejuruteraan awam, dan kontraktor turnkey bangunan. Syarikat ini dahulunya dikenali sebagai Tronoh Consolidated Malaysia Berhad dan menukar namanya menjadi Zelan Berhad pada bulan Disember 2006. Syarikat ini beribu pejabat di Kuala Lumpur, Malaysia.
Sektor: Pembinaan, Saham Penny, Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary, Berkaitan Politik
Kod: 2283
ZELAN: Akan Membuat Penurunan?ZELAN dilihat membuat corak candlestick rejection pada timeframe harian
Kaunter ini dijangka akan membuat penurunan bagi menutup kenaikan jurang harga yang terlalu tinggi sebelum menunjukkan niatnya yang sebenar
Pembentukan candlestick yang mempunyai upper shadow yang panjang disertai volume yang tinggi menunjukkan potensi penurunan
RSI dilihat berada pada kawasan 'oversold' menguatkan lagi jangkaan kaunter ini akan membuat penurunan terlebih dahulu
Harga dijangka akan menyentuh paras harga 0.135 namun boleh juga menjangkau lebih rendah bergantung pada situasi
Kedudukan EMA menunjukkan kaunter ini masih dalam keadaan uptrend
Nota:
*Ini bukanlah saranan belian atau jualan sebaliknya hanyalah kajian semata-mata. Trade at your own risk (TAYOR)
*Penulis tidak bertanggungjawab atas segala keuntungan / kerugian yang diraih oleh mana-mana individu atau entiti
*Jangan lupa ketik butang like sekiranya kajian ini membantu anda. Kerjasama anda saya dahului dengan ucapan terima kasih
ZELAN Potensi profit untuk minggu hadapanZELAN telah didagangkan di atas Purata Pergerakan 20-Hari yang condong ke atas yang merupakan petanda baik. Di samping itu, harga telah menembusi rintangan 0.135 yang menguatkan kenaikan dalam pergerakan harga baru-baru ini. Ia telah berjaya memecah garis TAD pada 3 Jun 2021 seterusnya garisan 52 minggu tertinggi pada 4 Jun 2021. Dijangkan ia akan terus membuat kenaikan lagi sebentar pada minggu hadapan sebelum membuat penurunan semula.
Penafian:
Idea yang diterbitkan adalah untuk rujukan penulis sahaja dan bukan saranan beli atau jual. Sila berdagang atas risiko sendiri.
ZELAN: Gap yang perlu ditutup atau terus mencari resistanceKenaikan ZELAN pada hari ini amat drastik dimana dagangan dibuka dengan kondisi gap up sehingga memecahkan resistance terkuat yang sukar dipecahkan sebelum ini pada paras harga 0.155. Melalui carta dapat kita lihat juga kenaikan pada awal dagangan juga telah berjaya memecahkan resistance pada tahun 2016, 2017 dan 2020. Persoalannya, kemanakah halatuju pergerakan harga selepas ini?
1. Menutup gap yang terbentuk pada hari ini?
2. Terus membuat kenaikan dan menjadikan resistance mengikut tahun seperti di dalam carta sebagai resistance?
Berdasarkan pembentukan lilin hollow menunjukkan minat belian yang tinggi sehingga akhir dagangan, namun RSI menunjukkan oversold, dapat kita andaikan disini, pergerakan harga pada awal dagangan minggu hadapan harga akan melonjak naik sehingga ke resistance terdekat dan kemudian menurun mencari support sehingga menutup gap tersebut. SnR saya senaraikan dibawah:
Support 1 : 0.155
Support 2 : 0.135
R1 : 0.185
R2 : 0.205
R3 : 0.225
Sebab Gap up tinggi ?Pengumuman keuntungan yang sangat dahsyat Mac 2021
Apanya kata meloncat harga buka
Akhir sekali tutup harga buka
Tidak mengapa masa masih ada untung menuju Resistance
Baru Breakout asli muncul sebab
- Stokastik belum OverBought
- MACD baru sentuh Signal SuperBuy
Dan jangan lupa tak semua benda itu indah. Fikir juga jika sebaliknya berlaku, OK?
Susun atur kos kerugian yang sanggup ditanggung.
#sekadarIdea #budakMentah