Dari keratan akhbar tempohari ada diceritakan tentang perjalanan terkini NTPM bagi menghadapi hari-hari mendatang. Itu cerita akhbar, kita tengok dulu carta sebelum nak buat keputusan jual beli.
Harga tutup hari ini sudah melebihi aras target 1 to 1 berdasarkan corak segitiga kaki naik. Boleh jadikan aras paling rendah semalam sebagai trailing stop.
Bila carta ni nak insaf dan mulakan semula ke jalan yang benar? Saya ada beberapa cadangan idea untuk dijadikan pelan dagangan akan datang. Semoga terhibur.
Tak banyak yang nak diceritakan sebab sudah banyak trading idea dari rakan-rakan lain. Buat masa sekarang, masih lagi ikut pelan asal.
Sudah ada kemasukan volume yang agak padu. Dan kini hanya tunggu harga mula bergerak melepasi aras rintangan terdekat. Itupun kalau harga memang niat nak teruskan kenaikan. Selamat bercuti.
Semakin menghampiri harga sasaran berdasarkan breakout corak segitiga kaki menaik tempohari. Yang lebih menarik adalah, bila rakan-rakan dan sepupu sepapat (dalam industri sama) dengan PENTA pun bergerak sama. Selamat bercuti.
Mungkin perlu tunggu lilin berbentuk kaki panjang (hammer) atau yang berkaitan sebagai signal rejection sebelum boleh membuat entri terbaru.
Dan kebiasaannya, jika berjaya kekal atas seringgit, akan ada lagi kenaikan paling tidak antara 15%-20 % lagi.. Dan juga persediaan jika market buat u-turn
Hari ini PENTAMASTER memilih untuk breakout corak segitiga kaki menaik. Sudah boleh buat anggaran harga sasaran berdasarkan corak yang terjadi. Dalam masa yang sama, aras breakout juga perlu diberikan tumpuan. Jika harga turun dan tutup semula di bawah aras breakout hari ni, berkemungkinan besar false breakout.
Dengan bantuan simbol bendera berwarna yang ada di setiap nama carta, kita boleh gunakan dia sebagai penapis untuk senarai lihat yang sudah dibuat. Sangat mudah dan mampu menjimatkan masa. Harap maklum, alert berdasarkan simbol bendera belum ada.
Melihat sebentar penyaring harga tertinggi 1 bulan dan tips untuk melihat kemasukan volum.
..selagi harga bergerak di dalam julat yang sama..jika harga mula membuat lagi harga tertinggi, sudut pandangan kita perlu berubah dan tidak terikat dengan aras rintangan.
Memandangkan carta homeritz tidak membuat seperti apa yang saya bayangkan, maka saya tamatkan dulu cerita dia di sini. Hanya jika ada trend terbaru, barulah di lihat semula.
Sejak membuat aras tertinggi sepanjang masa, carta serba dinamik tidak meneruskan lagi kenaikan dan dalam masa yang sama tidak juga menjunam kejatuhan. Mungkin boleh menunggu semula kemasukan volum dan juga kenaikan harga sebelum boleh bertindak. Saya sertakan contoh yang seakan sama semasa kejadian di carta KGB. Selamat bercuti !
Buat masa ini saya nampak seakan corak segitiga kaki menaik dan boleh juga corak kotak melintang. Kalau berpandukan corak, pelan cadangan boleh dibuat selepas corak ditembusi. Dalam masa yang sama, selagi corak belum lengkap, kita masih boleh mengambil risiko untuk membuat pelan dagangan entri di sokongan dan keluar di rintangan.
Carta TM mengambil keputusan untuk tembus ke bawah kotak yang sudah dilukis dan kini masih meneruskan penurunan. Langkah seterusnya - perlu tunggu sehingga momentum penurunan berkurang dengan melihat rupabentuk lilin yang jadi semakin kecil, kecil dan kecil.
Sesuatu yang baru saya perasan (kalau dah memang ada, saya minta maaf) adalah fungsi untuk menukar versi lama pine script kepada versi terkini V4. Kerja menukar kini lebih mudah dan pantas. Terima kasih Tradingview !
Melawat semula carta carimin sambil melihat kembali peluang-peluang entri di carta harian dan mingguan