Susunan candle semakin padat dan kemas..berpotensi untuk menuju potensi target dalam jangka masa terdekat..Jadikan aras sokongan sebagai level cut loss..
HLB sedang menunggu laporan kewangan bagi suku ke-3 bagi tahun kewangan 2018. Dari sejarah lepas, suku ke-3 selalunya tiada sebarang dividen. Dari trend semasa chart, ada kebarangkalian yang harga akan breakout ke atas. Dicadangkan, menunggu breakout sebelum membuat sebarang keputusan beli atau jual.
Sekali lagi setelah cadangan lama tidak membuahkan hasil, kali ini OPENSYS bergerak dalam range harga yang lebih rapat dan tersusun. Potensi untuk entri hanya jika harga berjaya tembus ke atas halangan / aras breakout. Halangan yang telah ditembus, boleh dijadikan sebagai aras sokongan semula. Laporan kewangan dijangka 25 hb MAY dan ke atas.
Pedagang digalakkan untuk monitor dengan lebih teliti aras sokongan yang ditandakan. Sekiranya bocor , dijangkakan harga akan terus ke bawah. Jika tidak bocor tetapi muncul signal pembelian yang kuat, jadikan aras sokongan sebagai aras risiko rugi (stop loss). Boleh jadikan carta AEMULUS sebagai rujukan.
Muhibbah berada dalam sektor pembinaan - sektor yang kini sangat terkesan dengan perubahan kerajaan baru. Tetapi, pergerajan harga Muhibah masih lagi stabil. Cadangan entri hanya jika harga mula tembus ke atas garis breakout. Manakala risiko rugi sekiranya dagangan tidak menjadi, boleh diletakkan pada aras terendah harga semasa entri nanti.
Jadikan aras halangan yang telah ditembus sebagai aras sokongan terbaru. Atau, harga terendah hari ini juga boleh dijadikan aras sokongan. Perhatikan sebarang signal pembalikan jika harga berjaya sampai ke kawasan potensi target.
Sama seperti yang lain-lain, entri terbaik adalah bila harga berjaya memecahkan halangan di atas. Halangan yang ditembus dan berjaya tutp di atasnya, boleh dijadikan aras sokongan terbaru.
Entri sesuai hanya jika harga berjaya tembus melepasi aras breakout. Sekiranya harga masih belum tembus ke atas dan kembali turun, boleh bersedia menunggu di aras sokongan pula.
Menggunakan menu pintasan di carta tradingview untuk melihat tempoh masa carta pelbagai. Dapat membantu kita menganalisa pergerakan harga pada carta berdasarkan harga tertinggi dan terendah mengikut tempoh masa yang tertentu
Saya akan menunggu signal bullish sekiranya harga kembali jatuh ke kawasan aras sokongan 1. Dan sekiranya aras sokongan 1 tidak mampu menampung, aras sokongan 2 sudah sedia menanti. Kalau aras sokongan 2 jugak tidak mampu bertahan, saya hanya tumpukan perhatian pada pergerakan harga sambil menunggu signal pembalikan. Senario lain - tunggu sehingga harga...
Kelihatan corak seakan segitiga kaki menaik. Perlu menunggu harga tembus kaki atas atau bawah segitiga. Sekiranya aras breakout berjaya ditembus dan harga ditutup atasnya, jadikan aras breakout itu sebagai stop loss terbaru. Tiada sebarang entri jika harga bergerak turun dan tembus kaki bawah segitiga. Laporan suku ke-4 dijangka akan diumumkan pada minggu...
Perhatikan sebarang signal bullish yang muncul di dalam bulatan berwarna ungu. Boleh dijadikan sebagai potensi entri. Atau setidak-tidaknya, tunggu sehingga harga membuat semula ujian pada garis tren berwarna ungu. Jika terdapat pantulan atau penolakan harga di garis tersebut, ianya juga boleh dijadikan sebagai potensi entri terbaru. Jika garisan ungu tidak...
Jika breakout, dijangkakan harga akan menguji terlebih dulu aras RM1.00 (aras psikologi) dan seterusnya menuju potensi target ke-dua.. Perhatikan sebarang signal pembalikan (reversal) bila harga mula menghampiri kawasan potensi target untuk siap sedia mengambil profit. Aras sokongan semasa boleh dinaikkan hanya jika harga berjaya breakout ke atas.
Potensi target untuk corak kepala dan bahu. Dalam masa yang sama, harga bergerak seakan corak falling wedge. Tidak ada cadangan entri. Hanya menantikan sebarang potensi bullish reversal, jika ada.
Harga terkini sudah melepasi aras MA200 dan masih kekal di atas. Cadangan entri hanya bila harga mula melepasi aras breakout. Jika harga tidak menuju ke atas, bersedia untuk mencari entri terbaru berdekatan aras sokongan. Laporan kewangan terbaru dijangka keluar 2 minggu terakhir bulan MAY. Ex-Date dividen (4 sen) pada 12 JUN 2018
Menunjukkan sifat lantunan dari aras rintangan yang kini bertukar menjadi aras sokongan - garis merah. Dijangka MUDA akan menguji dulu aras potensi target pertama dan sekiranya berjaya kekalkan momentum, berkemungkinan akan terus menguji aras tertinggi pada bulan MAC lepas. Jadikan aras sokongan semasa (garis merah) sebagai aras sanggup rugi sekiranya dagangan...
Setelah 3 kali percubaan untuk tembus garis tren menurun. Dijangkakan harga akan cuba menguji aras rintangan 1 dan rintangan 2 yang kebetulan pernah menjadi titik pertemuan harga terdahulu dengan garis tren menurun. Sekiranya aras rintangan gagal ditembus, tunggu peluang entri jika harga membuat konsolidasi atau turun membuat aras sokongan terbaru.
Ada 2 kemungkinan entri yang dirasakan sesuai. Samada menunggu harga tembus ke atas aras breakout ataupun tunggu sebarang bullish candle / signal berhampiran garis trendline berwarna ungu (berfungsi sebagai support trend semasa). Jika jumpa entri, jadikan harga terendah pada hari tersebut sebagai aras sanggup rugi (stop loss).