Entry hanya jika harga esok mula naik lebih tinggi dari harga tertinggi hari ini. Gunakan harga terendah esok sebagai aras sokongan / aras sanggup rugi jika trade tidak menjadi.
Pergerakan harga yang nampak menarik untuk pullback breakout entri..stop loss boleh diletak pada harga terendah semalam.
Sejak dari mula IPO, harga binasat tidak pernah naik..berkemungkinan fasa pengumpulan sudah hampir tamat dan dijangka menuju fasa naik dalam jangka masa terdekat.
Bila maybank breakout, indek klci kita juga akan ditarik sama. Semoga ianya memberikan impak positif kepada market kita.
Alert / penggera sudah di siapkan pada aras 4.50 Sekiranya belum breakout, boleh bersedia di dalam kawasan di antara aras breakout dan aras sokongan bergaris merah.
Seakan bentuk segitiga menaik. Potensi entry semula hanya jika harga mula bergerak naik melepasi aras breakout dan stop loss letak sehampir yang boleh dengan harga entri.
Cadangan entri semula jika harga berjaya naik dan buat tinggi terbaru. Pemilihan disebabkan ada rejection candle semalam dan hari ini harga sudah naik melebihi tinggi semalam. Risiko rugi boleh letak pada harga terendah hari ini.
Hanya untuk lantunan teknikal disebabkan mmccorp sudah berada di bawah aras terlebih jual. Bersedia di atas aras breakout.
Chart century sememangnya jelas trend menurun. Tapi, berdasarkan volume dan pergerakan harga sepanjang 6 candle terakhir, nampak seakan ada minat belian semula. Jadikan low doji semalam sebagai aras risiko atau stop loss.
Hanya cadangan sahaja. Keluar dari trade jika harga turun dan tutup di bawah garis merah.
Pada yang mengguna pakai alat penapis (screener) di tradingview, ada satu kolum tambahan yang kita boleh letak untuk melihat corak lilin (candlestick pattern). Ruangan kolum juga ada icon bagi menggambarkan corak yang sedang berlaku. Sangat membantu kita untuk membuat pemilihan carta dan melakukan analisis lanjut.
Jadikan garis trendline berwarna merah sebagai aras sokongan semasa dan juga sebagai trailing stop. Keluar dari trade jika harga mula tembus dan tutup di bawah garis merah.
Menunggu peluang beli SEKIRANYA harga turun semula di DEMAND LINE atau tembus ke atas SUPPLY LINE.
Carta sangat jelas trend menurun. Hanya sesuai untuk melayan lantunan (jika ada).
Berdasarkan sejarah 3 tahun kewangan terakhir, F&N akan beri interim dividen pada bulan MAY, lebih kurang 2 bulan dari sekarang, bersamaan dengan bulan laporan kewangan ke-2. Dan berkemungkinanjuga, sekiranya ada lagi perubahan pada komponen indeks, F&N antara yang menjadi pilihan.
Dari carta mingguan, ada 2 kebarangkalian yang boleh kita jangkakan. Garis B akan menjadi aras halangan dimana : Jika B tembus, harga dijangka menuju ke C. Gagal tembus B, harga dijangka menuju semula ke A. Samaada kita mengejar atau menunggu harga, pastikan kita faham risiko yang diambil.
Menantikan breakout dari kawasan sideway.
Dari carta harian PMETAL, trend sudah bermula pada awl MAC 2016 dan kini nampak berakhir awl MAC 2018. Berkemungkinan, PMETAL sedang mengalami fasa pembetulan (correction) yang major. Setiap kejatuhan pasti ada pantulan (rebound) dan kita boleh mengambil peluang ketika ianya berlaku. Masih menunggu signal terbaik.