FTSEMYX:FBMKLCI   Indeks FTSE Bursa Malaysia KLCI
Kalau diikutkan, KLCI pada carta mingguan sebelum ini menunjukkan reversal candle iaitu Bullish Engulfing yang kuat. Namun adakah ia sekadar lantunan teknikal ataupun reversal?

Mari kita lihat di carta harian.

Pada penghujung 20 Mac, KLCI membuat lantunan yang kuat dan terhenti di paras fibo 0.236. Kemudian ia gap down. Itu sesuatu yang dijangka, kerana paras konsolidasi selepas downtrend biasanya pada paras 0.236 dan dia akan berlegar di bawah paras ini samaada berkonsolidasi atau sideways sebelum membuat breakout dan kembali uptrend, ataupun ia menyambung kejatuhan.

Namun apa yang mengejutkan ialah pada 25 Mac KLCI telah melepaskan diri dari kawasan konsolidasi ini di saat Covid 19 masih belum selesai dan negara masih dalam Perintah Kawalan Pergerakan. Walaupun melepasi paras konsolidasi, lantunan teknikal yang kuat boleh sahaja mencapai paras Fibo 0.382. Sepanjang perjalanan dia dari fibo 0.236 ke 0.382 merupakan detik berhati-hati.

Ketika sampai di fibo 0.382 pada 7 April, KLCI mula menunjukkan berlakunya rintangan. Arah tuju menjadi kurang jelas sehingga lah hari ini apabila ia berjaya tutup pada paras 1371.66, ia telah memberikan isyarat arah tuju yang jelas.

KLCI pada hari ini (Selasa 14 April) telah berjaya breakout rintangan candle 1370. Ini memberi isyarat yang jelas, KLCI adalah dalam keadaan bullish. Atau mungkin boleh saya katakan strong bullish.

KLCI dijangka menuju ke sekurang2nya 1460 mata sebelum menghadapi rintangan. Rintangannya adalah paras 1460 itu sendiri dan juga paras sokongan Falling Wedge terdahulu yang kini menjadi rintangan.

Sekiranya ia cukup kuat, paras sasaran berikutnya 1552 atau 1550 adalah paras yang munasabah.

Masih mood FIFO? atau sudah kembali kepada mode Swing? =)
Penafian

Maklumat dan penerbitan adalah tidak dimaksudkan untuk menjadi, dan tidak membentuk, nasihat untuk kewangan, pelaburan, perdagangan dan jenis-jenis lain atau cadangan yang dibekalkan atau disahkan oleh TradingView. Baca dengan lebih lanjut di Terma Penggunaan.