Skrin berpecah (split-screen) sangat membantu sekiranya kita hendak membuat perbandingan secara masa nyata. Samada stock yang berbeza, stock dengan indeks atau stock yang berlainan tempoh masa. Video ringkas di atas menunjukkan salah satu kegunaan yang mungkin sesuai untuk para pedagang membuat keputusan yang lebih baik.
Ada tambahan ciri baru pada tradingview di mana kita sudah boleh - memilih dan menggerakkan pelbagai objek pada carta secara serentak - pilihan untuk melihat carta secara songsang Semoga terhibur
Carta harian KLCI buat setakat ini yang bentuknya seakan segitiga, telah memilih untuk tembus ke bawah. Video di atas lebih kepada pendapat peribadi saja. Ianya tidak semestinya benar. Sila buat semakan dengan pakar yang lebih arif.
Carta yang naik bukan saja disebabkan ada minat belian pada carta tersebut, tetapi juga dipengaruhi oleh faktor market secara keseluruhan. Bila market cantik, akan ada banyak carta turut ambil kesempatan naik bersama2. Video kali ini menerangkan serba ringkas, sifat2 atau ciri2 yang selalu kita nampak ketika carta sedang bergerak naik ke atas.
Video bukan menunjukkan cara guna atau nak buat skrip, tapi lebih kepada pengenalan saja. Yang bagusnya editor pine, sekiranya kita ada sistem berdagang sendiri,kita boleh terjemahkan dia dalam bentuk visual pada carta. Mungkin untuk tandakan kawasan beli, jual dan sebagainya. Pengetahuan asas bahasa pengaturcaraan amat diperlukan sekiranya kita ingin membuat...
Dalam tradingview, ada fungsi makluman yang kita boleh guna pakai mengikut apa saja yang kita nak, samada makluman di bahagian pengimbas atau berdasarkan pergerakan harga di carta. Untuk video ni, saya tunjukkan cara menggunakan garisan dengan kondisi sekiranya harga melepasi, melintasi atau apa saja pilihan yang ada di pilihan makluman. # maaf atas kesilapan...
Selepas kenaikan yang tiba2 - mungkin kerana laporan kewangan ketika itu atau mengejar ex-date dividen - harga kini kembali turun ke kawasan yang lebih sunyi sepi. Perlukan lebih volume diperdagangkan bagi menyokong sebarang kenaikan harga. Aras sokongan boleh di naikkan jika harga berjaya kekal tutup di atas aras cadangan entri.
Harga semasa sedang berada betul2 pada aras Pivot P bulan ini. Cadangan entri yang terbaik sekiranya harga berjaya naik lebih tinggi dan tutup di atas Pivot P seperti di atas. JIka berjaya, potensi target adalah di R1 terlebih dahulu. Pemilihan carta kerana ada kekuatan pada sebelah kiri carta yang menampakkan banyak kenaikan harga yang agak baik (background...
Saya cuba terangkan secara ringkas kenapa carta chin well tidak begitu menarik bentuknya dan serba sedikit pandangan untuk berdagang sekiranya ada cubaaan untuk membuat satu trend baru. Hanya pendapat sahaja. Tidak semestinya betul dan benar. Sila rujuk dengan pakar kewangan atau remiser untuk maklumat yang lebih tepat.
Dari carta harian di atas, ditandakan 2 kawasan tumpuan. Tumpuan untuk entri sudah semestinya jika harga berjaya naik ke atas garis tren menurun semasa. Ke mana arah harga pergi selepas ini bakal menentukan samada Harta masih ingin meneruskan kenaikan atau turun mencari lantai yang lebih keras.
Sejak Nov lepas sehinggalah april tahun ini, harga saham hevea berada dalam arus menurun. Dan sejak april sehingga kini, harga hanya bergerak mendatar saja dan membentuk seakan corak segitiga. Dicadangkan untuk menunggu arah harga tembus sebelum membuat cadangan beli atau jual.
Sebelum tu , mohon maaf atas kesilapan menyebut TRIANGLE pada awal video..Sepatutnya RECTANGLE. Bila sesuatu carta mula tembus aras rintangan lama, kita boleh buat beberapa cara untuk mencari potensi target ke atas. Dalam video ini, saya cuba menerangkan serba ringkas menggunakan tools FIBONACCI RETRACEMENT yang ada di tradingview. Yang kita nak lihat adalah...
Pada bulan Ogos lepas, Harta berjaya menembusi aras tertinggi yang dia pernah buat pada bulan April 2018. Dan meneruskan kenaikan selama 2 minggu berikutnya. Namun, untuk 2 minggu terakhir, Harta mula turun, mungkin disebabkan sentimen pasaran yang tidak begitu baik. Melihat pada carta di atas, harga terakhir kini sedang berada di area yang sama dia pernah tembus...
Carta Supercomnet sememangnya jelas masih trend menaik. Harga penutup jumaat juga berjaya melepasi corak inside bar dan berada di atas PIVOT P. Namun begitu, masih ada lagi aras rintangan terdekat yang perlu dilepasi. Sekiranya berjaya tembus, dijangkakan Supercomnet berpotensi menuju target di R1. Manakala R2 hanya jika R1 berjaya dilepasi dengan jayanya. ...
KGB berjaya membuat harga tertinggi 52 minggu terbaru dan kini sedang menguji semula aras sokongan - dulunya aras rintangan. JIka mampu kekal bertahan di atas aras sokongan terbaru, dijangkakan KGB akan menuju potensi target 1 nisbah 1, berdasarkan rupabentuk bulatan bawah dan juga kepala bahu terbalik. Juga berpotensi untuk membuat pergerakan parabola sekiranya...
Seperti mana semasa fasa menaik, fasa menurun juga akan membuat beberapa sifat atau peel yang sama. Cuma berlainan arah saja. Tonton, fahamkan dan selamat beramal.
Setiap kali harga bergerak naik , turun atau melintang pasti ada fasa2 yang kita boleh kenali secara visual. Sangat membantu sekiranya kita faham dan berani mengambil kesempatan di setiap fasa pergerakan harga. # Kalau saya salah, sila abaikan video ini. Terima kasih.
Selalu kita rasa takut bila carta sudah mula melepasi harga tertinggi yang dia pernah buat. Memang sudah lumrah, lagi2 kalau kita sudah beli dari bawah. Bagi carta yang syarikatnya ada cerita, ada kisah yang baik, bila harga berjaya naik melepasi harga tertinggi menunjukkan ada suatu kuasa minat belian yang kuat. Sebagai trader, carta2 seperti inilah yang...