Carta carimin masih lagi dalam trend menaik walaupun sepanjang 2 bulan ini lebih kepada pergerakan yang terkawal (sideway). Dari pandangan saya, carimin berkemungkinan mencari semula harga tertinggi dalam sejarah dia di aras 1.90. Cadangan bagi carta begini - mencari peluang entri.
Setelah 2 bulan berdondang sayang, akhirnya carta INARI hampir ke penghujung corak bump and run terbalik. Ada beberapa perkara yang kita boleh belajar dari sini. Antaranya - masa - sabar - corak berulang Umpama dialog cerita pendekar bujang lapok "tak sabar pergi berenang wak"
Harga kini masuk semula ke dalam zon "pullback/retracement" dan hanya menantikan kemunculan signal entri terbaru. Boleh rujuk pada video di atas
Menyambung sedikit cerita carta Kerjaya yang pada masa ini masih lagi mendiamkan diri. Aras RM1.30 sebagai signal penembusan terbaru.
Penyaring di Tradingview ada menyediakan pilihan Baharu Tinggi 1 Bulan yang saya rasa sangat sesuai digunakan untuk mencari carta sedang breakout. Hanya perlu di tambah lagi pilihan seperti purata volum dan beberapa opsyen fundamental (jika berminat) untuk pedagang yang benar-benar aktif di pasaran. Sangat sesuai bagi pengguna yang melanggan "Real TIme Data"...
Kemaskini terkini senarai carta 1 MAC 2019 (yang saya buat saja). Kebanyakan beramai-ramai turun, mengikuti arus semasa market kita. Apa yang boleh dibuat sekarang? - tunggu sehingga ada bullish signal muncul - jadikan 1 MAC 2019 lepas sebagai panduan. Jaga modal yang ada dan bila masanya tiba, kita boleh buat semula pelan dagangan terbaru.
Menjadi pedagang yang konsisten bukan sekadar datang kelas dan terus jadi pandai. Ianya memerlukan banyak lagi masa dan latihan yang berterusan. Antara latihan yang saya rasakan sangat baik, 1. Rujuk kepada cadangan-cadangan atau idea dagangan yang ada di tradingview - lihat dan ikuti setiap cadangan atau idea dagangan yang diberikan - boleh buat papertrading...
Prestasi YTD atau Year To Date menunjukkan prestasi semasa carta bermula dari hari pertama tahun sehinggalah sekarang. Dalam penyaring tradingview ada disediakan Prestasi YTD, Prestasi-3 bulan, Prestasi - 6 bulan, Prestasi Bulanan, Prestasi Mingguan dan beberapa lagi pilihan lain. Dalam video ini, saya cuba mencari carta yang prestasi YTD sudah naik melebihi...
Corak kali ini hanyalah pandangan mata saya sahaja. Nama diberi hanya untuk memudahkan pemahaman dalam membuat pelan dagangan. Konsep dagangan masih sama, break downtrendline, break swing high atau pullback. Kalau jumpa dimana-mana carta, mungkin sudah boleh agak apakah yang bakal terjadi seterusnya. Itupun bukan PASTI NAIK !
Sambungan terkini carta duopharma harian. - bayangan lukisan garis channel - bayangan aras swing akan datang - tempoh masa Saya cuba buat kemaskini cerita carta ini sampailah trend dia habis.
Melawat kembali senarai carta yang ada kemasukan volum dan kenaikan harga yang membentuk corak lilin engulfing. Banyak muncul, tapi setakat yang ada dalam senarai saja. Kesimpulan : - memilih carta yang ada kaitan dengan katalis semasa - signal yang muncul beramai-ramai menunjukkan ada minat belian yang asli - konsep satu jalan yang lain jalan masih boleh...
* MAAF pasal tajaan pasukan negeri sembilan. Bukan Kerjaya, tapi Matrix Concept * Garis tren mingguan telah ditembusi dan berkemungkinan akan cuba untuk mendaki semula. Carta bergerak sangat perlahan, mungkin disebabkan pegangan institusi yang tinggi. Market Capital (RM) : 1.602b Number of Share: 1.242b Floating of Share: 266M EPS (cent): 11.14 * P/E...
Kemaskini terbaru cerita harta, top glove dan supermax. Ada tambahan konsep mencari potensi target. Selamat bercuti.
Dalam bulan Mac lepas, kebanyakan carta membuat perangai yang sama, iaitu menguji aras sokongan. Beberapa contoh carta yang buat perkara sama dan mungkin di masa akan datang kita boleh berikan lebih tumpuan pada aras-aras seperti ini.
Selepas keluar laporan kewangan tempohari, carta DKSH mengambil keputusan untuk terjun berjemaah. Buat masa sekarang, nampak seakan terjunan berjemaah sudah agak kurang momentum disebabkan kehadiran potensi bullish candle yang berjaya menghalang harga dari turun lagi. Boleh siap-siap buat pelan dagangan yang sesuai.
Dengan menggunakan fungsi pilih susun atur carta, kita boleh buat perbandingan secara terus diantara 2 sela waktu berbeza bagi carta yang sama. Dalam video kali ini, ada beberapa cadangan yang saya rasakan mungkin membantu kita semasa membuat pemilihan atau pelan dagangan. Konsep yang sama boleh digunapakai untuk mana-mana saja sela masa.
Sejak dari swing low tempohari, duopharma bergerak naik dengan pertambahan volume yang agak baik. Dan kini menuju kawasan berhantu yang pernah jadi rintangan lama. Objektif swing mungkin sudah tercapai dan untuk langkah seterusnya kita boleh lihat dan perhatikan bagaimana reaksi harga selepas ini. Ulangkaji : pullback yang baik perlukan kemasukan volum bagi...
Hanya sekadar lukisan dan tidak seharusnya mempengaruhi aktiviti dagangan yang melihat video ini. Selamat bercuti !