Tariff lagi - Kesan kepada USDJPY tidak semudah dijangkaPagi ini Pasaran dikejutkan dengan berita Amerika menambah senarai barangan China yang bakal dikenakan tariff berjumlah $200 billion. Tema pasaran berubah dari Risk On trade kepada risk off trade. Saham dan USDJPY jatuh. Ini perkara biasa bila pasaran kewangan tidak menentu.
Perkara yang memburukkan ekonomi China, AUDUSD akan mendapat kesan negatif, kerana ekonomi Australia dan China saling berkait. Yang sukar ialah untuk mengagak hala tuju USDJPY. Ada tiga kemungkinan, kesan Tariff terbaru ini mempengaruhi USDJPY.
Yang pertama, tarif boleh melemahkan ekonomi China, maka seharusnya Yuan menjadi lemah. USDCNY naik dan USDJPY akan mengikut. Ringgit pun sama.
Yang kedua, China mungkin bertindak balas dengan melemahkan Yuan. Dengan ini kesan tariff dapatdikurangkan. USDCNY akan naik dan USDJPY akan mengikut. Ringgit dan matawang Asia laihnnya akan menurut trend ini.
Idea ini dibincangkan lebih awal dalam group News Analysis by ASAS. Jumpa disana. Yang ketiga, saya ceritakan nanti....
idea dagangan USDCNY_TOM
Tarif Bermula, apakah selepas ini? Ketidakpastian dalam Pasaran!Minggu lepas, tariff keatas $34 billion dollar Amerika barangan yang diimport dari China bermula dan China telah membalas dengan mengenakan tariff keatas $34 billion barangan yang dibawa masuk dari Amerika. Minggu ini tiada perbincangan antara Amerika dan China dalam jadual rasmi kerajaan masing-masing.
Persoalannya sekarang, Trump telah mengugut akan mengenakan tariff ketas barangan dari China yang lain jika China membalas Tariff yang Amerika buat. Tahun lepas, Amerika mengimport $505.6 billion dari China berbanding China mengimport sebanyak $130.4 billion dari Amerika,
Matematik ini agak mudah. oleh kerana Amerika mengimport lebih banyak, China tidak akan dapat membalas keatas setiap tariff yang dikenakan oleh Trump. China mungkin melemahkan matawangnya berbanding dollar untuk melawan kesan Tarif dari Amerika..
Perhatikan USDCNY selalu, kerana ia proxy kepada pergerakan USDJPY dan matawang Asia lain seperti Ringgit, USDMYR
Untuk pasaran saham, ketidakpastian ini akan menggangu trend pasaran
USDCNY jatuh, USDJPY mungkin akan ikut kebawah samaMinggu lepas kecoh tentang kenaikan mendadak USDCNY. Kita tidak pasti jika ia disengajakan oleh Central Bank China (PBoC) kerana USDCNY boleh jatuh jika ekonomi China menjadi lemah akibat perang perdagangan.
Kita juga tidak boleh menolak kemungkinan ianya memang disengajakan oleh PBoC. Apapun, pergerakan USDCNY ini dijangka akan mempengaruhi matawang USDJPY, dan matawang asia lain termasuk Ringgit.
Kesan Trade War - Kenaikan USDCNY pengaruhi USDJPYMelemahkan matawang langkah dipilih mengatasi Tariff yang dikenakan Amerika.
Minggu lepas menyaksikan kenaikan mendadak USDCNY. China juga diberitakan sedang bersiap sedia untuk perang perdagangan habis-habisan. Kesan Trade War yang menyebabkan Yuan menjadi lemah ini sama ada disengajakan atau tidak oleh China, menyebabkan USDJPY dan dollar secara amnya menjadi kuat minggu lepas sebelum hari Jumaat.
Keadaaan ini dijangka berterusan sekiranya tiada kata sepakat antara China atau Amerika sebelum Tariff ke atas China dijangka bermula pada 6 Julai nanti.
USDJPY dipengaruhi oleh USDCNY, bukan nya US YieldPerang Perdagangan berlanjutan kepada perang matawang
Perhatikan kenaikan USDCNY sejak dua minggu lepas. Kita tidak pasti samaada Yuan menjadi lemah kerana ugutan Tariff oleh Trump atau disengajakan oleh Kerajaan China. Minggu lepas Kerajaan China diberitakan sedang bersiap sedia dengan perang perdagangan habis-habisan. Kenaikan USDCNY inilah yang menyebabkan USDJPY juga menaik secara keseluruhannya minggu lepas dan kemungkinan besar trend ini berterusan jika Trump masih bercakap tentang Tariff