Dengan melihat indeks klci, kita boleh buat kesimpulan samada untuk lebih aktif berdagang dalam market atau tidak. Semoga terhibur..
Sejak awal Julai, hiap teck berjaya membuat lantunan yang agak kuat. Namun begitu, masih tidak mampu menembus aras harga 45 sen.. Hari ini, harga berjaya tutup lebih rendah dari candle doji semalam, menunjukkan penjual lebih mendonimasi. Terdapat beberapa kawasan sasaran terutama sekali yang ditandakan dengan bulat berwarna biru, jika harga masih teruskan...
Secara mata kasar, carta prolexus pada ketika ini sedang berada dalam keadaan tiada arah atau lebih mudah dipanggil sideway. Walaupun begitu, sideway nya berada dalam julat harga yang boleh dilukis kotak seperti di atas. Dan jika julat harga tertinggi dan terendah kotak dibahagikan kepada 2 bahagian, harga ketika ini sedang berada di bahagian atas garis...
Secara umumnya, dengan melihat kedudukan harga semasa dengan garis MA 200, kita boleh sesuaikan teknik berdagang kita samada untuk berdagang secara breakout, pullback, jangka pendek atau jangka panjang.. Harga di atas MA 200 - carta dikategorikan sebagai bullish. Harga di bawah MA 200 - carta dikategorikan sebagai bearish. Struktur asas carta seperti HIGH, LOW,...
Sudah mula keluar dan menjarakkan diri dari kawasan konsolidasi..Ada beberapa perkara yang boleh diperhatikan : 1. Menunggu kemunculan Higher Low 2. Melihat corak yang selalu muncul semasa fasa menaik seperti - kotak - flag, pennant - candlestick signal 3. Breakout - harga tertinggi terbaru - garis tren 4. Pullback atau retracement 5. Gunakan indicator...
Potensi entri yang dirasakan sesuai jika : a) harga berjaya melepasi kawasan atas kotak merah atau b) harga turun ke bawah kotak merah dan menuju aras sokongan lama Masih menunggu laporan kewangan terbaru..
Carta sangat jelas tren menaik. Memandangkan harga kini lebih terkepung diantara aras halangan dan juga aras sokongan, adalah lebih baik menunggu aras mana yang akan ditembus terlebih dahulu. Sekiranya harga mampu tembus ke atas, perhatikan juga pergerakan harga selepas tembus bagi mengelakkan terkena "bull trap"..lagipun, harga sudah trending sejak awal...
Dengan kehadiran volume tinggi pada sebelah kiri carta serta pergerakan yang kini lebih kecil julat antara harga tinggi dan rendah, dijangkakan ASTRO akan membuat gerakan trending semula. Cuma trending ke atas atau ke bawah saja belum pasti. Seperti cadangan pada carta, potensi entri hanya jika harga bergerak naik melepasi aras cadangan atau jika perlukan lebih...
Dari jauh, nampak seakan corak kepala dan bahu terbalik. Corak akan valid, sekiranya kawasan tumpuan (neckline) berjaya ditembus ke atas. Perhatikan juga pertambahan volume bagi menyokong breakout nanti. Memandangkan laporan kewangan juga semakin hampir, adalah lebih baik tunggu selepas keputusan keluar. Walaubagaimanapun, cadangan dagangan juga ada disertakan...
Sekiranya harga berjaya naik melepasi dan tutup atas aras 50 sen, jangkaan potensi target seterusnya adalah Seperti di atas..letak alert pada aras 50 sen untuk mencari potensi entri. Jangkaan untuk lepas juga bergantung kepada aktiviti jual beli yang semakin aktif. Atau dalam kata lain, susunan serta rupa bentuk candle lebih tersusun, rapat dan padat..bukan lagi...
Masih menunggu laporan kewangan terbaru. Disebabkan itu, potensi target yang terdekat adalah harga tertinggi pada 25 JULAI lepas dan sekiranya mampu ditewaskan, barulah menuju potensi target seterusnya. Seperti cadangan2 sebelum ini, jika harga tidak naik lagi dari aras cadangan dan turun pula menuju aras sokongan, bersiap sedia menunggu sebarang signal bullish.
Adalah amat tidak menyenangkan kalau kita cuba trade stock yang laporan kewangannya semakin hampir. Bagi carta WCT, kedudukan harga sekarang yang begitu hampir dengan aras sokongan (garis ungu) memberikan risiko kerugian yang agak kecil. Cadangan entri sekiranya harga berjaya naik melepasi harga tertinggi hari ini dan sekiranya mampu tutup lebih tinggi, bolehlah...
Dengan kehadiran volume yang tinggi tempohari serta pergerakan harga yang lebih kepada sideway, adalah lebih baik menunggu harga breakout halangan sebagai pengesahan trend ingin berubah arah. Cadangan entri boleh dibuat jika - harga berjaya tembus dan tutup atas aras cadangan. atau - sekiranya gagal tembus dan harga turun kembali, bersedia di aras sokongan...
Cadangan lama sudah sampai semua potensi target. Kita bole jangkakan mungkin ada tambahan minat belian sekiranya lantunan dalam trendband kekal bertahan.
Hari pertama cubaan untuk keluar dari kawasan melintang yang agak panjang. Sekiranya benar ada cubaan untuk "mark up", cadangan entri jika harga bergerak naik lebih tinggi dari harga tertinggi hari ini. Kenaikan mungkin tidak dapat diteruskan jika market kita secara keseluruhan tidak membantu. Selagi market ok, kebarangkalian naik juga akan ok.
QR bagi suku pertama Y19 dijangka keluar pada bulan September 2018, sebulan dari sekarang. Dan kebiasaannya akan ada pengumuman pemberian dividen. Cadangan entri HANYA JIKA harga bergerak melepasi aras entri atau sekiranya harga turun ke bawah, boleh cuba mencari entri di aras sokongan. Potensi target seperti di atas atau setidak2 nya untuk menutup semula gap...
Walaupun rupa bentuk lilin agak berterabur, tetapi pergerakan harga masih nampak seakan ingin membuat harga tertinggi terbaru. Cadangan entri hanya jika harga berjaya naik melepasi aras breakout. Manakala stop loss boleh diletak berdekatan aras sokongan atau paling tidak pun pada harga terendah semasa entri nanti. Laporan kewangan bagi suku ke-2 dijangka akan...
Selalunya MYEG jalan dulu, baru EFORCE ikut. Tapi sekarang terbalik pulak. Cadangan seperti di atas. Cuba menumpang jika ada minat belian.