Kedudukan moving average yang sudah tersusun baik serta penurunan harga tanpa volum yang tinggi, ada beberapa perkara yang boleh dibuat. - Menunggu bentuk lilin yang lebih kuat dan bermomentum tinggi. - Menantikan kemasukan volum yang padu, lebih banyak berbanding volum terhampir. - Bersedia menanti di ruang yang telah ditandakan. - Kemeriahan market bakal...
Cadangan sekiranya corak yang dijangkakan muncul dan jika corak tak jadi. Penampakan corak - cawan ajaib dan menunggu lengkapnya pemegang cawan. Kalau tak jadi - cuba tunggu di aras sokongan lama.
Majoriti carta menunjukkan aliran harga yang sedang menurun, samada menurun dari harga terendah sebelumnya atau harga terendah minggu lepas atau terendah sebulan lepas. Sementara nak tunggu signal baru muncul, boleh gunakan penunjuk pangsi (pivot point) yang ada di dalam tradingview untuk mencari aras-aras harga yang dirasakan bakal terjadi lantunan. Selagi...
Beberapa carta membuat perkara yang sama - false breakout. Langkah seterusnya - hanya perlu tunggu waktu sesuai dan pastikan modal ada di tangan.
Sambungan terkini carta DUOPHARMA BIOTECH : - belum kesampaian menuju target 1.46 - masih dalam trend menaik, kiraan dari titik terendah awal tahun ini sampai sekarang - tiada sebarang entri terbaru kecuali muncul lilin-lilin yang bullish
Sejak awal tahun hingga sekarang, carta QL tidak menunjukkan sebarang trend yang menarik dan hanya berkisar sekitar harga yang sama (sideway) Dengan merujuk pada carta Press Metal, Harta dan VS, berkemungkinan carta QL akan membuat pergerakan yang hampir sama. Sambung kemudian...
Hari ini nampak ada kemasukan volum dan kenaikan harga di carta-carta berkaitan pembinaan dan properties. Dicadangkan untuk melihat carta-carta tersebut dan mencari peluang dagangan minggu depan.
Sejak Januari, carta kita banyak yang sudah naik tinggi melepasi aras MA/EMA 200. Saya mengambil contoh carta WIKA dari Indonesia untuk membayangkan pergerakan harga yang mungkin terjadi di carta-carta kita akan datang. Sebagai rujukan, boleh lihat semula video lama di bawah.
Sama seperti carta INARI tempohari, carta MYEG juga menunjukkan pergerakan seakan sama yang pernah dia buat sebelumnya. Mungkin di masa akan datang, jika nampak pergerakan yang seakan sama, kita boleh lebih bersedia. Kalau nampak tak sama, boleh abaikan video ini.
Valid entri muncul pada tarikh 11 APR yang lepas dan kini harga masih meneruskan kenaikan. Berhenti sebentar mungkin disebabkan pengambilan untung. Cadangan akan datang seperti di dalam video.
Bukan jumaat daaaaa.. Setakat hari ini, INARI tidak berjaya lagi tembus garis tren yang panjang tu dan mula turun sedikit demi sedikit. Dan nampak seakan berhenti sebentar di aras yang dijangkakan. Pelan dagangan terbaru jika ada kenaikan harga melepasi harga tertinggi hari ini dan kalau masih tiada kenaikan, tunggu sehingga lilin yang lebih padu muncul.
Kalau dapat diperhatikan, hampir kesemuanya bergerak mengikut tempoh masa yang hampir sama samada naik dan turun. Semoga bila tiba masanya, kita lebih bersedia.
Bergantung pada cara kita memandang, ada pelbagai corak yang boleh di lukis antaranya, segitiga, bendera atau cawan ajaib. Apa saja corak yang kita bayangkan, harga terkini sudah menembus ke atas dan jangkaan mungkin meneruskan kenaikan lagi. Itu pun kalau tiada sebarang kejadian tidak diingini berlaku dalam tempoh masa terdekat. Sambung kemudian.
Sambungan terkini - harga sedang molek menuju harga tertinggi tahun lepas yang pernah dia buat - hanya perlu tunggu dan lihat - jika lepas, berkemungkinan menyambung semula trend kenaikan yang sama. - perhatikan juga tekanan jualan jika sudah mula berada di aras tertinggi nanti. ..bersambung
Walau hujan batu di negara sendiripun, bila market dah bagi peluang, kenalah bijak mengambil ! Diberi peluang tapi tak ambil sebaiknya, kita rugi ! Marah dan komplen memanjang juga tidak menghasilkan keuntungan ! Tengok carta dan baca cerita disebalik syarikat adalah lebih bermanfaat dari tak buat ape2 !
Hari ini kita cuba melatih mata untuk melihat pergerakan harga yang sedang berlonggok. Harga yang berlonggok atau biasanya dipanggil range atau channel memberi gambaran yang pembeli dan penjual masih suka sama suka. Tidak ada yang lebih mendominasi. Hanya jika kawasan longgokan ditembusi, samada ke atas atau bawah, barulah kita boleh nampak peralihan kuasa...
Harga ketika ini sedang bercinta berhampiran garis trend menurun dan kalau diperhatikan corak yang ternampak seakan segitiga. Seperti biasa, jika nampak corak, kita hanya perlu tunggu ke mana arah tembus harga nanti.
Sama seperti Inari, carta Gadang juga membuat corak bump and run terbalik dan hari ini berjaya mencapai aras yang ingin dituju. Sebagai panduan di masa akan datang.