Stellar dilancarkan pada tahun 2015 sebagai satu alternatif baru dan unik untuk menyimpan dan menggerakkan wang. Protokolnya menghubungkan manusia, bank dan institusi kewangan lain dengan tujuan untuk mengurangkan kos transaksi dan kelewatan masa di antara pemindahan. Token aslinya Lumens (XLM) digunakan sebagai orang tengah di antara mata wang fiat berbeza. Sebagai contoh, protokol boleh menukar deposit kepada XLM dan menukar XLM kepada mata wang yang dipinta. Seperti projek-projek kripto lain, Stellar juga mahu membawa teknologinya untuk membangunkan komuniti yang merasakan kesusahan perbankan tradisional atau tidak mampu mengaksesnya sama sekali.