DowJones : Menunggu kenyataan U.S. Federal Open Market Committee1. Fokus utama pasaran global pada minggu ini adalah kepada pengumuman yg bakal dibuat oleh The Federal Reserve System mengenai kenaikan 'interest rate'.
2. The Feds dijangka akan mengumumkan polisi kewangan/monetary policy utk 2019 pada minggu ini.
3. Sebelum ini, pengerusi The Feds telah menyatakan bahawa interest rate semasa berada tidak jauh di bawah paras neutral. Neutral interest rate adalah kadar di mana KDNK sebenar berkembang pada kadar trendnya, dan inflasi stabil.
4. Index juga berada di atas garisan trend di dalam fasa menurun.
5. Jika kenyataan yg dikeluarkan oleh pengerusi bersifat dovish, dijangka index akan melakukan lantunan teknikal. Jika kenyataannya bersifat hawkish, index cenderung utk turun memecahkan garisan trend.
idea dagangan US30
DJI, D1 - Menuju ke arah Sokongan, kemudian bocor/pantulDJI telah mememecahkan aras sokongan TL biru yang pertama
Sekarang, bergantung pada TL biru yang kedua di bawah
iaitu dalam corak channel down
Aras sokongan yang terakhir adalah 23500
Jika pecah, maka, terjunan bebas akan berlaku dan panic sell akan menyerang seluruh pasaran
US dan dunia
Teknik harapan adalah,
Divergence pada MACD dan stoch
Walaubagaimanapun, sila trade dengan berhati-hati
pastikan mempunyai aras CL
DJI: Indeks v. Petunjuk Cara Paling mudah untuk melihat ke mana arah masa depan Indeks mahu pun harga saham ialah dengan melihat perbandingan arah Indeks/harga da arah petunjuk.
Secara mudah, melihat pada Ichimoku, pada petunjuk harian, DJI telah pun jatuh di bawah awan yang menandakan bahawa DJI sedang dalam gerakan jatuh, dan ini di sokong oleh carta mingguan yang menunjukkan DJI telah pun memasuki awan.
Secara perbandingan Indeks dan petunjuk MACD, telah pun kelihatan perbezaan antara arah Indeks dan petunjuk yang memberi tanda bahawa DJI bakal dan mungkin akan alami kejatuhan.
Agak menakutkan apabila melihat pada aras kemungkinan sokongan pada petunujuk Ichimoku. kalau menurut carta petunjuk Ichimoku, paras sokongan kritikal ketika ini ialah pada paras 23500, paras DJI di 23,500 ini adalah amat kritikal, jika paras ini di tembusi dan DJI gagal naik kembali, berkemungkinan besar satu kejutan kejatuhan akan berlaku yang mana berjangkit sehingga pasaran dunia yang lain juga akan merasai kejutan nya.
Jika ini benar berlaku, paras sokongan berikutnya ialah di paras 19,000
DJI Menuju Aras Sokongan TerakhirDJI makin lemah. Kita nantikan dia sampai ke aras sokongan terakhir dengan harapan akan rebounce dan reverse dengan candle engulfing atau piercing line disokong oleh volume yang kuat. Sekarang better duduk tepi mengkaji kaunter yang berpotensi. Banyak kaunter tengah diskaun banyak sekarang ni.
DJI, D1 - Masihkah ada harapan?DJI masih bermain-main sekitar 24000 - 25000
dengan, menaiki dengan mendaki perlahan
tetapi, turun seperti tergolek
YA, DJI masih dalam mode berhati-hati
Jika anda trade, pastikan mempunyai target untuk CL
pegangan masa singkat, short-term adalah lebih sesuai untuk ketika ini
Adakah DJI akan mendaki untuk window dressing pada akhir tahun ini?
Sama-sama kita perhatikan
Jika naik, perhatikan agar menembusi TL pink untuk mengekalkan momentum
Jika tidak, bermakna dalam mod channel down
DJI, D1 - Gagal untuk HH, masa untuk menguji LL atau HLDJI telah berjaya melantun pada TL biru
dan, sentimen summit G20 telah membuatkan pasaran saham duni kembali BULLISH pada isnin
walaubagaimanapun,
seperti biasa Trump membuat hal, dan menyebabkan pasaran jatuh teruk pada hari selasa
US cuti pada hari Rabu, untuk memberi penghormatan kepada bekas presiden mereka
Kini, masa untuk menguji:
1) aras sokongan 25000, 24800, dan terakhir 24250
2) garisan TL
Jika pasaran kembali naik, makan, harapan untuk BULLISH amat tinggi
perlu memecahkan
1) aras sokongan 25800, 26300
DJI - G20 Summit - Trump vs ChinaAdakah DJI hanya correction atau pertukaran trend?
