PWROOT masih dalam uptrend. Jika PWROOT dapat melepasi 1.940 pada minggu hadapan, boleh set TP1 di 2.010 dan TP2 di 2.120. CL wajib jika melepasi 1.730.
Target untuk minggu hadapan sekurang-kurangnya akan capai TP di 7.390. TP seterusnya di 7.560.
Kelihatan masih dalam sideway. Berdasarkan analisis, masih belum kelihatan arah tuju sebenar MIECO. Cuma perhatikan minggu hadapan, jika ada pergerakan besar tiba2. Saya jangka akan naik. Masukkan dalam watchlist anda.
Perhatikan PENTA pada minggu hadapan. Saya menjangkakan PENTA akan terus naik. Jika mampu melepasi 3.770, TP1 di 4.080 dan TP2 di 4.480.
Masih dalam sideway. Kelihatan penolakan besar Jumaat lepas. Mungkin akan turun sekitar 0.515/0.520 sebelum naik semula. Boleh naik dengan syarat tidak melepasi 0.510. Jika melantun semula, TP di 0.560 dahulu.
Kenaikan mendadak yang agak tinggi dalam SCIB pada minggu lepas. Berdasarkan analisis, sy lihat mungkin SCIB akan buat sedikit penurunan kecil, sebelum sambung naik. Boleh tunggu di sekitar 1.150/1.160/1.180 jika SCIB melakukan penurunan. TP di 1.300.
KOMARK telah mencapai TP pertama yang ditunggu. TP seterusnya di 0.360. CL jika turun melepasi 0.320.
Masih sideway, jika anda sanggup sabar, Boleh cub menunggu dengan lot besar di 0.155, dan jual semula di 0.160. Ulang2, sehingga IRIS naik satu masa nanti.
KHEESAN ada melakukan lantunan kecil pada Jumaat lepas. Tapi masih belum confim akan terus naik. Apa yang pasti, KHEESAN melantun di AKAR pada jumaat lepas. boleh cuba untuk masuk dan TP di sekitar 0.260. CL jika melepasi 0.170 dan ke bawah...
Traders perlu berhati-hati jika ada HOLD kaunter ini. Akan memasuki sideway dan melakukan penurunan. Tunggu sehingga MBMR berjumpa dengan support, baru masuk semula.
SEALINK terus naik, dan ada peluang kenaikan kecil lagi. Boleh target untuk TP di 0.245. dan seterusnya di 0.275 jika turun tidak melepasi 0.210. Hati-hati, berada agak dekat dengan puncak.
Kelihatan AXREIT akan terus naik minggu hadapan. TP yang agak pasti di 1.970 dan seterusnya di 2.040 jika mampu melepasi 1.910.
IGBREIT kelihatan memasuki fasa sideway. Masih Belum jelas arah tuju, namun kelihatan seakan akan ke atas. Perhatikan jika IGBREIT mampu melepasi 2.020 dan ke atas atau pun bocor 1.910 dan ke bawah.
DSONIC sudah memasuki oversold. Kelihatan akan mula naik semula. Pelaung untuk beli dan HOLD untuk keuntungan tinggi. Jika mampu melepasi 0.775, TP di 0.860.
Kelihatan CS momentum ke bawah. Mungkin akan naik beberapa bid, sebelum menyambung kejatuhan semula. Jika anda terlihat peluang hari esok atau lusa, cuba target sekitar beberapa bid sahaja. Tidak disarankan SWING. Risiko anda akan LOSS agak tinggi pada pandangan saya.
Perhatikan HOMERITZ. Untuk terus naik, HOMERITZ perlu melepasi 0.750. Jika HOMERITZ turun melepasi 0.600, disarankan CL segera.
Kelihatan KRONO telah berjaya mencipta new low. Mungkin Minggu hadapan akan terus turun ke bawah. Jika ada yang masih hold, berjaga-jaga jika melepasi 0.550.
Minggu hadapan, lihat pergerakan EKOVEST. Masih belum jelas pergerakan mahu ke atas mahu pun ke bawah. Cuma ada pergerakan kecil menunjukkan ia akan ke atas. Jika melepasi 0.815, hati2. berkemungkinan trend ke atas tidak valid untuk seketika.