


Carta PCCS masih dalam posisi menaik buat masa sekarang. Hanya perlu tunggu minat belian terbaru berdasarkan beberapa cadangan di dalam video ini. Disertakan beberapa contoh carta belainan sebagai rujukan.
Memandangkan laporan kewangan akan datang dia dijangka bulan Julai depan, jangkaan pergerakan harga akan bermula mulai bulan ini sehinggalah tarikh keluarnya laporan. Cadangan seperti di dalam video ini. Kebiasaannya, kalau harga tidak bergerak langsung sehampir tarikh laporan, maknanya laporan mungkin tidak memberangsangkan.
Dengan kenaikan mendadak pada hari isnin lepas, ada carta yang meneruskan kenaikan dan ada yang naik kejap lepas tu turun semula. Untuk minggu depan, boleh fokus kepada carta yang harga tutup mingguan lebih tinggi dari EMA 8 dan buat pelan dagangan sekitar tinggi dan rendah minggu ini. atau cari carta yang naik tinggi Isnin lepas dan fokus pada harga tertinggi...
Harga baru mencuba cium garisan atas corak segitiga. Kena tunggu segitiga di breakout pula.
Tambahan sama seperti TRENDBAND GUIDE tempohari. Dan saya tambah fungsi alert untuk menunggu signal-signal dari trendband. Apa beza dua2 ? TRENDBAND GUIDE - guna saja, tanpa perlu pening kepala TRENDBAND NAKED - khas untuk mereka2 yang suka memeningkan kepala NOTA - Tengok sampai habis sebab ada juga kemaskini untuk TRENDBAND GUIDE !
Jangkaan bergerak berjajaran sehinggalah ada kemasukan volum dan pergerakan harga keluar dari kawasan jajaran. Saya membayangkan duopharma akan membuat corak yang sama seperti ranhil.
Setakat hari ini, KIMLUN masih berada di aras Higher Low. Masih menunggu kemasukan volum dan kenaikan harga yang lebih padu. Sebab dia bergerak lambat, tak sesuai untuk dagangan pantas.
Dalam minggu terakhir bulan MAY yang lepas, kita dihidangkan dengan henjutan kenaikan harga dan volum. Minggu ini selepas cuti raya, nampak reaksi market agak baik. Nota : Menunggu tanpa buat apa-apa sambil menantikan setup juga satu strategi berdagang yang baik.
Ada beberapa tambahan yang dibuat untuk penunjuk Trendband Guide. Antaranya : Tambahan Input untuk - breakout candle - trailing stop - break weekly low - uptrust - oversold mode Untuk Trendband Naked masih belum update. Tungguuu
Beberapa corak cadangan yang saya rasakan sesuai dibayangkan pada carta PENTAMASTER. Lepas raya nanti kita tengok semula. Selamat bercuti dan salam lebaran.
Mungkin selepas ini, hanya pilih satu carta saja untuk didagangkan. Tunggu sampai muncul signal untuk entri dan exit. Ulang-ulang sehinggalah rekod untung kita melebihi rekod rugi. Boleh?
Masih meneruskan aktiviti henjutan dan lantunan yang memberangsangkan. Pada waktu ini ada, kita boleh : 1 - memburu lantunan untuk dagangan singkat. 2. sebarang lantunan adalah peluang untuk melarikan diri jika tersangkut sejak awal.
Setelah hampir sebulan menunggu, maka hari ini nampak semula meriahnya market. Meriah market saya ukur mengikut betapa meriahnya carta yang muncul di penyaring Tradingview. Tapi agak merimaskan, kebanyakan yang naik lebih kepada lompatan minit akhir terutama sekali carta-carta mid & big cap. Semoga bulan depan, market semakin ceria.
Nampak gaya corak cadangan bakal tak jadi. Maka sudah boleh di abaikan bayangan corak. Sementara menantikan laporan kewangan terkini, sudah boleh melihat aras-aras lama untuk dijadikan sokongan terbaru. Setakat hari ini, masih tiada signal untuk entri.
Rupa bentuk carta press metal terkini. Lakaran corak tenpohari sudah di kira tidak valid dan boleh diabaikan. Garis trendline menurun masih boleh lagi dikekalkan. Masih menunggu laporan kewangan terbaru, agak lambat kali ni keluar.
Bentuk carta terkini selepas laporan kewangan suku pertama F19. Masih dalam keadaan stabil dan belum ada tanda perubahan trend.
Carta yang trend menaik sangat jarang turun menuju aras EMA200, kecuali carta sedang dalam fasa pembetulan atau sememangnya sudah mula trend menurun. Saya berikan beberapa contoh carta yang sudah tembus ke atas EMA 200 dan kini kembali semula ke EMA 200. Boleh berikan lebih tumpuan nanti jika mood market semakin baik. Buat persediaan raya dulu, lepas raya baru...
Sejak awal MAY sehingga sekarang, market kita masih lagi meneruskan penurunan yang amat perlahan, menyebabkan sakitnya tu amat perit. Lebih baik jatuh laju dari jatuh terhegeh-hegeh. Beberapa perkara yang boleh dilakukan untuk membuat persediaan awal : - melihat struktur harga - melihat harga dan moving average di carta mingguan - tunggu signal dari...