Kita akan saksikan sendiri minggu ini
terutama dalam sentiment terkini, G20 Summit
Adakah kemelut trade war akan berakhir? atau, masih tidak dapat diselesaikan
dengan, Trump keras kepala, dan china tidak mahu mengalah
berita terbaru, trump enggan jumpa putin, dan cancel meeting bersama putin
dari segi teknikal,
DJI masih dianggap selamat, selagi belum memecahkan tembok sokongan
tetapi, perli diingat bahawa masih terlalu awal untuk kekal positif, perlu sentiasa berhati-hati selagi masih tidak membentuk HH yang baru
25000-25500 adalah zon perlawanan antara beruang dan seladang
Siapakah akan menang?
DJI - gagal tutup hijau dan bercutiDJI gagal menutup 200 mata di atas garisan tutup pada hari sebelum itu
dengan Apple jatuh sebelum pasaran DJI menutup dan menarik DJI ke bawah semula
Walaubagaimanapun, DJI tutup pada 0% atau <1 mata sahaja
Adakah DJI akan menutup gap semula?
US akan bercuti untuk perayaan mereka, Thanks Giving pada 22 November
Walaupun buka pada hari seterusnya, Sambutan Black Friday pada 23 November
Adakah Black Friday akan memangkin pasarn US?
Jika DJI bangkit, maka, double bottom akan terhasil untuk sampai ke aras ATH
Jika gagal, maka, dalam masalah dan jadikan 24000 dan 23500 sebagai
%R W dan Stoch sudah berada pada OS
tetapi, MACD tiada signal jelas
DJI: Kejatuhan yg mungkin berterusan...Sukar untuk menerima kejatuhan DJI apabila melihat pada Carta Indeks, tetapi, itulah Analisa Teknikal. kejatuhan 'Gap Down' pada DJI semalam mungkin petanda awal pertukaran arah aliran dari kenaikan kepada kejatuhan, ini mungkin satu petanda, memberitahu para pelabur dan trader supaya lebh berhati-hati, ini juga berkemungkinan adalah permulaan pada 'runaway gap', oleh itu para pelabur dan trader seharus nya berhati hati, jika benar DJI sedang sakit, pasaran kewangan serata dunia mungkin akan tenat. paras kritikal semasa adalah 24,000 dan seterusnya 23,500. Paras halangan semasa di lihat ketika ini pada paras 25,000 (paras yang perlu di capai untuk menutup lobang (gap))
Melihat pada petunjuk MACD, RSI dan STOCHASTIC, ketiga-tiga petunjuk adalah kuat petanda 'bearish', walaupun MA Cross masih positif, saya melihat ia sebagai satu yang mustahil untuk DJI dalam sehari dua ini untuk naik semula ke atas paras 25,400 untuk mengekalkan MA Cross terus berada dalam posisi petunjuk positif. oleh itu, sebagai kesimpulan, pasaran DJI bakal mengalami kejejatuhan dan paras kritikal 23,500 bakal di uji tidak lama lagi, ini semua hanya untuk tujuan pembelajaran dan kajian analisa teknikal, ia hanya satu kemungkinan berdasarkan kajian.
Bearish Engulfing pada carta Dow Jones?
Pada 20/11/2018 10.30 pm waktu malaysia, Dow Jones membuka sesi dagangan dengan gap down sekitar 400 ratusmata. Jika dilihat, situasi ini tidaklah mengejutkan kerana pasaran baru sahaja melalui turun naik yg ekstrim pada bulan October.
Jika dilihat pada carta bulanan Dow Jones, terdapat dua corak yang perlu diberi perhatian :
1. Double Top
2. Bearish Engulfing (sila rujuk pada bulatan merah)
Kedua-dua signal ini adalah membawa maksud signal bearish kepada pengamal analisis teknikal.
Adakah kita semakin hampir kepada krisis pasaran modal?
Kredit untuk Bursatrendband untuk indikator TrendbandGuide
Penafian: Pelaburan melibatkan risiko, termasuk kemungkinan kehilangan modal dan kerugian yang lain. Artikel dan carta ini disediakan untuk maklumat sahaja dan tidak boleh ditafsirkan sebagai suatu nasihat untuk membeli atau menjual mana-mana instrumen yang disebutkan di sini.
DJI, D1 - Risk taker? Boleh sauk dengan berhati-hatiSemalam DJi buka rendah
dan, diikuti kejatuhan -200 mata
sebelum bangkit semula 400 mata dari kejatuhan, dan berjaya tutup dengan +200 mata
Adakah krisis or possibility market crash masih ada?
