Ye best sangat apabila Stochastic OverSold harga tidak pecah Support. Jaga Support supaya tidak mengalami kerugian yang bersar. Sepertinya sedang membuat trend menaik mulai harini. Nak lagi best jaga garisan Trend biru tu. Al-maklum la nak untung besar rugi kecil. #sekadarIdea #budakMentah
Pastikan harga bertahan pada RBS dan itu adalah waktu terbaik untuk mendaki bersama-sama. Jagalah RBS dan berdisiplin dengan Perancangan Pelabur supaya dapat meminimumkan kos kerugian anda. #sekadarIdea #budakMentah
Jadi atau tidak kena pastikan pada indikator Bollinger Band (BB). Untuk trend kenaikan harga mesti pada Ruangan Upper BB. Untuk masuk apabila harga sentuh Middle BB. #sekadarIdea #budakMentah
Berhati-hati pada garisan Trend Line. Jaga Support supaya tahap kerugiannya rendah. #sekadarIdea #budakMentah
Kaunter ni telah lama dalam kedudukan Oversold Seperti sama macam Kanger Hati-hati Sektor : Kesihatan #sekadarIdea #budakMentah
Harga sepatutnya bertahan di aras RBS untuk kuat menuju Resistance dan Pecah ke Resistance seterusnya Kini sedang berada di kawasan Oversold. Jika turun hanya sedikit sahaja jika pemegang tidak panik. #sekadarIdea #budakMentah
Pada batang lilin hijau ada Volume yang banyak masuk Kemudian 2 hari lilin merah volume yang kurang sepertinya kekuatan masih ada untuk membuat kenaikan semula. Percaya pada Volume atau Percaya pada pembentukan batang lilin? #sekadarIdea #budakMentah
Kurang volume Director Share pun sudah melepaskan pegangannya Alamatnya bermimpi dulu la pergerakan yang kuat. #sekadarIdea #budakMentah
Menanti pembentukan Cup and Handle Dari segi Fundamental cantik walaupun pandemik dia masih boleh buat untung. Waktu orang sukar dia senang. hmmmm.... #sekadarIdea #budakMentah
Menuju Resistance dan pecah. Sedang membuat tangga kenaikan untuk kembali menjadikan Resistance itu Support. Boleh masuk dalam senarai pemerhatian. #sedakarIdea #budakMentah
Selepas Breakout mencari RBS la pula. Biasalah kadang Breakout(BO) harga terus terbang tinggi dan biasa juga mencari tempat untuk melantun semula. Buat yang nak cepat memang jual la dulu take profit atau terbeli tinggi harga turun dan cutloss. Buat yang da terbeli tinggi Bocor RBS bolehlah Average Down atau Cutloss. Fundamental : Kerugian kecil sahaja...
Kaunter sangat Positif dari sudut Fundamental. Boleh jadi Pelabur jangka masa panjang. #sekadarIdea #budakMentah
Jika stokastik Oversold berada di Resistance bermakna di situ Support kuat untuk pergi Resistance seterusnya. Kadang-kadang Stokastik Overbought dalam masa yang lama harga boleh pergi dengan lebih gagah. #formulaStochastic #sekadarIdea #budakMentah
Fundamental ada keuntungan setiap suku tahun. Cuma tidak besar kadar untungnya. RBS bocor itu dikira diskaun.Yang penting jaga Support. Elak rugi besar apabila sudah masuk tinggi maka average down di Support dan boleh Cutloss. #sekadarIdea #budakMentah
Fundamental cukup kuat Selepas Breakout sepertinya sedang membuat pengumpulan. Sektor : Industrial Services, Industrial Products & Services #sekadarIdea #budakMentah
Cubaan membuat Support baru. Mungkin sedikit tergenlicir dari paras tersebut. Tunggu peluang dan ambil perhatian Sektor : Consumer Services, Consumer Products & Services #sekadarIdea #budakMentah
Resistance telah berjaya dipecahkan dengan kehadiran Volume. Adakah perjalanannya terus ke atas atau membuat penyinggahan yang lama atau seketika? Kita nantikan bersama-sama. #sekadarIdea #budakMentah
Sektor teknologi rancak diperdagangkan dengan momentum Pembelian. Para pedagang kuat membeli kaunter sebegini dan nampak kekuatan pada Volume sebab candle hijau sama naik dengan volume. Candle merah pula para pedagang menjual tetapi volume nya sedikit sahaja. Itu boleh dikatakan masih ramai memegang stok kaunter ni. #sekadarIdea #budakMentah