Analisis Spotify Spotify kelihatan masih berada dalam fasa koreksi. Ini dapat dilihat dalam saluran menurun yang sangat jelas mengekang kejatuhan Spotify. Admin beranggapan bahawa masih ada satu kaki ke atas lagi buat Spotify buat masa sekarang. Abang Doji.
Analisis Tigr Kita masih memerlukan satu tanda kenaikan impulsif buat Tigr. Buat masa sekarang, kelihatan Tigr hanya membuat satu fasa koreksi di dalam saluran menurun. Koreksi ini masih kelihatan selamat dan sementara. Sekiranya paras saluran korektif dibolosi, maka kita mungkin perlu menilai semula Tigr. Abang Doji.
Analisis Gevo Gevo mungkin sudah memulakan kenaikannya untuk gelombang 5 daripada 5 gelombang impulsif Elliott Wave. Kenaikkannya yang telah memecahkan Saluran Menurun bakal menunjukkan bahawa Gevo sudah bersedia untuk menyambung kenaikan impulsif. Admin membuat sedikit posisi untuk Gevo dengan sasaran melebih 100% ROI buat masa sekarang. Abang Doji.
BTC Bullish count untuk Btc. Jefferey Kennedy antara Elliottician yang menyokong count bullish ini. Abang Doji.
Analisis BTC Btc mungkin menyiapkan gelombang B daripada ABC untuk Gelombang 4. Ada risiko untuk BTC masih menuju ke bawah. Abang Doji.
Analisis emas Emas kelihatan telah membuat satu kenaikan dalam bentuk 5 gelombang. Adakah emas telah menemui dasarnya dan bakal membuat ketinggian yang baru dari paras ini? Abang Doji
Analisis Cardano Cardano telah memacu pergerakkan bullish ke atas untuk gelombang 5. Pergerakkan penuh momentum dan bertenaga ini tidak mungkin sekadar satu lantunan teknikal 3 wave. Admin secara peribadi masih bullish dengan Cardano untuk membuat ketinggian yang baru. Dalam carta weekly, Cardano boleh disasarkan untuk menuju kawasan 5-8 usdt. Abang Doji.
Analisis KGB KGB masih kelihatan menujah ke atas, dengan memecahkan konsolidasi dalam bentuk segitiga simetrikal. Sasaran awal untuk KGB melengkapkan wave 5nya adalah pada paras Fibonacci 0.382% iaitu di RM1.80. Abang Doji.
Analisis Aemulus Aemulus mungkin kelihatan di penghujung kenaikan untuk satu kitaran 5 gelombang impulsif. Kita perlukan lebih banyak bukti, dengan menantikan momentum yang berkurang dan Aemulus membolosi saluran menaik untuk menguatkan lagi kiraan gelombang kita. Abang Doji.
Analisis Mobilia Mobilia kelihatan masih membuat satu gelombang impulsif ke atas. Kini telah menyempurnakan satu gelombang korektif dalam bentuk segitiga. Besar kemungkinan Mobilia akan membuat pembetulan yang lebih besar sebelum kembali menyambungkan kenaikan. Abang Doji.
Analisis TFP Tfp juga masih membuat satu kawasan sideways dalam corak segitiga. Kelihatan TFP membuat pembetulan di gelombang 4. Sekiranya benar, TFP mungkin akan memecahkan segitiga ke atas untuk Wave 5. Boleh perhatikan rapat. Abang Doji.
Analisis Dnex Dnex kelihatan masih bermain dalam corak segitiga yang sinonim dengan gelombang pembetulan di Wave 4. Kita masih menantikan Dnex untuk membuat satu lagi kaki untuk Wave E, sebelum memecahkan segitiga. Abang Doji.
Analisis Eth Eth masih mempunyai dua senario. Eth kelihatan sudah memecahkan saluran menurun dengan hanya 3 wave, mungkin WXY. Eth juga masih berada di paras rintangan upper corrective channel dan fibo 50, ada kemungkinan Eth akan teruskan dengan satu kerendahan lagi sebelum reversal. Abang Doji.
Analisis Cardano Cardano antara crypto yang mempunyai struktur gelombang Elliott yang sangat jelas dan senang dilihat. Cardano kelihatan telah menamatkan kenaikan Wave 3 tepat di paras Fibonacci Extension 1.618%. Kini kita menanti sekurang kurangnya satu lagi gelombang naik untuk Wave 5.
Analisis Modal Pasaran Altcoins Kelihatan Pasaran Altcoin boleh jadi membuat satu lagi kaki ke bawah, bagi melengkapkan satu pembetulan Zigzag dari ketinggian sepanjang masa hingga ke paras hari ini. Ini adalah senario pembetulan paling mudah sebelum Modal Pasaran Keseluruhan Altcoins membuat ketinggian yang baru. Abang Doji.
Analisis Ethereum Ethereum kelihatan membuat kenaikan yang sangat korektif, kerana kita gagal melihat sebarang kenaikan 5 gelombang dalam lantunan teknikal buat masa ini. Lonjakkan Ethereum kelihatan hanya dihalangan dalam satu saluran menurun, menguatkan lagi pandangan awal kita bahawa Ethereum masih mempunyai ruang ke bawah. Abang Doji.
Analisis Anjoo Anjoo dalam carta harian kelihatan telah menyiapkan 3 gelombang kenaikan. Anjoo sekarang perlu membuat pembetulan untuk wave 4 sebelum terus naik membuat ketinggian yang baru. Abang Doji.
Analisis Topglove Topglove kelihatan sudah membuat satu Leading Diagonal dalam corak Baji Menurun untuk Wave A. Kemungkinan penurunan Topglove adalah untuk Wave B, dan kita nantikan satu lagi wave C ke atas. Abang Doji.