Video kali ini , saya cuba menerangkan fungsi "bandingkan" yang ada di menu pilihan. Kita boleh membuat perbandingan antara 2 atau lebih carta yang berbeza untuk melihat persamaan atau tidak. Ianya dapat membantu kita dalam membuat pilihan stok yang lebih baik ketika berdagang.
Kemaskini dari video bulan november lepas. Hari ini, press metal mencuba untuk keluar dari kotak yang membelenggu pergerakan harga. Ada 2 kemungkinan, samada dia buat "false breakdown" atau "confirm breakdown". Penerangan ringkas seperti di dalam video. Semoga terhibur.
Permulaan dagangan bagi tahun 2019 yang agak malap. Adalah lebih baik kita menunggu kemunculan swing low terbaru sebelum aktif masuk market. Cari 3 atau 5 stok yang diminati, tunggu dan lihat pergerakan harga sambil memerhatikan juga indeks. BIia indeks beri signal positif, fokus terus pada 3 atau 5 stok yang telah di pilih tadi. Selamat tahun baru 2019
Doji pada carta menggambarkan satu ketidakpastian samada pihak membeli atau pihak menjual yang lebih kuat. Kepastian selalunya akan muncul pada hari esok atau hari-hari seterusnya. Amatlah digalakkan untuk kita mengambil lebih tumpuan sekiranya doji muncul. Ianya akan membantu kita membuat pelan trading atau membuat anggaran ke mana arah seterusnya harga ingin...
Kemaskini dari video lama. Boleh rujuk pautan lama di bawah.
Video lepas kita sudah melihat cara untuk mencari aras hayunan tinggi atau rendah. Dengan bantuan tool fibonacci retracement, kita boleh membuat anggaran atau jangkaan ke mana aras seterusnya lantunan akan berhenti atau potensi target. Ada 3 aras yang selalu menjadi perhatian, 38.2% 50% 61.8% Aras diatas hanyalah cadangan atau kebiasaannya berlaku...
Cadangan sempena menuju aktiviti windows dressing di hujung tahun. Itupun kalau ada.
Carta yang bergerak sudah semestinya akan ada hayunan atau berombak2. Dengan mengenalpasti setiap titik hayunan, kita boleh membuat kesimpulan asas samada carta itu sedang menaik, melintang atau menurun. Semoga terhibur
Setiap carta pasti ada penjaga. Dan setiap penjaga ada yang baik hati, kedekut atau sangat kejam. Hasilnya, terjadilah corak-corak yang selalu muncul semasa manipulasi menuju peringkat akhir. Peluang berdagang untuk carta yang dimanipulasi tetap ada. Yang penting, kena siap sedia dengan pelan trading yang baik.
Gunakan masa terluang untuk melihat carta-carta yang kita gemari. Dalam carta itu sendiri boleh dijadikan sumber rujukan akan datang. Video menerangkan salah satu cara melihat bagaimana perubahan tren berlaku. Semoga terhibur.
Dengan berpandukan garis tren, garis melintang serta corak carta yang ada ketika ini di Krono, kita mampu membuat pelan berdagang yang lebih baik. Bila sudah dapat feel pergerakan harga, barulah seronok untuk buat pelan dagangan. Video di atas hanya pandangan peribadi dan tidak semestinya betul dan tepat.
Sekali lagi harta terperangkap dalam lingkungan harga 6.00 dan 6.50. Menunggu ke mana arah seterusnya adalah lebih digalakkan dengan bias masih lagi dalam kondisi beli - sebab masih di atas garis MA 200.
Sangat digalakkan jika kita boleh menganggarkan tarikh laporan kewangan akan datang. Boleh membantu kita untuk membuat pelan dagangan yang lebih baik. Dapatkan makluman terkini anggaran tarikh laporan kewangan atau tarikh dividen dari laman bursa malaysia, platform dagangan masing2 ataupun website khas yang ada di luar sana.
Bayangkan ada satu longgokan harga membuat satu aras sokongan yang baik dan secara tiba2, aras tu bocor ke bawah. Mungkin yang buat longgokan tadi sudah kehabisan wang. Mungkin tiada sambutan menggalakkan dari pelabur2 lain. Mungkin teknikal rebound saja. Yang pasti, aras sokongan bocor, petanda kurang baik. Nota : bila aras sokongan bocor, TUNGGU REVERSAL...
Fungsi templat sangat berguna jika kita ingin melihat carta dalam bentuk yang pelbagai atau mengikut strategi yang sesuai digunakan pada ketika itu. Pantas, mudah dan boleh menjimatkan masa.
Ada ketikanya, corak sama muncul di carta-carta yang berkongsi sektor atau kisah belakang tabir yang sama. Kalau dulu selalu dengar pepatah " satu naik, yang lain pun naik" , buat masa sekarang mungkin lebih sesuai "satu jatuh, yang lain tergolek".
Jika harga berjaya tembus ke atas kawasan berlonggok seperti yang dinyatakan dalam video, ada kemungkinan untuk harga menuju ke potensi target. Sebaliknya jika harga tembus ke bawah kawasan berlonggok, air terjun sedia menanti.
Masih dalam trend menurun. Jangkaan pantulan teknikal pada carta dalam tempoh masa terdekat. Seperti dalam video di atas, ada 2 kemungkinan - > jadi atau tak jadi. Semoga terhibur.