Dia masuk semula ke kawasan breakout. Mungkin boleh pasang alert untuk tunggu signal entri terbaru.
Sebagai langkah berjaga-jaga, aras sokongan boleh dinaikkan.
Sambung semula cerita NTPM. Mungkin apa yang dikatakan bos dia haritu, ada betulnya.
Masih lagi dalam keadaan pening-pening lalat. Mungkin disebabkan volume yang tinggi tempohari.
Nampak gaya ada persamaan pada sektor dan stock adik beradik yang meneruskan sesi ambil untung.
Pada sesi pagi pasaran hari ini, nampak agak banyak stock yang naik dari awal bulan, mula mengambil profit. Petang nanti kita tengok semula.
Cuma kemaskini terkini. Aras breakout dari bawah tu boleh dijadikan aras sokongan terbaru.
Beberapa idea cadangan untuk lihat lokasi lantunan akan datang, jika ada.
Carta carimin sudah membuat harga tertinggi sepanjang masa (kalau ikut data yang ada di tradingview) dan tercapai sasaran kenaikan 15 - 20 peratus dari aras satu ringgit.
Bila abang besar rehat, semua ikut rehat. Carta masih dalam keadaan menaik dan belum ada signal jualan yang melampau.
Sedang bersiar-siar berjalan ketepian. Kepastian hanya datang jika ada lagi kenaikan harga bersama volum yang baik.
Masih meneruskan kenaikan. Dicadangkan untuk aktifkan trailing stop dan bersedia mengambil sebahagian keuntungan jika ada, khusus untuk trader jangka pendek.
Nampaknya kemeriahan kenaikan sektor teknologi masih belum mampu menggerakkan carta REVENUE. Cadangan akan datang seperti dalam video di atas.
Sambil-sambil menunggu, kita buat sedikit latihan mata. Dengan menggunakan konsep, 'satu jalan, yang lain jalan' , hari ini kita mencari carta-carta yang nampak pergerakan seakan sama dalam sektor yang sama. Semoga terhibur..
Bahagian terakhir penerangan ringkas kemaskini terbaru trendband guide. Antara perkara yang perlu diberikan perhatian : - candle breakout dan pullback breakout hanya muncul pada carta yang tradingview sertakan volume sahaja. - label hanya muncul sekali mengikut bentuk candle - input untuk candle breakout yang boleh diubah Semoga terhibur.
Saya ada buat beberapa perubahan dan penambahbaikan pada penunjuk Trendband Guide. Penerangan ringkas seperti di dalam video.
Bila masuk hujung bulan, perkara yang selalu dibuat adalah menyaring carta-carta yang sesuai di bawa ke bulan baru untuk di dagangkan. Ini cara paling ringkas dan mudah untuk menyaring. Yang susahnya, mana satu nak pilih? Selamat bercuti
3 lilin terakhir menggambarkan corak inside bar yang mana jika harga melepasi aras tertinggi lilin ibu, berpotensi meneruskan kenaikan dan jika menembusi aras terendah lilin ibu, berkemungkinan turun semula mencari sokongan.