LLL

LVMH

Tiada dagangan
Lihat pada carta super
Gambaran keseluruhan
Berita Idea Minda

Mengenai LVMH

LVMH Moët Hennessy Louis Vuitton SE terlibat di dalam pembuatan barangan mewah. Ia beroperasi melalui segmen-segmen perniagaan berikut: Wain & Alkohol, Fesyen & Barangan Kulit, Minyak Wangi & Kosmetik, Jam & Barang Kemas, Peruncitan Terpilih dan Aktiviti & Penghapusan Lain. Segmen Wain & Alkohol mengeluarkan dan menjual wain champange yang berkualiti tinggi dan wain membuih. Ia juga mengedarkan vodka dan arak putih. Segmen Fesyen & Barangan Kulit terlibat di dalam pembuatan barang-barang bagasi, beg-beg, aksesori, kasut dan pakaian. Segmen Minyak Wangi & Kosmetik terlibat di dalam pembuatan dan pengedaran alat solek, minyak wangi dan produk jagaan kulit. Segmen Jam & Barang Kemas mengeluarkan jam mewah dan aksesori untuk lelaki dan perempuan. Ia mengkhususkan di dalam bidang kronograf dan ketepatan muktamad. Segmen Peruncitan Terpilih adalah di uruskan untuk mempromosikan satu persekitaran yang sesuai dengan imej dan status jenama mewah. Ia terlibat di dalam jualan produk-produk mewah kepada pengembara-pengembara antarabangsa dan di atas kapal-kapal persiaran. Segmen ini juga menguruskan kedai-kedai kecantikan yang menggabungkan akses terus dan bantuan pelanggan kepada pelanggan-pelanggan. Segmen Aktiviti & Penghapusan Lain adalah termasuk bahagian media. Ia menerbitkan surat khabar dan majalah, menguruskan laman web perniagaan dan kewangan dan mempunyai stesen radio. Segmen ini turut terlibat di dalam industri hartanah dan membina kapal-kapal layar mewah. Syarikat ini diasaskan pada 1 Januari, 1987 dan beribu pejabat di Paris. Perancis.