Laporan kewangan bagi suku ke-2 dijangka keluar selepas 15 ogos akan datang. Masa tu juga kebiasaannya akan ada pemberian dividen (selain suku ke-4). Dengan jangkaan seperti di atas serta pergerakan harga yang nampak ingin membuat harga tertinggi terbaru, kemungkinan akan ada minat belian yang mampu menolak harga menuju potensi target. Atau sekurang-kurangnya...
Ada kemungkinan Ikhmas akan cuba menuju harga tertinggi tempohari. Kejayaan membuat harga baru tertinggi akan menarik lebih banyak minat belian dan secara tak langsung mampu menolak harga ke atas. Keluar dari trade jika harga tembus ke bawah aras sokongan. Atau, jadikan harga terendah setiap hari sebagai panduan. Harga yang nak naik, tidak akan turun bawah dari...
Jika market bergerak meriah, bolehlah menumpang naik. Cuma masalah stock ini, volume agak kurang. Tidak dicadangkan membeli dengan lot besar dalam tempoh singkat. Gunakan skala pembelian ala piramid. Semakin harga naik, semakin kurang lot belian.
Tak sah kalau sembang SKP, tapi tak sembang sekali VS. Cadangan entri hanya jika harga bergerak naik melebihi aras cadangan entri dengan stop loss diletakkan sekitar kawasan aras sokongan.
Memandangkan laporan kewangan terbaru SKP RESOURCES dijangka keluar di minggu ke-3 bulan Ogos ini, terdapat ruang untuk kita berdagang sambil menumpang sebarang minat belian yang datang. Potensi target seperti di atas dengan jangkaan harga berkemungkinan besar ingin menuju ke garisan MA 200. Sekiranya harga gagal bertahan di atas aras sokongan, cadangan ini...
Kebiasaannya, carta yang baru saja memberi bonus akan mengambil masa agak lama untuk kembali bergerak. Tetapi, atas sebab market yang mesra pembeli, ulicorp juga terkena tempias minat belian. Corak V sudah berjaya ditutup dan ketika ini harga sedang membuat konsolidasi / melintang. Cadangan entri hanya jika harga berjaya naik melepasi aras yang ditandakan.
Cadangan entri dengan stop loss di bawah aras sokongan. Yang lebih berani, boleh cuba entri jika harga dibuka positif esok. Potensi entri seperti garis yang telah dibuat atau paling tidak pun sehingga harga langgar semula garis MA200.
Seperti pepatah saham berkata "satu jalan yang lain pun jalan", pemilihan mycron juga berasaskan kepada kenaikan beberapa carta berkaitan steel. Bukan untuk simpanan jangka panjang, hanya sekadar melayan sebarang minat belian yang hadir, JIKA ADA.
Pemilihan berdasarkan kehadiran volume yang luar biasa sejak beberapa hari yang lepas. Harga mula turun dengan volume yang tidak terlalu ketara, berkemungkinan besar masih ada lagi yang menyimpan. Cadangan entri jika harga mula naik lebih tinggi dari tinggi hari ini dengan potensi target seperti di atas. Aras sokongan atau stop loss boleh diletakkan pada harga...
Kebanyakan yang bergerak naik hari ini terutama stok construction dan properties, mempunyai ciri atau corak carta yang hampir sama. Sempena kenaikan yang agak mesra ketika ini, berkemungkinan FAJR juga akan turut serta. Pastikan kira dulu potensi rugi sebelum berkira-kira nak untung.
Cadangan entri jika harga bergerak naik melebihi garis cadangan di atas. Boleh perhatikan juga ruang di antara garis cadangan entri dan aras sokongan, sekiranya muncul minat belian juga boleh dijadikan kawasan entri. Minat belian - bentuk lilin seperti tukul, doji atau gabungan lilin seperti bintang pagi, engulfing dan lain2.
Selalu nampak tapi jarang nak guna. Jadi saya cuba berikan penerangan seringkas mungkin cara guna dan menterjemahkan kebaikan melihat Garis Harga yang ada di tradingview. Semga terhibur.
Setelah begitu lama menurun dan kemudian membuat pergerakan melintang yang agak panjang, kemungkinan akan ada satu titik perubahan kuasa antara beli dan jual. Cadangan seperti dalam carta di atas. Semoga berjaya.
Berpandukan EMA 8 sebagai panduan untuk melihat sebarang perubahan kuasa membeli dan menjual - kimlun ada ciri2 minat belian terbaru setelah penurunan harga sejak beberapa bulan lepas..garis EMA 8 kini sudah boleh dijadikan sebagai aras sokongan terbaru dan sekiranya harga turun kembali ke arah EMA 8 tanpa terus jatuh ke bawah, itu adalah peluang entri...
Agak lama AZRB melintang. Berkemungkinan sedang mengumpul momentum untk membuat lantunan semula. Dengan suasana positif melanda sektor pembinaan hari ini, mungkin boleh dijadikan sebagai kaunter pilihan. Hanya untuk lantunan sementara sahaja kerana carta AZRB masih dalam fasa menurun.
Pengimbas dari tradingview ada banyak fungsi yang boleh kita gunapakai. Walaupun kesemuanya adalah preset, sekurang-kurangnya dapat juga membantu kita dalam mencari dan membuat pemilihan carta-carta yang dirasakan terbaik pada waktu tersebut. Semoga terhibur.
Masih bullish walaupun harga ketika ini berada di bawah HARGA TERTINGGI. Berdasarkan corak segitiga, menunjukkan ada kemungkinan INARI akan cuba untuk menuju ke kawasan HARGA TERTINGGI sekiranya ARAS RINTANGAN berjaya ditembus. Walaubagaimanapun, ARAS SOKONGAN juga perlu diambil perhatian dan sekiranya bocor, dij angka harga akan terus jatuh macam air terjun.
Aras rintangan yang kekal melintang dan aras sokongan yang semakin menaik dapat digambarkan melalui corak segitiga, menunjukkan ada minat serta tekanan belian yang baik.. Walaubagaimanapun, menunggu ke arah mana harga akan tembus adalah lebih sesuai untuk tindakan selanjutnya..