Carta dalam keadaan menarik utk potensi dagangan jangka pendek juga jangka panjang. Dari segi jangka pendek, harga cadangan adalah pada paras 0.390. Ukt jangka panjang, masih awal lg dan belum ada pengesahan tetapi bentuk2 positif sudah ada. monitor saja jika berminat utk trade lama dgn kaunter ini, bukan boleh masuk lg kalau plan jangka panjang kerana belum ada...
Harga selamat untuk entry telah terjadi, iaitu harga cadangan pada 0.275 utk potensi dagangan jangka pendek. Secara kesuluruhan pergerakan masih uptrend tetapi perlu di ingat, kaunter berada dlm kelompok penny di mana kajian jangkaan teknikal mungkin akan lari sedikit. Paras bertitik adalah paras sokongan dan rintangan
Gerakan harga IRIS menarik utk potensi dagangan jangka pendek, paras sokongan di ambil melalui saluran yg dilukis dan harga cadangan pada kawasan 0.415-0.420
Monitor utk BO utk dagangan jangka pendek. Kaunter ini juga dikenalpasti sebagai kaunter swing lama jugak la berdasarkan performance pada 1 disember 2020
Boleh cari peluang pada harga cadangan pada garis bertitik biru terang di mana garis merah sebagai paras sokongan dan paras bertitik hitam sebagai harga sasaran
Jangkaan gerakan harga jangka pendek dengan partas bertitik hitam sebagai harga cadangan... masih lagi di bawah paras rintangan kuat (kotak kelabu)
AYS membuat pullback, keadaan semasa masih dlm mood overstrecthed (inidcated dengan tanda triangle ke bawah atas candle). bg dia kendur dulu dan boleh sauk ikut paras hitam bertitik.
Corak carta dikesan... sepertrti biasa, boleh dah nak in as long as harga pilihan berdekatan paras hitam bertitik utk sasaran jangka pendek. Tetapi kaunter ini ada potensi utk simpan lama sehingga area RM1.16... jangkaan teknikal saja naa
Boleh perhatikan kaunter ini, masih dlm mnood uptrend, walau momentum dah masuk fasa bearish, tp masih well above paras sokongan, sekarang berehat betul2 pada mid BB, jadi potensi rebound tu agak tinggi... paras hitam bertitik adalah harga sasaran, paras merah bertitik adalah paras lari x cukup tanah... yg warna biru tu paham2 saja lah ya
Peluang dagangan jangka pendek dengan paras bertitik biru sebagai sasaran, harga cadangan pada garis bertitik hitam dan paras lari tak cukup tanah pada paras bertitik merah. jika gagal naik bas jgn kejar harga dah... bunga bukan sekuntum bang... cuma kena berjaga2 sebab sekarang mood org nak cuti ding dong ding dong...
Gerakan pertama sudah menemui sasaran, sekarang gerakan kedua dalam perjalanan. sokongan yg jelas diperhatikan menjadikan peluang dagangan semakin kurang risiko. namun perlu berjaga2 kalau tekanan jualan meninggi secara luar biasa.
Peluang dagangan jangka pendek terbaru tersedia, perhati harga cadangan pada 0.325 utk potensi kenaikan ke 0.340/0.350
FOCUSP telah membentuk corak pennant dan membuka peluang utk sambung kenaikan. Perhati paras 0.760 utk potensi ke 0.815/0.845.
Boleh perhati pergerakan harga TDM pada paras 0.335 utk potensi kenaikan ke 0.365/0.380
Ini ada potensi utk jangka pendek juga jangka sederhana di mana harga baru saja memecah paras silver rainbow dan sekarang membuat pullback, utk jangka pendek boleh perhati paras 0.390 sebagai harga cadangan manakala 0.370 jika ingin menyimpan lama sikit...paras bertitik hitam adalah harga sasaran utk jangka pendek
Harga tgh cun nak membuat pullback, jadi boleh perhati harga 0.185 utk potensi kenaikan ke 0.210/0.225.
Boleh perhati pergerakan harga saham ini. Harga cadangan ialah 0.245 utk potensi kenaikan ke 0.260/0.270
Boleh monitor kaunter ini jika dia membuat pullback ke paras 1.03 utk potensi kenaikan ke 1.09/1.13. Harga sentiasa menaik dan masih lg melakukan kenaikan yg sihat