penta sedang bergerak dalam uptrend channel dan telah menghampiri bahagian bawah channel. pembentukan candle hammer juga menunjukkan harga tak nak turun. boleh bawak berbincang dah ni jika nak scalping.
target 80sen kalau tak naik boleh target area support 66sen trend masih steady
hari ni nampak mcm naik, tapi xde volume pun sebenarnya. setelah gagal membeah awan, harga meneruskan penurunan. jangkakan akan menguji support level sekitar 16sen tiada signal pembelian lagi.
myeg pada mulanya telah mencuba memecahkan resistance pada 1.14 setelah berjaya memecahkan resistance itu, ia terus memecut ke resistance seterusnya di 1.24 insyaallah esok boleh jalan lagi. jika turun, support sekarang pada 1.14. semoga berjaya semua
kenaikan tanpa volume. bahaya ni. traders perlu berhati hati, takut tersangkut di puncak gunung. support 1.3
hari ini volume masuk harga juga gap up untuk trader, mungkin ini pelunag untuk menyelit nyelit, target at least 60sen esok. lantai pada 56sen. semoga berjaya
nampak tak pattern segi tiga? kalau ikut buku teks, ni pattern penerusan. carta kerangka masa besar menunjukkan downtrend. carta kerangka masa sederhana uptrend. memandangkan, kat bursa ni ramai short termtrader je, so boleh abaikan long term punya chart . tengok lebih dekat. chart lebih dekat menunjukkan lantai masa kini pada rm3 rintangan rm3.3 / rm3.5 pemain...
entry yg cun telah berlaku pada 4jan ketika volume spike. pada 31jan lagi sekali vol spike dan breakout awan. hari ini harga telah breakout berserta volume lagi sekali hingga menyentuh paras resistance pada 34sen. kini, kita juga tidak menolak kemungkinan profittaking akan berlaku 2 3 hari ini. jika bull masih kuat, channel sedia ada mungkin pecah dan boleh pergi...
nampaknya kenaikan fgv mula menunjukkan kelemahan. jika tidak dapat bertahan atas rm1, next support pada 92sen. jika berlaku, kenaikan, fgv perlu memecah semula resistance pada paras rm1.3 buat masa sekarang boleh monitor rapat. saya jangkakan akan ada sedikit correction esok lusa. good luck.
kini harga berada didalam awan, jadi boleh jangkakan akan ada turbulence sebelum ia dapat keluar daripada awan. target terdekat 1.17, support masa kini pada 93sen. harga boleh dikatakan berada dipersimpangan jalan buat masa kini. mungkin juga sekarang ni dalam fasa pengumpulan semula. good luck.
nampak seperti harga tm bergerak dalam satu channel harga. kenaikan mungkin terbatas sekitar 3.15 kerana sudah berada di bahagian atas channel dan juga hampir dengan ma200. jika dapat break ma200, tm berkemungkinan besar untuk naik kembali. current sup 2.95.
harga sudah dekat dengan resistance. tengok sejarah hingga ke penghujung 2016, apabila harga naik, kenaikan akan terhenti di sekitar rm8.3 jadi, boleh expect penurun selepas ini hingga rm7.35
globtronic support 1.85, 1.69 indikator menunjukkan seperti penurunana akan makin melemah dan harga akan naik kembali jadi boleh la monitor saham ni
nampak macam boleh turun lagi hingga ke paras 305sen/30sen indikator indikator menunjukkansignal penurunan akan berterusan buat masa sekarang.
kalau tengok kat chart dia, pernah nampak tak volume besar masuk sehari dua, lepas tu tak jadi apa. jadi ,kaunter macam ni tak sesuai kalau nak pegang lama. masa projek bandar malaysia dulu, kaw kaw depa goreng stocks ni, last last tak jadi apa. cer tengok chart masa awal tahun 2017. untuk trading boleh la. nak hold, tak dinasihatkan. oleh itu, kena berdisiplin...
selepas ia gagal untuk break awan, inari telah turun . kebetulan pula quarter report dia pon baru keluar semalam. buat masa sekarang, boleh la usha2 , support dia dekat area 1.4 good luck
dah break awan, jadi petanda baik. dah break channel downtrend, juga petanda baik. macd dah naik ke atas, pon petanda baik. next target 455sen. goodluck
cuba tengok, ada tak gaya macam inverse head and shoulder knees and toes? kalau ada. itu adalah satu pattern yang baik. berkemungkinan saham akan naik tinggi. sepatutnya entry cantik sekitar 51sen. sekarang kaunter dah jalan, saya cadangkan supaya buy on weakness. ada potensi untuk meneruskan lagi kenaikan. target long term, 775 sen. good luck.