Masih dalam momentum sell. Berlaku pantulan di pivot support S3 dan perlu melepasi resistant 0.54 untuk sekurang-kurangnya mencapai 0.57.
Ada teknikal rebound di paras fibo 38.2% mencari pivot resistant R1.
Harga CPO yang diharapkan dapat kekal di atas paras RM2400 gagal dipertahankan. Kejatuhan dengan gap yang sangat besar pada 9 Mac 2020 telah disokong dengan baik pada retracement fibo 127.2%. Seterusnya harga membuat lonjakan yang besar sebelum membuat reversal signal pada projection fibo 38.2%. Posisi sell mungkin berada pada paras ini.
Trend kejatuhan harga minyak bakal berterusan selagi tiada kata sepakat antara OPEC dan Russia. Resistant terdekat pada paras fibo 38.2%, namun jika halangan ini berjaya ditembusi berkemungkinan harga akan naik menutup gap. Apapun posisi sell masih selamat selagi harga berada di bawah 38.00.
Minyak soya gagal mempertahankan harga di atas paras fibo 78.6% pada pembukaan minggu baru 9 Mac 2020 rentetan kejatuhan besar-besaran semua index, saham dan komoditi di seluruh dunia. Namun begitu ada sokongan di paras fibo 161.8% untuk membuat sedikit lantunan. Harga dijangka naik sedikit lagi sebelum jatuh semula.
Kaunter saham yang mula mendapat perhatian para pelabur. Time frame H1 menunjukkan retracement ke paras fibo 50%. Dijangka harga akan naik jika mampu kekal di atas 0.400.
Carta mingguan bagi Revenue masih menunjukkan trend kenaikan. Kejatuhan sepanjang 2 minggu lepas mungkin bersifat sementara. Harga perlu berada sekurang-kurangnya di atas 1.105 untuk meneruskan momentum kenaikan.
Bearish candle telah terbentuk sejak 2 minggu lepas menyokong trend kejatuhan harga saham Tecfast. Support menunggu di paras fibo 78.6% dan pivot S1 pada harga 0.305. Berkemungkinan harga melonjak sedikit di paras ini sebelum meneruskan trend kejatuhan.
Berdasarkan carta mingguan, USDJPY dijangka meneruskan trend kejatuhan pada minggu hadapan. Pivot support S2 mungkin memberi sedikit harapan yang harga akan melantun sedikit sebelum terjunan semula.
Pantulan yang berlaku seawal 2 Mac terhenti setakat 5 Mac 2020 tepat pada paras projection fibo 50% (H4). Seterusnya harga terus menjunam selaras kejatuhan lain-lain komoditi utama dunia. Pada penutup dagangan minggu lepas, candlestick time frame H1 sudah membentuk 'paku' dengan harapan harga akan membuat reversal. Dijangka harga akan meneruskan kenaikan jika...
Susulan posting saya pada 1 Mac yang menjangkakan CL akan memantul ke paras fibo 38.2% dan seterusnya meneruskan terjunan. Penutup dagangan minggu lepas menyaksikan terjunan tanpa belas kasihan dan berhenti di paras pivot support S1. Harga akan memberi reaksi pada paras fibo 127.2% dan 141.4% dan dijangkakan pantulan ke atas akan berlaku.
Telah berlaku rejection yang kuat di paras rintangan pivot R1 pada hari semalam. Harga seterusnya merudum dan bakal mencari support terdekat di paras fibo 78.6%. Pengumpulan sedang berlaku dan dijangka ada pantulan ke atas sedikit masa lagi.
Index masih berlegar dalam momentum sell. Namun terdapat sokongan ke atas dalam time frame M30-1H. Index dijangka meneruskan kenaikan jika dapat kekal di atas paras 1481 mata.
Harga di time frame 4H telah menunjukkan pantulan ke atas didorong oleh minat belian sejak minggu lepas. Namun, harga perlu membuat pembetulan sebelum meneruskan pendakian. Perhatikan reaksi harga pada setiap paras retracement fibo.
Rentetan dari pergerakan bullish semalam terbawa-bawa sehingga setakat pagi ini. 153 tick pergerakan semalam dan 96 tick sudah naik setakat hari ini. Adakah CPO akan meneruskan kenaikan sehingga 174 tick hari ini? Sama-sama kita perhatikan.
1. Minyak soya masih dalam mood penurunan harga selaras komoditi-komoditi utama yang lain. 2. Terdapat sedikit lonjakan harga di akhir sessi dagangan minggu lepas (carta H1). 3. Berkemungkinan harga akan melonjak sedikit lagi sebelum turun semula. 4. Peluang short mungkin berada pada paras harga 28.66 - 28.81
1. Semua time frame besar masih menunjukkan trend penurunan yang jelas. 2. Mungkin akan berlaku sedikit lonjakan harga ke paras fibo 38.2% sebelum meneruskan momentum kejatuhan.
1. Carta mingguan menunjukkan satu bearish signal dan menghampiri paras fibo 61.8% pada harga 107.4xx 2. Jika paras ini berjaya ditembusi, support seterusnya berada pada harga 106.1xx 3. Dijangkakan correction akan berlaku sebelum meneruskan kejatuhan. 4. Peluang short mungkin berada pada paras harga yang bertanda kotak merah. Penafian: Ini hanyalah analisis...