Walaupun sampai ke potensi target,pergerakan harga tidak mengikut corak bump and run seperti yang dibayangkan.
Selepas kemunculan volum yang melebihi dari volum semalam dan harga yang tutup lebih rendah dari semalam, harga tidak lagi meriah menaik. Penerangan bagi menyambung cerita tempohari.
Proses menyaring baru langkah pertama. Langkah kedua, perlu tunggu signal yang menunjukkan ada potensi minat belian. Bila muncul signal, barulah buat pelan dagangan yang sesuai ikut rupa bentuk carta ketika itu. Ulang proses yang sama. Semoga terhibur.
Sambungan semula kejadian tempohari. Memandangkan harga semakin hampir dengan aras tertinggi 52 minggu, mungkin kita boleh tunggu dan lihat adakah harga berjaya naik dan tutup di atasnya.
..sambungan Bila harga mula bergerak kesisi atau melintang bak ketam berjalan, lebih mudah untuk kita tunggu satu lagi pengesahan harga yang bakal menunjukkan arah selanjutnya. Dengan laporan kewangan yang semakin hampir, adalah lebih baik tunggu dulu sebelum mula entri.
Memberikan nama pada bentuk lilin yang kita perlukan. Bagi bentuk lilin yang berbeza, kita perlu tahu bagaimana bentuk lilin terjadi. Samada dengan membuat sendiri kiraan atau melihat pada penunjuk sedia ada atau boleh buat carian di google. Semoga terhibur.
Dah penat2 buat sendiri tapi masih kena hadap juga chart. Adalah sangat baik jika kita boleh mengarahkankan tradingview alert secara automatik jika indikator yang kita buat, sudah memberikan signal. Semoga terhibur.
Membuat garisan melintang pada carta mengikut ketingggian atau kerendahan harga. Semoga terhibur.
Kali terakhir ingatkan dah cukup tinggi, rupanya ada lagi tinggi. Carta yang kuat akan sentiasa mencari new high manakala carta yang lemah berterusan membuat new low.
Sambung lagi sebab takda carta yang menarik untuk dibualkan. Dalam oscillator selalunya terbahagi kepada beberapa aras sebagai penunjuk samada harga berada dalam kekuatan, kelemahan, terlebih beli dan terlebih jual. Hari ini kita lihat bagaimana membuat skrip untuk mewarnakan aras-aras tersebut. Semoga terhibur.
Kemaskini carta DANCOMECH - apa yag dibayangkan tempohari tidak menjadi kenyataan dan harga belum nampak sebarang pembelian yang mampu menaikkan harga lagi. Memandangkan hari laporan kewangan bagi suku ke-2 akan keluar tidak lama lagi, lebih baik tunggu sehingga carta benar-benar memberikan signal yang lebih jelas.
Siri terakhir untuk pine script. Membuat tanda dan text pada carta mengikut syarat-syarat yang kita berikan. Somega terhibur.
Ada ketikanya, kita kena peka dengan sebarang signal yang muncul dan pantas mengambil tindakan.
Kali ini, kita lihat bagaimana proses untuk memberikan warna pada latar belakang carta mengikut apa saja format yang kita nak. Semoga terhibur.
Penggunaan penunjuk oscillator sangat popular di kalangan pedagang. Sangat menarik sekiranya kita boleh mengubah sedikit rupa bentuk oscillator agar ianya nampak lebih jelas dan mencapai objektif penggunaan. Semoga terhibur.
Sambungan siri pine script. Hari ini kita lihat bagaimana cara nak mewarnakan ruang kosong di antara 2 moving average. Semoga terhibur.
Memandangkan market masih mencari bakal pembeli baru, kita belajar buat sendiri custom indicator menggunakan pine script. Buat permulaan, kita ambil yang sudah siap dan buat sedikit penambahan. Semoga terhibur.
Kemaskini terkini untuk carta duopharma - konsep entri berdekatan aras sokongan dan entri ketika melepasi rintangan - tindakan selepas pelan dagangan dibuat