Pergerakan harga menunjukkan ada minat untuk keluar dari kawasan konsolidasi selama hampir 5 bulan. Potensi target tidak bermakna harga akan pasti sampai ke situ. Dalam keadaan market yang masih tidak menentu, adalah lebih baik mengamalkan kaedah short term profit atau istilah mudah "see money, take money".
Ada beberapa contoh yang mempunyai pattern seakan sama..menunjukkan ada minat belian masuk dan harga mula ditolak ke atas..pattern mungkin tidak 100% sama.. Mungkin, di masa akan datang, sekiranya kita berjumpa lagi pattern begini dan kena pada musimnya, kita akan lebih bersedia untuk ambil peluang dan kesempatan yang market bagi.
Dijangkakan, sekiranya opensys mampu tembus dan bertahan di atas MA200, akan ada satu trend ke atas yang baru..tiada potensi target, hanya untuk melihat perkembangan seterusnya dan sesuai dimasukkan dalam watchlist..video dibuat pagi, petang mungkin jadi lain..
Penerangan ringkas..volume masuk dengan jumlah yang banyak dan price mula bergerak ke atas..sambil tengok cara nak mencari potensi target secara manual..
Merujuk pada cetusan idea yang ketika itu nampak seakan tripple bottom, tapi akhirnya pattern tak jadi..tiada setup entry..
Salah satu pattern cart yang ada di dalam mana2 instrumen kewangan yang didagangkan..bulatan atas menunjukkan kekuatan pembeli yang semakin lemah..ianya berlawanan dengan bulatan bawah (rounding bottom). Sentiasa perhatikan garis leher (neckline)..kerana disitu akan menunjukkan arah seterusnya pergerakan harga. Kadangkala, bulatan atas juga boleh bertukar...
Maaf..cerita INARI pada minit 4 ke atas..awal2 hanya review chart2 yang buat harga tertinggi untuk hari ini.. INARI masih trending up secara keseluruhan..tetapi sudah tidak membuat high baru bermula awal tahun 2018..ada beberapa area yang sesuai untuk mencari entry buy on dips (rujuk video di atas)..
Kotak atau consolidation area sangat membantu kita dalam membuat keputusan entry.. sama seperti chart pattern yang lain, menunggu breakout adalah lebih baik..breakout ke atas atau ke bawah akan memberi signal samada chart ingin meneruskan kenaikan atau sudah mula berubah arah..
Secara keseluruhan carta KANGER memang jelas downtrend.. Sepanjang bulan FEB sampai sekarang , pergerakan harganya boleh dikatakan tidak jauh berbeza..kita boleh lukis kotak sebagai panduan...jika harga mula keluar ke atas kotak, ada kemungkinan untuk menuju potensi target..dan sekiranya harga tembus ke bawah kotak, tiada setup entry untuk carta ini. Menunggu...
Mungkin ya mungkin tidak..kalau salah, jangan ikut..kalau betul, sila improve kan dia..
ada masa kita cari entry lain..yang haritu kira dah gagal dengan berjayanya..huhuhuhuhu
ada satu saja cara bila kita layan penny stock atau stok2 yang high risk game..masuk cepat, keluar cepat ! nampak untung terus ambik..tiada jiwang2.. kena ingat selalu ! naik dan turun, peratusnya tinggi..kalau setengah sen NAIK sudah 5% untung, setengah sen TURUN pun 5% RUGI !!!
Nampak seakan candle sudah bergerak keluar dari consolidation area..volume juga agak tinggi berbanding hari2 sebelumnya..entry terbaik, HANYA JIKA price berjaya naik lebih tinggi dari harga tertinggi hari ini..
chart uptrend..berehat sambil buat consolidate / sideway..kalau breakout ke atas, berkemungkinan untuk teruskan semula trend asal..
Non-shariah..ada pertambahan volume.. gaya nak keluar dari 2 bulan sideway
Secara keseluruhan, chart KGB masih lagi uptrend..bila uptrend, kita hanya perlu cari ruang2 untuk entry buy.. Bila nampak candle duduk dalam kotak (atau dalam bahasa lain, duduk dalam range), hanya perlu tunggu ke mana arah candle akan break..sama ada breakout ke atas, atau breakout ke bawah..
Berjaya break dan close sambil membuat high terbaru..quarter report akan keluar bila-bila masa, perlu lebih peka dengan sebarang bentuk perubahan candle..