Gunakan garis moving average sebagai alat bantu untuk melihat pergerakan harga akan datang
Contoh penggunaan penyaring tradingview untuk mencari carta yang moving average cantik tetapi harga sedang menurun.
Harga ketika ini sedang berada di atas aras rintangan lama dan nampak seakan sedang mencuba menyerap tekanan jualan. Jika serapan berjaya, aras harga sekarang boleh dijadikan aras sokongan terbaru dan pelan dagangan boleh dibuat sekitar sini.
Carta PANTECH tidak mengikut apa yang saya rancangkan dan buat masa sekarang, tidak ada sebarang cadangan baru sehinggalah dia mula membuat tapak semula.
Cadangan jika harga DATASONIC naik atau turun atau masih melintang.
Selepas menunggu agak lama, hari ini OPCOM nampak membuat aras sokongan terbaru dengan kehadiran volume yang tinggi. Jika hari ini adalah tanda volume membeli, jangkaan harga tidak akan turun lagi lebih bawah. Kalau masih turun, corak cadangan sebelum ini sudah tidak valid.
Kemaskini terkini untuk carta PCCS. Sampai ada minat belian terbaru nanti baru tengok semula.
Bagi carta yang naiknya menegak tanpa ada pullback atau retracement, antara langkah-langkah berjaga-jaga yang perlu diberikan lebih perhatian adalah dengan melihat volum merah yang lebih banyak dari volume semalamnya. Saya sertaka beberapa contoh sebagai panduan di masa akan datang. Maaf kalau saya salah.
Berdasarkan contoh-contah lama sebelum ini, jika carta HOMERITZ membuat perkara yang sama, kita sudah boleh bersedia untuk menunggu.
Contoh bila market kurang meriah. Misi mencari carta yang sudah naik berhari-hari dan tunggu semula jika ada penurunan harga untuk mencari peluang entri.
Menyambung cerita pagi tadi. Saya tukar dari 5 minit kepada 15 minit untuk lebih ketenangan. Melihat carta yang lebih rendah tempoh masa akan memberikan kita idea bilakah waktunya market akan bergerak aktif dan tidak aktif. Tapi, bukanlah perkara wajib tengok. Yang penting, adalah harga tutupnya di mana.
Contoh penggunaan penyaring data masa nyata bagi carta 5 minit. Hasil saringan bergantung pada setting yang kita buat. Karektor 5 minit takkan sama dengan carta harian walaupun cara membaca lilin tetap sama.
Kemeriahan market boleh dirasa bila carta-carta yang muncul dalam penyaring kita, jumlahnya melebihi dari hari-hari biasa. Sebaiknya, pilihnya carta yang sudah ada trend atau yang baru saja keluar / breakout dari kawasan berlonggok.
Proses pengambilan untung ketika harga masih dalam kondisi menaik adalah perkara biasa dan amat baik. Selagi tidak ada tanda-tanda perubahan trend, boleh fokus untuk mencari peluang entri terbaru, jika ada.
- Carta masih dalam aliran menurun. - Ada penampakan corak bump and run terbalik. - Cadangan dan persediaan awal.
Sambungan yang pagi tadi
Melihat data masa nyata di tradingview.
Tengok contoh sebelah petang pula. Sudah ada penambahan walaupun masih kurang meriah. Langganan masa nyata bukanlah wajib - hanya perlu jika kita tau macamana nak gunakan dengan baik.