MSM telah breakout downtrendline biru. Kini ia bertahan di atas paras sokongan 0.640. Namun dengan dua kali penolakan sebelum ini telah membentuk satu counter trendline (hitam). Maka dijangka ia memadat terlebih dahulu sebelum meledak ke atas melepasi rintangan trendline hitam. Harga sasaran terdekat ialah 0.825 - 0.920.
Jika dilihat pada OBV dan MFI, didapati volume sedang cuba melepasi benchmark untuk membuat markup. Dari segi price pula, kelihatan telah bertenang di mana price berada di bawah awan yang begitu nipis, dan yang paling penting ialah chikou telah bebas dari kekangan rintangan price masa lalu. Ia adalah posisi yang sangat sesuai untuk membuat kenaikan.
Appasia telah berjaya memecahkan downtrendline dengan bergaya. Ia juga berjaya melepasi rintangan 0.185 sekaligus menjadikan 0.185 sebagai paras sokongan. Rintangan seterusnya ialah di 0.195. Harga sasaran ialah 0.250 yang merupakan rintangan yang sangat kuat. Upacara breakout kali ini hadir dengan volume, menjanjikan breakout yang tulen.
Dnex telah berjaya menembusi rintangan kecil 0.175 dan tutup atas dari rintangan tersebut. Golden cross juga sudah terbentuk. Begitu juga dengan corak Cup and Handle. Kini Dnex hanya perlu melepasi rintangan kuat 0.180 serta downtrend line untuk terus menuju ke atas. Harga sasaran ialah 0.290. Manakala paras sokongan ialah 0.160.
KGB hampir membuat golden cross di mana MA 20(Mid Line BB) hampir menyilang EMA 50. Selain itu KGB selama ini bertahan atas MA 20, squeezing sudah berlaku dan kelihatan BB mula expanding. Stochastic juga melantun cantik di paras 40. 1.09 (fibo 0.618) adalah paras penting untuk ditembusi sebelum menyambung kenaikan.
SALCON telah breakout Descending Triangle, mencadangkan kebarangkalian untuk ia sambung naik ada lah besar. Selain itu ia juga berjaya bertahan di sokongan gap 0.150 dan melantun. Kini ia juga telah melepasi rintangan terdekat 0.160 beserta volume. Harga sasaran mengikut fibo dan ichimoku adalah di 0.200, 0.230.
VC melantun di fibo 0.382, dan dijangka akan mula memecahkan corak Flag (Bendera). 0.075 adalah rintangan lembut iaitu fibo kecil 0.236. Harga sasaran mengikut corak bendera adalah di 0.110, dan tidak mustahil untuk ia melepasi paras ni dan menuju ke 0.215 iaitu fibo 0.786 dan juga rintangan kuat (major trendline).
Ewein berjaya buat lantunan teknikal yang normal dan bertertib di mana ia naik sehingga fibo 0.382 kemudian retrace ke fibo 0.236 dan kini menuju ke atas iaitu ke arah fibo 0.618 di harga 0.390. Ia juga membentuk corak Cup and Handle. Selain itu, ukuran fibo juga menunjukkan ia mengikut tertib impulsive wave dan kini sedang melengkapkan gelombang ke-3. Turut...
Ekovest sebelum ini telah membuat downtrendline breakout namun jatuh kembali ke trendline. Namun trendline tersebut berjaya bertindak sebagai sokongan yang menyebabkan ekovest melantun kembali, ditambah dengan keadaan RSI dia telah oversold sebelum ini turut membantu proses lantunan. Dan kini ia berada dalam zon konsolidasi 0.420 - 0.495. Jadi samaada ia mampu...
Corak DMI dan juga Stochastic yang melantun di paras 40 kemudian cross ke atas memberi isyarat strong bull baru nak mula. Setelah memberi isyarat pertama iaitu bullish harami, semalam baru ia berjaya memberikan isyarat pengesahan bullish apabila berjaya melepasi dan tutup melebihi paras rintangan 0.420. Harga sasaran terdekat ialah 0.540.
Solarvest cuba melepasi rintangan 1.02 namun berakhir dengan penolakan dan terbentuknya shooting star. Resistance zone adalah dalam lingkungan 0.950 - 1.02. Harga masih lagi bertahan di dalam zon rintangan ini dan juga bertahan di atas Span B awan Ichimoku yang boleh bertindak sebagai sokongan kuat. Namun shooting star merah menunjukkan ada kemungkinan untuk...
Stochastic menunjukkan price membuat sedikit pullback apabila bertemu EMA 50 (ungu), dan kemudian mula cross kembali ke atas menunjukkan momentum bullish. Harga pula kini berada di atas EMA 50. RSI menunjukkan masih jauh lagi untuk sampai ke paras overbought menunjukkan masih ada lagi kebarangkalian untuk naik. Harga sasaran yang realistik...
Sasbadi telah membuat retracement 61.8% (Wave 2). Semalam berakhir sebagai doji (tiada keputusan). Dan dua hari harga berjaya bertahan di atas Tenkan 0.115. Ini adalah isyarat yang cukup baik. Sekiranya ia melepasi paras 0.120, ia mampu naik ke harga 0.160 ataupun 0.190. Dari segi fundamental, Sasbadi telah mula menceburi bidang E-Learning sejak 2 tahun lepas....
ARBB dari bawah telah naik sehingga tembus trendline rintangan pattern pergerakan sebelum ini. Ia terhenti seketika apabila bertemu rintangan Span B ichimoku. Dan kemudiannya membuat hammer hijau pula (bullish reversal) di atas Span B Ichimoku. Ini adalah isyarat yang jelas ia bersedia untuk meneruskan kenaikan. Zon sokongan ialah 0.240 - 0.250. Ia perlu...
Frontkn semalam telah rebound setelah melakukan 38.2% retracement. Ini memberi isyarat bullish continuation kemungkinan besar akan berlaku. Selain itu, harga juga telah kembali berada di atas EMA 50. Namun ia perlu melepasi rintangan 2.27 terlebih dahulu untuk pergi lebih jauh.
Indeks sektor consumer dua hari lepas membuat gravestone doji (biasanya dikaitkan dengan bearish). Dan semalam ia membuat candle Bozu hijau yang kuat. Ini boleh menjadi isyarat sektor consumer telah membuat pullback reversal dan kemungkinan berlakunya bullish continuation sekiranya ia melepas fibo 0.382. Namun rintangan kuat menanti di 547.56. Jika gagal melepasi...
Indeks sektor teknologi menunjukkan ia telah berjaya kembali ke atas trendline sokongan utama/major. Kemudian ia berkonsolidasi seketika namun masih lagi bertahan di atas trendline sokongan major. Dan semalam membuat candle bullish. Dengan sentimen Nasdaq yang naik dengan gagah malam tadi, sektor teknologi dijangka akan mendapat cukup tenaga untuk melepasi paras...
Kalau diikutkan, KLCI pada carta mingguan sebelum ini menunjukkan reversal candle iaitu Bullish Engulfing yang kuat. Namun adakah ia sekadar lantunan teknikal ataupun reversal? Mari kita lihat di carta harian. Pada penghujung 20 Mac, KLCI membuat lantunan yang kuat dan terhenti di paras fibo 0.236. Kemudian ia gap down. Itu sesuatu yang dijangka, kerana paras...