YA, selagi tidak melepasi 26300 dan 27000 untuk meneruskan bullish
maka, trade dengan berhati-hati
walaupun idea-idea saya lebih kepada bullish, tapi, kita mesti berhati-hati
Bentuk inverted HnS telah terbentuk, dan, mungkin kelihatan seperti hammer
BUYER menguasai dari SELLER
melantun pada aras sokongan, dan juga fibo 23-38%
Semoga berjaya
DJI - Saksikan persembahan malam ini, bertahan pada sokonganSetelah kejatuhan yang dasyat pada bulan 10 (2800 mata) dari 26900 ke 24100
DJI telah naik dan bangkit semula sehingga aras fibo 78.6%
dan, kini dalam mode correction, mahupun jatuh lagi ke bawah
Oleh itu, ada beberapa aras sokongan yang penting
S1= 25200 (38.2%)
S2= 25000
S3= 24800 (23.6%)
S4= (sokongan terakhir sebelum crash, jika bocor)
Jika bertahan antara S1, S2, S3, Maka, akan terhasil inverted HnS
Dan, S3 mempunyai potensi, dimana terdapat TL biru yang menahan kejatuhan 2800 mata tempoh hari
Dari sudut aras tinggi dan rendah,
HH baru telah terbentuk, jika HL akan terhasil, maka, peluang untuk kembai BULLISh semakin tinggi
DJI - akan cuba berlegar antara 24800 - 25800DJI masih dalam mod untuk mencari BULLISH atau BEARISH
2 aras sokongan dan rintangan yang penting adalah 24800 dan 25800
Berkemungkinan akan test pada 25000 sebelum meneruskan BULLISH
walaubagaimanapun, seperti perbincangan dahulu, 2 TL biru adalah penting untuk tidak memastikan DJI jatuh BEARISH dengan teruk
24000 adalah lantai terakhir yang wajib dipegang, atau TL biru
DJI - Mode Berjaga-jaga selagi bawah 25100 atau 25500DJI masih dalam mode berhati-hati
Jika DJI berjaya mengharungi minggu ni (bloody october), maka, peluang untuk bangkit amat cerah selepas ini
Minggu terakhir yang akan menyaksikan kebanyakan QR syarikat2 utama diumumkan
Walaubagaimanapun, sila berhati-hati dengan trade-war US-China yang telah dibangkitkan semula oleh Trump
Jika pecah 23500, berkemungkinan akan berlaku Double Top pada timeframe minggu
dan, penurunan yang lagi dasyat akan berlaku
Perhatikan jika dapat rebound pada TL biru yg telah disentuh semlm
Dari segi oscialltor,
MACD, DMI, dan W %R masih dlm mode BEARISH
walaupun RSI telah dalam trend naik semula
DJI: KeJATUHan mungkin berTERUSanSelamat pagi semua, melihat pada pertunjuk yang terhad, menggunakan
1. 200ma
2. Bollinger Band
3. Stochastic
saya membuat kesimpulan bahawa kemungkinan DJI akan meneruslan pergerakan nya kebawah. kepada sasaran paras historikal rendah 23,300. Kejatuhan di bawah paras 200ma pada 18 0ktober menguatkan lagi kemungkinan akan kejatuhan DJI
Kedudukan SROCHASTIC di dalam kawasan terlebih jual (oversold) juga menguatkan lagi telahan kejatuhan DJI.
DJI, D1 - Sokongan Terakhir, Risk-Taker? Nantikan esokDJI mengalami kejatuhan 600 mata bersamaan -6.41%
Ini amat membimbangkan, terutamanya pasaran dunia, kerana, semua pasaran global akan terkesan dengan pasaran US
Walaubagaimanapun, mungkin akan rebound (major reversal atau technical rebound, itu tiada kepastian, perhatikan)
Jika major reversal, nantikan BULLISH datang kembali
Jika technical rebound, maka, nantikan market yang amat menggerunkan datang menghantui
DJI telah menutup pada aras 23.6%, dan, di atas TL biru
TL Biru - adalah major TL, sokongan TL yang sangat kuat
TL pink (titik) - adalah minor TL, perhatikan selepas bocor, mengalami kejatuhan sehingga TL biru
Saya lebih kepada positif, DJI akan bangkit semula esok
tetapi, ingat!
major reversal atau technical rebound, perlu diperhatikan dari semasa ke semasa
tiada confirmation lagi
DJI - Masih dalam kejatuhanPasaran US juga mewakili pasaran dunia, jika pasaran negara US merah, maka, akan menyebabkan satu dunia mengalami masalah
Semalam menandakan kejatuhkan ke-3 paling teruk dalam tahun ini
Adakah Pasaran akan mengalami CRASH?
Masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan itu, anda boleh memerhatikan, tetapi, trade dengan berhati-hati
Kemungkinan akan berlaku sedikit rebound, tetapi, masih boleh mengalami kejatuhan dahulu, sebelum, melakukan reversal (atau, meneruskan kejatuhan tanpda batasan)
Anda boleh lihat garisan sokongan yang terdekat, ataupun Kipas Gann
Berkemungkinan akan turun sehingga 25600 sebelum bangkit semula
atau 25000, jika pecah, maka, berhati-hatilah
Sayangilah duit anda
DOW Jones 5 of 5 of 5DOW menghampiri paras extension 3.618 dan 4.0
Kepada pelabur equity perlu berjaga2 kerana risiko pasaran semakin lama semakin besar dan reward semakin kecil dengan valuation sekarang.
Dijangka FED akan semakin hawkish menaikkan kadar faedah dengan keadaan ekonomi US yang amat memberangsangkan sehingga mencapai puncak (economic stalled)
Risiko pasaran
- Perang dagang US-China berlanjutan sehingga 3-5 tahun.
- Brexit
Dijangka bear market akan bermula kurang dari 20 bulan