ARBB hari ni buka gap down berhampiran sokongan 0.420. Dan kini telah membuat Bullish Engulfing, bullish reversal candle pattern. Apakah ARBB sudah bersedia untuk buat kenaikan? Kini hanya menunggu volume untuk menguatkan lagi isyarat bullish. Semoga berjaya ARBB!
Apa yang saya melihat menarik di carta 15 minit Greatec ini adalah. 1) Ianya tidak turun dari awan ichimoku. 2) Berlakunya Hammer ketika di dasar awan ichimoku. 3) Low Hammer tersebut adalah di fibonacci level 0.618 (Golden Ratio) 4) Bertitik tolak dari ia mula memanjat dan memecahkan para rintangan 1.07 melalui lonjakan volume, namun gagal memecahkan rintangan...
Dengan melakukan pengiraan target price untuk Falling Wedge pattern breakout, TNB baru separuh jalan untuk sampai ke destinasi iaitu RM ~15.60.
Perdana membuat corak pergerakan yang sama (dalam kotak) ketika di EMA 200. Apakah kali ini Marubozu bakal muncul kembali?
Dayang telah melepasi 1.13 lantas menutup gap down sebelum ini. Tinggal satu lagi halangan iaitu downtrend line untuk dilepasi. Sejauh mana Dayang boleh pergi? Sama-sama kita lihat.
Bonia gagal meneruskan kemaraan hari ini. Berkemungkinan sedang membuat corak Pennant. Jika benar maka Entry Point adalah 0.360 (breakout). Target Price (berdasarkan Fibo dan garis rintangan): TP1, 0.40 TP2, 0.53
Telekom sedang menguji untuk melepasi paras psikologi ketinggian 52 minggu iaitu RM 4. Sekiranya ia berjaya, ada potensi besar untuk Telekom rally lebih jauh.
Ekovest hampir menembusi paras penting iaitu 0.870. Volume sangat baik. Sekiranya berjaya, besar kemungkinan dia kan menguji rintangan berikutnya iaitu 0.955.
ARRB telah melalui T3 semalam dimana force selling berlaku untuk contra player, dan ia masih mampu bertahan atas sokongan 0.450. Hari ini T4, jadi kita lihat samaada terdapat demand untuk menggerakkannya ke atas atau tidak setelah majoriti contra player telah disingkirkan. DMI menunjukkan isyarat positif di mana D+ berada di atas dan tidak menampakkan ia...
Ekovest hari ini telah break high doji pada 12 Jun dan cuba melepasi paras 0.870. Sekiranya berjaya, sasaran berikutnya ialah 0.955.
Ni Hsin telah melantun di 52 weeks low iaitu 0.145. Menemui rintangan di 0.815, kemudianya retrace dan melantun kembali di sokongan 0.165. Sekiranya ia berjaya melepasi 0.185, ia berpotensi untuk pergi ke 0.210 dan sekiranya mempunyai momentum yang mencukupi, saya lihat ia mampu capai maksimum 0.250.
Ekovest telah menyentuh target price pertama iaitu 0.870. Sama-sama kita nantikan samaada dorongan spekulasi Bandar Malaysia akan mampu membuatkan Ekovest melepasi 0.870 dan menuju ke sasaran berikutnya 0.955 atau tidak. Dan sekiranya ia turut berjaya melepasi 0.955, rally besar kemungkinan berlaku.
Bahvest telah melepasi rintangan utama iaitu 0.665. Apa yang lebih menarik ialah ianya melepasi rintangan 0.665 dengan penuh bergaya iaitu melompat gap ke atas rintangan terus. Dikenali sebagai breakaway gap. Ini memberi isyarat kemungkinan pergerakan besar bakal berlaku.
Econbhd kembali masuk ke atas paras utama 0.630. Disamping itu, dia memulakan hari ini dengan open gap yang solid. Dan juga berjaya breakout sedikit corak Falling Wedge dengan volume yang meningkat berbanding 3 period sebelum. Selagi dia berada atas 0.630 ianya positif. Harga sasaran 0.800, 0.950.
Fraser & Neave (F&N) telah mencatat laporan sukuan yang positif selama 4 suku berturut-turut. Dari carta mingguan, ia telah mula menunjukan petanda positif bahawa fasa pembetulan dia hampir selesai (masih juga akan makan masa berminggu2 jika bukan bulan sebelum sambung uptrend). Ini berdasarkan: 1- MACD telah berada di paras 0, menunjukkan harga dah mula...
Takaful menunjukkan prestasi kewangan yang sangat baik. Dari segi teknikalnya juga masih baik. Dia masih mampu bertahan di atas gap 5.90. Selagi dia berlegar atas dari 5.90, ia masih ada potensi untuk meneruskan kenaikan tanpa perlu lalui pembetulan terlebih dahulu. Rintangan 6.33 adalah paras yang perlu ditembusi untuk meneruskan uptrend. MACD menunjukkan...
Vitrox masih mampu bertahan walaupun dipukul ombak sentimen yang ganas. Sebuah syarikat yang kuat. Harga sekarang sedang berakumulasi di dalam lingkungan 6.68 (Sokongan kuat) - 7.36 (Rintangan kuat). Menarik untuk tunggu dia breakout Rintangan 7.36 beserta volume. Ini akan jadi kebarangkalian besar untuk dia meneruskan tradisi uptrend.
Jika dilihat dari keseluruhan carta, Vizione masih berada dalam fasa akumulasi yang besar. Namun prestasi syarikat yang konsisten meningkat sejak 2 tahun lepas memungkinkan saham vizione untuk keluar dari fasa akumulasi dan seterusnya memasuki fasa mark up. Dari carta mingguan, MACD telah mula menunjukkan pergerakan positif. Pergerakan harga pula sebelum ini...