Fungsi templat di dalam tradingview boleh membantu kita untuk membuat perancangan terbaik. Kita boleh dengan cepat menyesuaikan pelan dagangan mengikut keadaan semasa carta. Sebagai contoh, saya sendiri gunakan 3 jenis templat berbeza untuk carta-carta yang berbeza fasanya. Semoga terhibur.
Jika kita menghadapi kesukaran untuk membuat penyaring yang mantap, salah satu cara terbaik adalah dengan melihat setiap carta-carta yang ada pergerakan menarik. Gunakan bantuan penyaring dari tradingview untuk mempercepatkan senarai lihat. Dari situ, kita boleh lihat secara visual dan mula membuat pengasingan atau kategorikan mengikut teknik-teknik yang kita...
Pada 1 Mac 2019 lepas bersamaan hari jumaat, kita dikejutkan dengan kenaikan harga bagi kebanyakan carta. Pada ketika itu, muncul banyak corak lilin seperti engulfing dan marubozu. Bergantung pada keadaan semasa carta ketika itu, kemunculan 2 jenis corak ini menggambarkan seperti ada minat belian yang menyokong harga dari turun ke bawah lagi. Corak lilin ini...
Setiap carta yang naik pasti ada ciri-ciri atau sifat-sifat yang hampir sama. Walaupun setiap carta itu tidaklah bergerak sama dengan yang lain, tetapi, sebelum berlakunya kenaikan atau menuju fasa menaik, pasti menunjukkan persamaan yang sangat jelas. Hari ini kita belajar melihat sejarah kenaikan carta dan cuba mencari titik persamaan antara mereka. Dengan...
Nak uji link ke Youtube dari tradingview sudah berfungsi atau tidak. Sambil menguji, sempat juga lah lihat-lihat cadangan ringkas untuk carta Malakoff.
Carta Duopharma Biotech (dulu CCMDBIO) sedang berehat sebentar selpas kenaikan mendadak seujurs laporan kewangan terakhir bagi tahun 2018 dikeluarkan. Memandangkan jarak tinggi dan rendah kotak yang muncul tidak lah begitu jauh, maka lebih sesuai menunggu harga tembus ke atas kotak untuk sebarang potensi beli. Jika corak kotak atau bendera tidak menjadi, boleh...
Antara peralatan lukisan yang sesuai digunapakai untuk mencari potensi entri adalah garis tren menurun (downtrendline). Penggunaannya sangat mudah, tetapi perlukan pergerakan harga yang sesuai. Boleh rujuk pada video nanti. Potensi lebih baik jika harga bergerak dalam tren menaik atau menurun dan kurang sesuai jika harga masih tido lena (melintang). Semoga terhibur.
Saya buat satu tambahan - cadangan trailing stop berdasarkan breakout lilin yang muncul di carta. Secara umum, - jika harga masih di atas garis trailing stop, carta masih bullish atau positif. - jika harga berada di bawah garis trailing stop, berkemungkinan menuju bearish atau sedang membuat pembetulan. Boleh digunakan sebagai potensi keluar dagangan atau...
Satu perkara yang paling susah nak buat adalah jual dalam rugi ! Lepas ni, kalau tak mau jual rugi bila pelan tak jadi, cuba renung-renungkan video ringkas ni. Semoga terhibur.
Kalau siri breakout lepas, kita hanya melihat pada carta harian, konsep yang sama juga terpakai pada carta-carta bagi tempoh masa berbeza. Sebagai contoh, saya gunakan carta 5 minit IWCITY untuk melihat adakah konsep yang kita pelajari dulu wujud di situ. Semoga terhibur.
Setiap harga yang naik jika boleh dilukis garis tren, amatlah membantu kita samada untuk kekal dalam dagangan atau mencari potensi dagangan baru. Perhatikan juga persekitaran market, jika market sudah lemau, lebih molek lepak tepi makan kuaci dulu.
Jangan takut untuk entri bila nampak peluang, selagi kita tahu dimana hendak keluar jika dagangan gagal. Yakin dan bersebab untuk entri. Yakin saja tidak cukup kalau tidak disokong sebab-sebab tertentu. Ada dalam video di atas.
Siri terakhir untuk cerita breakout. Kali ini kita gunakan bantuan alat penunjuk untuk menambahkan keyakinan yang carta dalam fasa menaik. Antara penunjuk yang sesuai di gunakan adalah 1. Garis purata 200 (MA200) - jika harga berada keseluruhannya di atas MA200, carta dianggap bullish 2. Awan Ichimoku - jika harga berada keseluruhannya di atas awan, carta...
Sambungan siri breakout. Carta dalam tren menaik pasti ada siri tinggi rendah, yang mana tinggi semakin tinggi dan rendah semakin tinggi. Kita akan anggap carta tersebut masih dalam tren menaik sehinggalah struktur nya telah berubah menajdi tinggi semakin rendah, dan rendah lagi rendah.
Sudah semestinya laporan kewangan yang baik akan menarik lebih ramai pelabur manakala laporan yang kurang baik, pelabur cuba menjauhkan diri. Walaubagaimanapun, dalam kita memerhatikan pergerakan harga, secara visualnya kita mampu melihat lebih awal jangkaan laporan samada positif atau tidak. Pergerakan harga selalunya seiring dengan prestasi syarikat. Berikan...
Sambungan siri breakout. Secara visual, harga mudah naik bila sebelah kirinya kosong. Menunjukkan tiada sebarang tenakan jualan berlaku. Dan juga, perbezaan jumlah volum yang didagangkan juga sangatlah berbeza berbanding sebelumnya. Dari ciri-ciri ini, boleh disimpulkan yang carta berkemungkinan sedang menuju fasa menaik.
Sambung lagi siri breakout. Kali ini kita lihat pula bentuk-bentuk lilin yang muncul ketika harga sedang mendaki naik serta melihat perbezaan sekarang dengan sebelum-sebelumnya.
Kita sambung lagi siri breakout. Kali ini kita meihat 3 ciri penting yang selalunya ada ketika harga sedang menaik 1. Harga naik lagi tinggi dari harga tertinggi - nampak jelas lilin hari ini naik lagi tinggi dari yang sebelumnya. 2. Harga tutup di atas harga tertinggi sebelumnya - ini adalah ciri yang paling penting. - Tutup di atas harga tertinggi sebelumnya...