Cadangan lama masih valid. Cuma yang ni kita buat baru.. Nampak ada potensi untuk entri ketika harga sedang menurun ke kawasan trendband..boleh rujuk pada gambarajah untuk melihat area entri terbaru.
Cadangan entri ketika harga mula turun selepas kenaikan atau dipanggil pullback entri. Ketika harga mula turun dan masuk ke dalam kawasan trendband merah, perhatikan sebarang kemunculan lilin yang berbadan kecil..atau istilah lain, dengan munculnya variasi doji, spinning top dan sebagainya..asalkan berbadan kecil.. Cara entri ada pada gambarajah di atas. Bagi...
Ada gaya breakout garis trend, ade gaya breakout flag dan ada gaya ingin membuat cawan ajaib. Apa saja yang carta ini hendak buat, hanya perlu perhatikan aras sokongan. Sekiranya bocor ke bawah, segala bentuk bayangan seperti di atas di kira tidak sah.
Akkhirnya PIE berjaya menembusi garis warna purple setelah percubaan berkali2..Dan kini, sedang menuju masuk ke dalam gumpalan awan ichimoku.. Cadangan entri hanya jika - harga naik lebih tinggi dari harga tutup hari ini atau - harga turun dan gagal tembus ke bawah dari garis merah (aras sokongan)
Seperti biasa, entri hanya jika harga bergerak naik lebih tinggi dari harga tertinggi hari ini..Boleh jadikan aras sokongan sebagai aras risiko sanggup rugi atau paling tidak pun, aras harga terendah esok sebagai aras sanggup rugi.. Elakkan entri sekiranya harga gap up terlalu jauh dari harga tutup hari ini.
Cadangan dagangan sebelum ini sudah mencapai potensi target. Berdasarkan keadaan chart yang nampak seakan ingin membuat bentuk cawan dan tangkai, ada potensi entri yang baik sekiranya harga berjaya naik dan tutup di atas garis merah (potensi entri) atau sekiranya perlukan lebih kepastian, boleh tunggu di atas garis merah Harga Tertinggi. Keadaan market kita...
Dalam suasana pasaran yang jelas dikuasai oleh penjual, tidak digalakkan untuk terlalu kerap berdagang..Tempoh dagangan juga perlu lebih singkat dan tidak mengharapkan pulangan terlalu tinggi.. Bagi chart taliwrk, peluang entri hanya jika harga naik lebih tinggi dari harga tertinggi hari ini..
Ada kemungkinan bila satu kaunter sama sektor bergerak, akan ada rakan2 ikut sama.. Untuk Masteel, perlu tunggu sehingga harga tembus dan tutup di atas potensi entri..
Cubaan untuk tembus ke bawah aras sokongan nampak belum berjaya, dan di balas dengan lantunan ke atas semula.. Cadangan entri hanya jika harga bergerak naik lebih tinggi dari harga tertinggi hari ini.
Jadikan aras sokongan sebagi stop loss..Trend menaik yang baik, harga tidak akan turun lebih bawah dari aras sokongan.
Berjaya tembus dan tutup di atas garis trend berwarna ungu setelah 3 kali percubaan. Jangkaan trend menaik hanya jika harga meneruskan kenaikan dan tidak turun semula di bawah garis ungu. Minat belian dan juga pertambahan volume akan memberikan lebih kekuatan kepada trend menaik nanti. Gunakan aras sokongan sebagai risiko kerugian sekiranya pelan tidak...
UOA masih dalam keadaan melintang, tetapi cubaan untuk tembus garis trend menurun pada hari ini menunjukkan ada minat belian terbaru. Aras breakout boleh dijadikan sebagai aras sokongan terbaru dan berkemungkinan harga akan cuba menuju harga tertinggi pada 2/5/2018 lepas.
Dengan beranggapan yang harga tidak akan turun lebih bawah dari aras sokongan, kita hanya perlu menunggu ke mana arah harga seterusnya. Samada bersedia ketika harga mula breakout atau mencuba entri sekiranya harga kembali turun mencari aras sokongan. Sebarang keputusan entri, perlu mengambil kira faktor persekitaran market semasa. Dijangkakan, minggu hadapan,...
Cadangan entri sekiranya momentum kenaikan dapat diteruskan esok dan jangkaan kenaikan sekurang-kurangnya sehingga hari jumaat nanti. Hanya perlu pastikan harga tidak turun semula bawah dari aras breakout. Bila harga menghampiri aras potensi target, perhatikan kekuatan belian dan jualan. Kekuatan dapat dilihat dengan melihat rupa bentuk candle yang...
Carta harian IOIPG menampakkan ada anda2 pembentukan tapak yang agak kukuh..tempoh masa hampir 2 bulan juga memberikan tanda bahawa proses pengumpulan sedang dijalankan. Peluang berdagang hanya jika - harga mula mendaki lebih tinggi dari harga tertinggi hari ini atau - entri sekiranya harga kembali ke dasar aras sokongan
Carta PWORTH di zoom pada sudut pandang yang lebih pendek..Mengambil kira dari permulaan volume masuk dan kenaikan harga sejak 14 MAY lepas. Entri hanya jika harga bergerak naik lebih tinggi dari aras tertinggi hari ini dengan jangkaan potensi target seperti di dalam carta. Tidak digalakkan untuk simpan terlalu lama. Nampak duit, sila ambil !
Dengan beranggapan, sudah ada trend menaik berdasarkan penanda H (high) dan L (low), jangkaan harga akan cuba melepasi harga tertinggi terhampir yang pernah dibuat 2 minggu lepas. Sekiranya, harga bocor ke bawah aras sokongan, jangkaan trend menaik meleset dan sila abaikan buat sementara waktu.
Perlukan tambahan volum dagangan sekiranya harga cuba membuat aras tertinggi terbaru. Pergerakan STAR hampir sama dengan MEDIA..ada kemungkinan minat belian disebabkan faktor2 politik semasa negara kita. Cadangan untuk mula menjual selepas kehadiran volume masuk yang luar biasa. Beli ketika senyap, dan jual ketika meriah.